Ada kebenaran seperti apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir mengenai debat di antara DS Najib dan Tuan Haji Anwar Ibrahim ... Buang Masa.
Buang masa kerana Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin gawat dengan keceluparan beliau menyokong keselamatan negara Israel. Pusing, u turn, keliling roundabout sekalipun, Tuan Haji Anwar Ibrahim sememangnya sudah tersepit dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.
Sehingga ke hari ini, Tuan Haji Anwar Ibrahim masih membisu dari menjawab isu penyelewengan rasuah pasir di Selangor. Seharusnya sebagai Penasihat Ekonomi RM 1.00 kerajaan negeri, beliau sepatutnya mampu menjawab isu ini dengan petikan jari.
Begitu juga dengan isu Hilmi Malik yang mengakui PKR membiayai perbelanjaan beliau untuk lari dari disoal siasat polis berkenaan dengan kes penyebaran gambar Eli Bogel.
Apatah lagi Tuan Haji Anwar Ibrahim lari dari menjawab isu pembunuhan Patrick Wong yang ada kaitan dengan maklumat mengenai isu rasuah pasir di Selangor.
Lebih baik rakyat menilai pemimpin mana sebenarnya yang melakukan kerja demi dan untuk rakyat. Dalam hal ini, sudah tentulah DS Najib dilihat lebih banyak melakukan kerja dari banyak bercakap seperti Tuan Haji Anwar Ibrahim.
Dan sememangnya isu sebenar adalah kegusaran Tuan Haji Anwar Ibrahim melihatkan graf populariti beliau jatuh teruk jika dibandingkan dengan DS Najib.
Debat, debat, debat ... kerja tak buat jugak Tuan Haji Anwar Ibrahim!
Andainya Chua Soi Lek itu dilahirkan sebagai Melayu nescaya Presiden Umno yang paling layak memimpin Umno sekarang adalah Chua Soi Lek kerana beliau seorang yang berani berdepan. Nasib baik Chua Soi Lek bukan Melayu dan bukan Presiden Umno. Jika tidak, PR pasti berdepan dengan masalah kerana Umno mempunyai Presiden yang benar-benar `jantan'!…
ReplyDeleteMeskipun ramai mengakui bahawa untuk melihat Najib berani berdepan dengan DS Anwar umpama seperti ingin melihat Najib `menelanjangi' dirinya dan Rosmah di khalayak umum, namun rakyat masih berharap agar Najib ada sedikit `kejantanannya' seperti yang beliau sering pamerkan di muka-muka TV dan media cetak.
DS Anwar pernah berdebat dengan ‘Mat Buih’ Shabery Cheek, di dalam isu kenaikan harga minyak sebelum ini. DS Anwar dengan hujah yang mantap dan berfakta tanpa menyerang peribadi sesiapa berjaya meyakinkan rakyat dengan keikhlasan perjuangan PR di samping beliau merobek segala tipu helah Umno selama ini memperbodohkan rakyat. Melihat dari perdebatan itulah Tun M membuat kenyataan bahawa tidak perlu Najib berdebat dengan Anwar sebab Tun M tahu, Najib terlalu banyak pekungnya dan beliau amat khuatir pekung Najib atau pekung Rosmah akan terbongkar nanti di saat-saat menjelang Pilihanraya Umum tidak beberapa lama lagi. Ini lah bahaya yang mungkin dimaksudkan oleh Tun M . Sedangkan Mat Buih yang `tidak berpekung' itu pun meleleh air liurnya berdebat dengan DS Anwar, apatah lagi Najib. Memang bahaya!!
Kita kurang pasti apa masalah sebenar yang dihadapi oleh puak2 ini. Kesemuanya mereka takut apabila mahu berdepan dengan rakyat. Sebut pasal debat, samada debat pasal moral, ekonomi, Buku Jingga mahu pun soal Israel, mereka jelas takut. Mereka nampak berani seperti 'Hang Tuah' apabila berdepan dengan jurukamera TV3 suku. Tetapi bila berhadapan dengan rakyat, mereka menjadi 'Hang Kebun'!!!...ada yang dah jadi 'Hang Ludah'...kahkahkah!. Di sini rakyat boleh berfikir mana satukah kerajaan yang patut dipilih untuk menjaga rakyat. Adakah kerajaan yang dipimpin oleh orang yang lemah dan penakut seperti Hang Kebun atau pemimpin yang berani kerana benar? Fikirkan bersama!!
Apa yg kau merepek ni labu!
ReplyDeleteater dah memang tu ler, tak paham2. kalau tak paham jugak lebih baik mati....
ReplyDeleteSepandai2 org melayu bila membaca utusan dan mendengar berita dari tv3 pasti akan jadi biol kerana mereka tidak sedar berita yg disebarkan diputarbelit. Aku menyeru org2 UMNO buatlah sedikit kaji selidik supaya anda tidak diperbodohkan oleh pemimpin selama2nya. Bukti kerajaan PR telus bila empat negeri Pakatan rakyat terima Pujian Audit Negara baru2 ini. Bayangkan bila pakatan memerintah negara!
ReplyDelete