Friday, February 24, 2012

Anwar Dijemput Hadir HARI BELIA NEGARA Putrajaya, KALAU MUKA TAK MALU - Tun Dr Mahathir






"Pemimpin tidak berfikir bahawa beliau ditugaskan untuk memimpin dan membawa pengikut-pengikutnya ke arah yang lebih baik, ke arah yang akan memberikan kehidupan yang lebih bahagia. Itulah tugas pemimpin."

"Apabila pemimpin mula lupa dengan tugasnya, maka lambat laun pengikut-pengikutnya akan berhenti menjadi pengikut dan mereka akan bertindak menjatuhkan pemimpin tersebut."

"Walaupun pengikut-pengikut mungkin boleh bersabar bertahun lamanya, tetapi akhirnya pengikut-pengikut ini bangun untuk menjatuhkan pemimpin itu."




GWM yakin para belia hampir 2,500 orang yang hadir pada Program Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad di PWTC tahu pemimpin manakah yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri ini.

GWM kurang pasti berapa bilangan sebenar bekas pemimpin PKR yang telah keluar parti dan mula bertindak melawan bekas boss mereka, Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Perkara yang paling mudah dipelajari oleh para belia adalah semakin ramai yang meninggalkan Tuan Haji Anwar Ibrahim kerana cukup serik dipergunakan oleh Ketua Umum Pembangkang ini untuk mencapai cita-cita nafsu rakus menawan Putrajaya.

Cuma yang paling menyedihkan apabila ada diantara golongan belia yang cukup mudah dipergunakan dan 'diperkosa' minda mereka oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Betapa ramainya majoriti belia dan mahasiswa yang terdiri dari kalangan orang Melayu begitu mudahnya minda dan intelektual diracuni oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.










No comments:

Post a Comment