Tentera Mesir melakukan serbuan terhadap organisasi-organisasi luar yang dikatakan mencampuri urusan negara. Tiga organisasi dari Amerika Syarikat adalah diantara organisasi yang diserbu. Aktivis berkata pihak tentera menggunakan alasan campur tangan asing bagi membangkitkan semangat nasionalisme dan memesongkan isu penyalahgunaan kuasa.
National Endowment for Democracy (NED), salah satu cabang dari National Democratic Institute (yang diasaskan oleh puak Neo-Konservatif, korporat-fasis Kongres AS) cuba dibela oleh Jabatan Negara AS yang mengutuk tindakan tentera Mesir menyerbu pejabat NED.
Penting untuk memahami peranan AS dalam mencetuskan hasutan dan pembiayaan (gerakan demokrasi) di Mesir, dan mengapa serbuan oleh tentera Mesir wajar dilakukan demi melindungi kedaulatan negara Mesir dan kestabilan antarabangsa.
Hampir empat bulan lamanya sebelum media korporat mengakui bahawa AS adalah dalang di sebalik kebangkitan (gerakan demonstrasi jalanan) di Mesir.
NED membiayai gerakan demonstrasi jalanan "Bersih", cuba untuk menyemai perpecahan dan ketidakstabilan negara bagi membuka ruang kepada 'barua IMF' Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil (merampas) kuasa dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia kembali di bawah perhambaan Anglo-Amerika.
Full aricle, click ...
Panggilah apa sahaja ... Arab Spring, Gerakan Kebangkitan Demokrasi, Tahrir Square! ... Rakan Yahudi Anwar Ibrahim, NED adalah dalang disebalik kejatuhan Hosni Mubarak berselindung disebalik tirai tuntutan demokrasi.
Kerajaan tentera Mesir menyerbu pejabat NED dan merampas fail sulit serta menghalau kesemua pekerja NED di Mesir pada 30 Disember lalu.
Sedia maklum, NED juga terlibat dengan memberi bantuan dana sewaktu BERSHIT 2.0 berlaku Julai lalu.
Individu yang disebut-sebut sebagai dalang sebenar BERSIH tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim ... yang dinobatkan oleh NED sebagai pemenang Anugerah Demokrasi (Democracy Award).
Sedia maklum, NED juga terlibat dengan memberi bantuan dana sewaktu BERSHIT 2.0 berlaku Julai lalu.
Individu yang disebut-sebut sebagai dalang sebenar BERSIH tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim ... yang dinobatkan oleh NED sebagai pemenang Anugerah Demokrasi (Democracy Award).
Satu kajian dari penyelidik Barat, Nile Bowie mendedahkan pembabitan Anwar Ibrahim dengan NED melalui BERSIH “Malaysia : BERSIH 2.0 Mass Demonstrations – Funding Unrest” .
“Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat. Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
Dan baru beberapa hari yang lalu, rakyat dikejutkan lagi dengan pengumuman 'jambu lama' Anwar Ibrahim ...
Sementara itu didalam sidang media yang sama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata perhimpunan 'Bebaskan Anwar’ yang dirancang akan tetap diteruskan samada Anwar dibebaskan atau tidak.
Beliau berkata,Pakatan Rakyat (Pakatan) menjangkakan seramai 100,000 orang akan menyertai perhimpunan aman tersebut dan menegaskan bahawa agenda konspirasi Umno tidak akan menjejaskan agenda Pakatan untuk membawa perubahan di negara ini.
GWM cukup yakin sekali lagi NED akan berada disebalik tadbir dalam memberi bantuan dana bagi 100,000 monyet-monyet yang kononnya akan hadir bagi menyertai perhimpunan aman, sama seperti bantuan dana yang diberikan semasa BERSHIT 2.0.
Azmin Ali tidak mungkin akan berani membuat kenyataan seramai 100,000 monyet-monyet melainkan sudah ada dana yang telah diperuntukkan bagi menghuru-harakan kota metropolitan pada 9 Januari 2012. Mana mungkin Azmin Ali mampu menyediakan dana sebegitu besar bagi menguru-harakan keadaan!
Mustahil 100,000 monyet-monyet tidak akan diberikan sejumlah wang poket dan cenderahati untuk menjalankan modus operandi bagi menjahanamkan imej dan kredibiliti kerajaan.
GWM sarankan kerajaan perlu bertindak pantas bagi membendung anasir-anasir subversif ini ... jangan sampai peristiwa BERSHIT 2.0 berlaku, sedikit sebanyak telah menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan dimata dunia!
100,000 puaka? dari mana depa mai, aku punya agak..99,900 dari puak pakai ketayap putih yg suka baring atas jalan pegang bendera, 10 ekoq mata chekang dan geng lalang yang kaki batu apikan melayu/islam sama melayu/islam dan balance 90 juak lagi dari bakal-bakal "pendidik" dari OppSee dan pro-gay rrrrrr....itu aku punya prediction lah!!
ReplyDeletemarilah kita turun bersama-sama ke mahkamah pada 09 Jan nanti untuk memberitahu penyokong-penyokong Umno bahawa rakyat akan bangun untuk menentang kezaliman di bumi Malaysia ini. kita menyokong DS Anwar kerana beliau lebih baik dari pemimpin Umno. DS Anwar tidak membela lembu walaupun seekor, tiada membeli kondo atau kereta mewah dengan menggunakan wang rakyat. DS Anwar juga tidak terlibat dengan komisyen kapal selam sejumlah RM 500 juta. Beliau juga tidak mengambil wang zakat walaupun dibayar balik untuk kos guamannya.
ReplyDeleteSehubungan itu, beberapa desakan dari beberapa pencacai murahan untuk mengagalkan kehadiran orang ramai ke mahkamah nanti merupakan satu tindakan yang teramat bodoh.