Saturday, January 28, 2012

BREAKING NEWS ... Noh Omar BUAT HAL LAGI ... Penduduk Ampang JADI MANGSA! ... UMNO Zalim!





"Saya dibawa oleh pemimpin tempatan pada Julai 2010 sewaktu mengadakan lawatan rasmi di pasar tani Taman Melawati untuk berjumpa dengan pemilik pangsapuri yang sedang mengadakan piket membantah pemaju yang lewat menyiapkan projek ini," kata Noh Omar.

Noh Omar berkata beliau berjanji untuk membawa isu ini telah kepada kabinet dan meminta pertolongan dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Kong Cho Ha untuk turut membantu menyelesaikan projek yang terbengkalai sekian lama.

Menurut beliau penyerahan kunci telah dilakukan kepada 211 pemilik dan baki penyerahan akan dilakukan pada minggu hadapan. Sehingga kini enam blok sudah siap dan boleh diduduki manakala 3 blok lagi dijangka siap pada April 2012.

Sebelum itu, pembeli unit pangsapuri Ukay Bistari melalui Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victims) telah menyerbu menyerbu pejabat tapak pihak pemaju untuk mengambil kunci rumah sebagai protes terhadap kegagalan pemaju menyerahkan kunci hari ini seperti yang dijanjikan pada 27 Disember lalu.

Persatuan ini pernah cuba mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tiada satu pun jawapan positif sebaliknya sering ditolak dari satu jabatan ke jabatan yang lain.





NIK AZIZ Gembira ... PAS Kini BERBESAN Dengan REGIM ZIONIS ISRAEL!






"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, WALL STREET JOURNAL



Nik Aziz sebenarnya serba salah. Mahu marah sudah tidak berkuasa, lebih baik senyum tanda bersetuju dengan karenah 'menantu angkat'nya Tuan Haji Anwar Ibrahim. Beliau terlupa barangkali ... bapa tiri Tuan Haji Anwar Ibrahim adalah Zionis son of Israel.

Menyesal pun sudah tidak berguna lagi, Nik Aziz langsung tidak berkesempatan untuk menyiasat latar belakang keluarga Tuan Haji Anwar Ibrahim. Beliau cukup sibuk ... sibuk dengan perniagaan 'menjual agama' sehingga terlupa anak dara sunti kesayangannya ... PAS ... sudah berkahwin dengan Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Baik buruk Tuan Haji Anwar Ibrahim, menantu hantu dia juga ...

PAS perlu mendengar nasihat dan arahan dari suami, Tuan Haji Anwar Ibrahim. Nik Aziz hanya Mursidul Am, tak elok campurtangan dalam hal ehwal rumahtangga anaknya. Belum berkahwin pun, PAS lebih menurut kata dan kehendak Tuan Haji Anwar Ibrahim dari kata dan nasihat beliau.

PAS juga sudah tidak mahu lagi menggunakan nama Parti Islam SeMalaysia, lebih enak dan molek ditukar kepada Parti Adat & Sosialis. Nama baru juga mempunyai ciri-ciri dan persamaan dengan menantunya, Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Anak-anak tiri beliau juga banyak yang sudah berpaling tadah, Nik Mahfuz, Nik Husam, Nik Khalid dan berbagai-bagai lagi Nik Parasit sudah berkiblatkan kepada abang ipar ... Nik Aziz semakin terpinggir.

Nik Hasan Ali, anak tirit yang boleh diharap ... sudah dihalau dari rumah, gara-gara menyindir menantu kesayangan Nik Aziz dengan panggilan 'kote bengkok'!





Untuk menggembirakan hati yang sudah terluka, lebih baik ikut sahaja karenah dan nasihat menantunya, Tuan Haji Anwar Ibrahim. Kepada menantu, diserahkan PAS untuk dibentuk hala tuju yang baru. Islam, Kebajikan, Adat, Sosialis ... persetankan! Janji PAS bahagia dibawah naungan dan pelukan Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Putih kata Tuan Haji Anwar ... putih jugalah kata Nik Aziz. Liwat kata Tuan Haji Anwar ... liwat jugalah kata Nik Aziz. Baru ada persefahaman di antara bapa mertua dan menantu. Maka timbullah bibit-bibit kegembiraan di antara bapa mertua dan menantu. Barulah sama-sama boleh menjadi hantu!

Bapa mertua dan menantu kini ketawa berdekah-dekah ...



Namun GWM yakin yang paling kuat ketawa adalah Tun Dr Mahathir, barangkali juga negarawan ini mengingati kembali babak-babak filem 'Tiga Abdul' arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ...




ANAK LiberaLiwat ... SEMAKIN KUAT MENYUNDAL!


Malam tadi di bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Nurul Izzah menjulang nama Robert Kuok dan menghina usahawan sebangsa dengannya, Syed Mokhtar Al-Bukhari. Tergamak sungguh Nurul menghina bangsanya sendiri di kawasan perkampungan tradisi yang penduduknya 100% Melayu.




Sahabat blogger AKAR UMBI yang berada di ceramah tersebut, mempunyai jawapan yang cukup baik menyangkal tohmahan anak LiberaLiwat ini.







NFC Bloody News ... 'VVIP' Mana HALANG Pengarah Eksekutif NFCorp Dari Membuat Sidang Akhbar Hari ini?



Sidang akhbar yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang tadi agak kecoh seketika apabila Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh tidak juga muncul untuk memberikan kenyataan akhbar. Sehingga jam 5.30 petang, wartawan dan jurugambar mulai bosan menunggu ketibaan Pengarah Eksekutif NFCorp dan ada yang sudah mahu beredar.

Keadaan kecoh seketika apabila beberapa wartawan mendapat berita dari 'informer' bahawa Wan Shahinur telah ditahan oleh '8 anjing suruhan' selepas menunaikan solat Jumaat. VVIP ini telah mengarahkan '8 anjing suruhan' untuk memberi sepatah dua kata dan pesanan yang amat sulit kepada Wan Shahinur.

GWM terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana pihak media belum tentu akan menerbitkan maklumat ini dalam portal atau akhbar ... Nahas besar bakal menanti! GWM juga menerima berita ini dari rakan-rakan yang hadir untuk sesi taklimat bersama NFCorp.



Sudah ada tanda berlaku campurtangan pihak tertentu mahukan isu ini tidak digali sedalam-dalamnya. Dan GWM sebelum ini pernah mengatakan berlakunya tanda-tanda mahu menjatuhkan karier, imej dan kredibiliti Ketua Wanita UMNO.

Hanya dua portal melaporkan kejadian Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh lewat tiba untuk sesi taklimat bersama NGO terbabit.




click, KLPOS

Kebetulan? ...



Barangkali sudah ada VVIP yang semakin kepanasan apabila isu NFC sudah sampai ke siasatan pihak berkuasa dan SPRM. Imej kerajaan khususnya UMNO lebih buruk jika benar perkara ini berlaku ... Unsur-unsur gangsterisme sudah mula terpacul.

Khabar angin? ... Masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin! Dan angin pula turut terkena tempias ke pihak media!



Friday, January 27, 2012

Khalid Ibrahim KHIANAT ... SABOTAJ ROADSHOW Hasan Ali! ... LIBERALIWAT Mengganas!


gambar ihsan : blog GERAKAN ANTI PKR

KENYATAAN MEDIA : BANNER ROADSHOW DATUK DR HASAN ALI DITURUNKAN - EXCO SELANGOR CUBA SABOTAJ KEMARAAN DR HASAN


Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengecam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.

Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB.

Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.


Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian?

SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masa depan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.

Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.IMR penyelamat rakyat.


Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat
0163952602
27 Jan 2012

Kebangkitan GELOMBANG KETIGA DALAM PAS ... Nik Aziz Salahkan Anwar!





Tidak boleh dinafikan pertukaran portfolio Adat-adat melayu, Belia dan Sukan kepada Dr Ahmad Yunus membangkitkan lagi kemarahan penyokong kuat Pas. Beberapa forum dan blog hardcore parti ini menyifatkan jawatan baru yang diberikan adalah satu penghinaan kepada Pas, sehingga ada yang secara sinis menyindir Pas sebagai Parti Adat & Sosialis (PAS).

Kehadiran beberapa tokoh pemimpin Pas sebagai penceramah undangan dalam siri jelajah Hasan Ali sudah cukup menampakkan Pas Selangor sudah berpecah kepada dua kelompok. Dr Azhar Yaakub, Ustaz Hasan Basri Mohammad, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman adalah di antara tokoh-tokoh ternama dikalangan Pas Selangor.

Kehadiran bekas Ketua Pemuda Pas Selangor, Norman Taha juga mengejutkan ramai pihak. Norman Taha adalah di antara penggerak utama kejayaan Pas Selangor merampas 4 kerusi DUN dari tangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum tahun 1999.










Thursday, January 26, 2012

PECAT AZIZAN, PECAT HADI AWANG - Professor ParasHit




Pakatan Rakyat seharusnya mendengar nasihat dan pandangan dari pakar undang-undang cukup berkaliber Professor Kongkang Aziz Bari. Dan parti PAS jangan segan silu untuk mengikut perintah am dari parasit Anwar Ibrahim, pecat sahaja Azizan Abdul Razak dari jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Lebih cantik lagi, pecat terus dari parti!

Azizan Abdul Razak sudah mempunyai suara dan nada yang serupa dengan Datuk Dr Hasan Ali, ingkar terhadap semangat Pakatan Rakyat. Mengingkari semangat Pakatan Rakyat juga bererti mengingkari suruhan dan perintah wajib dari Ketua Umum Pembangkang, Anwar 'Kote Bengkok' Ibrahim.


PAS seharusnya sejak dari dahulu lagi wajib mengikut nasihat intelektual Professor Kongkang Aziz Bari, pecat Hadi Awang dari jawatan Presiden parti atau terus dibuang keahlian parti. PAS sudah tidak mempunyai sebarang opsyen atau pilihan. Hadi Awang juga sebahagian daripada parasit-parasit yang semakin membusuk dalam parti tersebut.

Dan barangsiapa sahaja yang mula melanggar prinsip dan semangat Pakatan Rakyat, PAS juga wajib mengambil tindakan pecat dari parti.

Perlu diingat, PAS sudah tidak lagi mempunyai prinsip perjuangan parti. Dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, PAS sudah menjadi parti yang berprinsipkan 'caca marba' ... seasonal principle.

Lebih elok lagi ... tutup terus parti!

NOTA : 'KONGKANG' merupakan salah satu dari spesies haiwan bergerak perlahan yang terdapat di Borneo, Filipina, Bangladesh, Indonesia, India dan Thailand (tidak terdapat di Malaysia). Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, dan didaftarkan dalam spesis terancam.

'PROFESSOR KONGKANG' merupakan satu-satunya spesis jarang terdapat dalam dunia akademik di Malaysia. Haiwan ini juga didaftarkan dalam spesis terancam. Bakal terancam selepas tamat pilihanraya umum kelak. 



"Saya Akan Dedahkan SKANDAL TERLARANG Hasan Ali" - Azmin Ali




PETALING JAYA, 26 Jan - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dan fakta yang kukuh siapa penganjur siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali jika beliau terus menerus menyerang pembangkang.

Beliau turut meminta Pas mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti tersebut berdasarkan maklumbalas akar umbi dan Kerajaan Negeri.

"Jangan cari salah orang lain, bukan saya atau Datuk Seri Anwar yang memecat Hasan dari parti. Ini keputusan yang dibuat oleh Pas.

"Keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan parti tersebut. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut," kata Azmin. KLPOS, 26 Jan 2012




SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan tergugat siri jelajah anjuran bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan akan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, Hasan boleh mendedahkan apa sahaja isu dalam siri jelajahnya, tetapi Pas Selangor juga sudah bersedia memberikan serangan balas setiap apa yang akan didedahkan beliau.
“Pas Selangor tidak bimbang kerana setiap kali beliau buat roadshow, rakyat akan lagi kenal siapa beliau. Makin banyak bercakap, makin banyak perkara negatif akan keluar. SINAR HARIAN, 26 Jan 2012



Umpama David vs Goliath ... Hasan Ali dipaksa berhadapan dengan kekuatan parasit-parasit peliharaan Anwar Ibrahim. Hampir keseluruhan Pakatan Rakyat dikerah untuk mematahkan serangan Hasan Ali.

Hasan Ali seakan sudah menjadi 'Fenomena Baru' ketakutan muktamad Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang bakal terkeluar dari mulut Hasan Ali seolah-olah membakar hangus keseluruhan tubuh Anwar Ibrahim.

Lucunya ... Azmin Ali mahu PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas pemimpin parti tersebut. Apa yang PAS boleh lakukan terhadap bekas pemimpinnya?

Bukan beliau yang memecat Hasan Ali dari PAS, kata Azmin ... Bukankah mulut parasit beliau yang mendesak PAS memecat Hasan Ali?





Wednesday, January 25, 2012

ANGKARA Anwar ... PAS Menjadi Pusat Peliharaan dan Ternakan PAraSit!


Anwar Ibrahim terlalu bijak sehingga para pemimpin dan ahli PAS secara terang-terangan diperbodohkan melalui percaturan politik bermula dari tahun 2008 lagi.

Parasit-parasit Anwar Ibrahim cukup mudah menterbalikkan ideologi dan perjuangan PAS dari sebuah parti yang memperjuangkan sebuah negara Islam kepada sebuah parti yang berlandaskan negara berkebajikan.

Kehebatan parasit ini cukup memukau minda dan intelektual PAS sehingga Hadi Awang dianggap sudah tidak lagi relevan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim dijulang, dikagumi dan diangkat setinggi langit ketujuh sebagai pemimpin yang paling layak dan berkaliber memimpin negara ... cukup hebat!

Parasit-parasit Anwar Ibrahim bijak bekerja disebalik tadbir nama parti. Nik Aziz Nik Mat dilacurkan dalam kejayaan menukarkan ketaksuban ahli PAS dari pemimpin parti tersebut kepada ketaksuban milik 'Anugerah Tuhan'.

Gerombolan pro ulama sudah lama dicantas, ditebang dan ditanam tujuh kaki dalam tanah. Suara pro ulama sudah menjadi suara minoriti bagi sebuah parti yang dahulunya gah dikuasai oleh gerombolan-gerombolan ini.

Hasan Ali sudah menjadi mangsa liwat pertama parasit-parasit peliharaan Anwar Ibrahim. Nasharudin Mat Isa, Harun Taib, Haron Din bakal menjadi mangsa seterusnya, jika tidak menjaga tutur kata dan tingkah laku yang bakal mencurigakan mata-mata parasit ini.

Hadi Awang? ... sudah lama dikuburkan tanpa batu nesan. Kekalahan berturut-turut parti ini dalam pilihanraya kecil dijadikan umpan, senjata dan modal utama membunuh karier Hadi Awang. Presiden parti sudah dilabelkan sebagai kepincangan utama kepimpinan PAS malah turut dilabelkan sebagai liabiliti utama bagi Pakatan Rakyat.

GWM menjangkakan pada pilihanraya umum akan datang, parasit-parasit Anwar Ibrahim akan dicalonkan sebagai calon-calon 'winnable candidate' PAS. Kemenangan calon-calon parasit ini akan memudahkan lagi proses membuang Hadi Awang dari tampuk dan kerusi empuk Presiden parti. Dan tidak mustahil kesemua jawatan tertinggi parti bakal dikuasai oleh parasit-parasit ternakan Anwar Ibrahim.

Hebat manusia bernama Anwar Ibrahim ... bukan ahli PAS yang mampu mencatur politik dan menguasai PAS. Parti ini sudah menjadi ladang ternakan dan peliharaan PAraSit!

 



Kuala Lumpur 'Top Gay Asia City' ... IMPIAN dan HARAPAN Anwar Ibrahim Melalui SEKSUALITI MERDEKA!







TEL AVIV, 25 Jan - Gerakan kempen 'Gay Tourism' yang dilancarkan sejak dari Julai 2010 telah menjadikan ibu negara Israel ini sebegai hub terbesar bagi golongan homoseksual di mana pasangan gay boleh bergerak bebas dan berkucupan dikhalayak ramai.

Kempen penjenamaan yang dijalankan disokong dan dibantu dengan bantuan dana oleh kerajaan agar Tel Aviv muncul sebagai destinasi utama bagi pelancongan golongan homoseksual di Asia Barat.

Kerajaan Tel Aviv memperuntukkan kira-kira USD100,000 (RM310,000) sebagai bajet pemasaran antarabangsa bagi menjalankan kempen pelancongan gay ini secara agresif. Pegawai kerajaan menganggarkan ketibaan berpuluh ribu pelancong gay di Israel dalam melonjakkan lagi pendapatan melalui sektor pelancongan.

Pegawai Kementerian Pelancongan, Pini Shani menyifatkan pelancong gay berpotensi besar dalam mempromosikan Israel sebagai hub terbesar golongan homoseksual dan melantik pelancong ini sebagai duta muhibbah bagi Israel.

"Kami cuba mewujudkan model keterbukaan, toleransi dan pluralisme melalui kempen ini," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai. KLPOS, 25 Jan 2012



"Kami perlu menilai kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."



Pemimpin manakah dalam negara ini yang begitu sibuk memperjuangkan isu homoseksual baik dari segi hak bersuara mahupun beria benar mahu menukar undang-undang homoseksual yang sudah dianggap tidak relevan?

Hatta barisan pemimpin DAP sekalipun cukup geli geleman mahu memperjuangkan isu LBGT, apatah lagi Khalid Samad ... sekalipun tergolong dalam gerombolan tegar LiberaLiwat, tidak pernah sekalipun terlintas mahu mengangkat martabat golongan LBGT.

Lihat, teliti, kaji dan dalami kronologi perjuangan LiberaLiwat Anwar Ibrahim ... masih banyak isu dan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang.

Mengapa isu LBGT tetap menjadi pilihan utama perjuangan suci Anwar Ibrahim, baik dalam negeri mahupun di luar negara? ... Bakal Perdana Menteri Malaysia?






BREAKING NEWS ... "Saya KESAL TUDUH Shahrizat Bukan-Bukan" - BUNG MOKHTAR




SHAH ALAM, 25 Jan - Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.


Full article, click PEMIMPIN UMNO PUN BUTA FAKTA.




Secara jujur, GWM tidak menyalahkan rakyat yang tidak memahami isu sebenar kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) jika hanya berpandukan kepada berita yang tersiar di portal-portal pro pembangkang. Dan secara jujur, amarah GWM terhadap 'Lembu-Lembu PKR' masih lagi boleh dipertimbangkan.

Sudah mejadi kewajipan 'Lembu-Lembu PKR' ini wajib menjalankan tugas dan amanah dari Tuan Haji Anwar Ibrahim mengikut konsep 'FIFO' dalam perakaunan kos (cost accounting) ... 'Fitnah In, Facts Out'!

Sudah menjadi makanan ruji puak-puak ini jika tidak mendahulukan fitnah dan tohmahan dan membelakangkan isu dan fakta yang sebenar.




Namun apabila membicarakan soal beberapa pemimpin UMNO yang menjadi 'Pak Turut' dalam kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hanya satu perkataan yang terlintas di kotak pemikiran GWM ... BODOH!

GWM kurang pasti sama ada beberapa pemimpin UMNO ini mahu menampilkan diri sebagai 'winnable candidate' bagi pilihanraya umum kelak dengan menyerang Ketua Wanita UMNO tanpa sebarang usul periksa atau ... sekadar mahu melepaskan tengkuk masing-masing dari menjadi bahan tembakan pembangkang.

Sebenarnya Laporan Audit Negara 2010 dan Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga sudah secara jelas menerangkan isu ini hanya berkait rapat dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp, sebuah syarikat Sendirian Berhad.

Atas dasar itu, GWM sudah terlalu malas mahu memberi penjelasan dalam kemelut NFC, yang sebenarnya tidak ada kemelut pun sebenarnya ... dan tidak ada kegagalan dalam projek fidlot negara. Yang dibicarakan dan disimpulkan dalam Laporan Audit Negara 2010 adalah kelambatan NFC mengikut jadual.

Kelambatan adalah disebabkan Kementerian Kewangan telah beberapa menangguhkan projek ini untuk dilakukan kajian 'Viability and Business Model Project' terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang keputusan muktamad. (sila muat turun dan rujuk Laporan Audit Negara 2010).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seharusnya berada dihadapan untuk memastikan objektif projek ini dapat disegerakan mengikut jadual setelah operator pengeluaran lembu utama Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAMBERTS) gagal dan menarik diri dari projek ini ... bukannnya NFCorp.

Seharusnya pihak pembangkang persoalkan mengapa LAMBERTS gagal dan menarik diri daripada meneruskan projek ini ... bukannya NFCorp!

Dan kebetulan ... semakin lama semakin terbuka luas ruang seolah-olah sudah ada 'tangan-tangan ghaib' mahu membunuh karier Ketua Wanita UMNO!


Menarik bukan ...

rujukan click :
Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga
Laporan Audit Negara 2010

  




TOP NEWS ... Anwar Mula SAMAN SEMUA BEKAS PEMIMPIN PKR ... RM 600 JUTA!





Ezam Mohd. Noor kata ... Anwar Ibrahim saman media massa sebagai gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran tetapi takut berdepan dengan kebenaran.

Anuar Shaari kata ... saman terhadap media hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

Mohd. Zahid Md. Arip kata ... Ibrahim adalah seorang yang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

SD Johari kata ... beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

Hamizun Khairuddin kata ... rakyat sudah tahu moral dan akhlak Anwar Ibrahim cukup jijik dan tindakan saman hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.



Yang paling jelas Anwar Ibrahim sudah terdesak dengan situasi semasa. Sokongan dan rating beliau semakin jatuh merudum. Pembebasan beliau dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan merosakkan pelan awal untuk menaikkan rating beliau.

Tindakan terdesak sebagai 'tangan ghaib' singkirkan Hasan Ali dari PAS lebih memburukkan keyakinan parti itu terhadap Anwar dan PKR. PAS semakin berantakan apabila gerombolan pro ulama dilihat semakin ramai menyokong dan menghadiri road tour Hasan Ali.

Dan sehingga kini, Anwar Ibrahim pernah mengakui dan mengatakan beliau sudah mengenalpasti identiti Lelaki Y dalam video seksnya bersama China Doll ... Mengapa tidak beliau dedahkan Lelaki Y tersebut sebagai bukti beliau sebagai pemimpin yang boleh dipercayai?

Kerana itulah media massa asing turut melabelkan Anwar Ibrahim sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Anwar Ibrahim seharusnya juga mengambil tindakan saman ke atas media asing ini; The Economist yang telah memburukkan imej dan kredibilitinya.

Begitu juga dengan portal media pro pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang turut sama menyiarkan artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu. Mengapa Anwar Ibrahim tidak berani mengambil tindakan saman terhadap dua portal ini? Persoalannya ... Anwar Ibrahim berani atau tidak?

Gimik politik sebenarnya cukup penting bagi Anwar Ibrahim. Gimik politik jugalah yang diharapkan mampu menaikkan kembali rating beliau dikalangan penyokongnya.

Politik pada Anwar Ibrahim hanyalah sebagai 'The Game of Numbers and Perceptions' ....



Saturday, January 21, 2012

Anwar Kembali CUAK ... Mula Tuduh GANI PATAIL Berkonspirasi Dengan NAJIB & SAIFUL !



Lidah Tuan Haji Anwar Ibrahim akan sentiasa bercabang dan mustahil akan bercantum kembali ... amat mustahil!



Dihadapan penyokong dan dihadapan rakyat, Tuan Haji Anwar Ibrahim cuba menggambarkan beliau bersetuju sistem kehakiman di Malaysia sememangnya bebas dan adil ...



Diluar negara, lidah Tuan Haji Anwar kembali berpecah kepada dua, tiga cabang ... beliau menggambarkan pembebasannya akibat kerajaan takut kepada tekanan rakyat mahupun tekanan antarabangsa ...



Raja LiberaLiwat bakal kembali mencari jalan menuduh keputusan Peguam Negara memfailkan rayuan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai konspirasi terbaru untuk terus menjatuhkan karier dalam politik ... skrip lama diubahsuai kembali mengikut kesesuaian semasa!



Friday, January 20, 2012

LATEST NEWS! ... Gani Patail Simpan Kayu Golf ... PUTUS FAILKAN RAYUAN SAIFUL, ASAP!


Berita yang baru diterima, Peguam Negara baru sahaja memfailkan notis rayuan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas sekitar jam 4.00 petang tadi.

Syukur ... keadilan bagi Mohd Saiful Bukhari Azlan masih terbuka. Doa beliau sudah dimakbulkan.

Jutaan terima kasih kepada Tan Sri Gani Patail kerana berani menepis 'tangan-tangan ghaib' yang menolak keadilan bagi Mohd Saiful Bukhari Azlan.  




Tuan Haji Anwar Ibrahim ... See you again in court!