Saturday, January 28, 2012

NFC Bloody News ... 'VVIP' Mana HALANG Pengarah Eksekutif NFCorp Dari Membuat Sidang Akhbar Hari ini?



Sidang akhbar yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang tadi agak kecoh seketika apabila Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh tidak juga muncul untuk memberikan kenyataan akhbar. Sehingga jam 5.30 petang, wartawan dan jurugambar mulai bosan menunggu ketibaan Pengarah Eksekutif NFCorp dan ada yang sudah mahu beredar.

Keadaan kecoh seketika apabila beberapa wartawan mendapat berita dari 'informer' bahawa Wan Shahinur telah ditahan oleh '8 anjing suruhan' selepas menunaikan solat Jumaat. VVIP ini telah mengarahkan '8 anjing suruhan' untuk memberi sepatah dua kata dan pesanan yang amat sulit kepada Wan Shahinur.

GWM terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana pihak media belum tentu akan menerbitkan maklumat ini dalam portal atau akhbar ... Nahas besar bakal menanti! GWM juga menerima berita ini dari rakan-rakan yang hadir untuk sesi taklimat bersama NFCorp.



Sudah ada tanda berlaku campurtangan pihak tertentu mahukan isu ini tidak digali sedalam-dalamnya. Dan GWM sebelum ini pernah mengatakan berlakunya tanda-tanda mahu menjatuhkan karier, imej dan kredibiliti Ketua Wanita UMNO.

Hanya dua portal melaporkan kejadian Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh lewat tiba untuk sesi taklimat bersama NGO terbabit.




click, KLPOS

Kebetulan? ...



Barangkali sudah ada VVIP yang semakin kepanasan apabila isu NFC sudah sampai ke siasatan pihak berkuasa dan SPRM. Imej kerajaan khususnya UMNO lebih buruk jika benar perkara ini berlaku ... Unsur-unsur gangsterisme sudah mula terpacul.

Khabar angin? ... Masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin! Dan angin pula turut terkena tempias ke pihak media!



1 comment:

  1. BLOger bahalol memang pun syed moktar tu sapa kalau bukan balaci sundal anak kuty tu ,apa yang dia tolong melayu nya cuba ceta sikit jangan jadi tolol memanjang,itu lah ahsik duduk dalam tempurung umgok otoak macam lembu izat.

    ReplyDelete