Ezam Mohd. Noor kata ... Anwar Ibrahim saman media massa sebagai gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran tetapi takut berdepan dengan kebenaran.
Anuar Shaari kata ... saman terhadap media hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.
Mohd. Zahid Md. Arip kata ... Ibrahim adalah seorang yang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.
SD Johari kata ... beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.
Hamizun Khairuddin kata ... rakyat sudah tahu moral dan akhlak Anwar Ibrahim cukup jijik dan tindakan saman hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.
Yang paling jelas Anwar Ibrahim sudah terdesak dengan situasi semasa. Sokongan dan rating beliau semakin jatuh merudum. Pembebasan beliau dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan merosakkan pelan awal untuk menaikkan rating beliau.
Tindakan terdesak sebagai 'tangan ghaib' singkirkan Hasan Ali dari PAS lebih memburukkan keyakinan parti itu terhadap Anwar dan PKR. PAS semakin berantakan apabila gerombolan pro ulama dilihat semakin ramai menyokong dan menghadiri road tour Hasan Ali.
Dan sehingga kini, Anwar Ibrahim pernah mengakui dan mengatakan beliau sudah mengenalpasti identiti Lelaki Y dalam video seksnya bersama China Doll ... Mengapa tidak beliau dedahkan Lelaki Y tersebut sebagai bukti beliau sebagai pemimpin yang boleh dipercayai?
Kerana itulah media massa asing turut melabelkan Anwar Ibrahim sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Anwar Ibrahim seharusnya juga mengambil tindakan saman ke atas media asing ini; The Economist yang telah memburukkan imej dan kredibilitinya.
Begitu juga dengan portal media pro pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang turut sama menyiarkan artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu. Mengapa Anwar Ibrahim tidak berani mengambil tindakan saman terhadap dua portal ini? Persoalannya ... Anwar Ibrahim berani atau tidak?
Gimik politik sebenarnya cukup penting bagi Anwar Ibrahim. Gimik politik jugalah yang diharapkan mampu menaikkan kembali rating beliau dikalangan penyokongnya.
Politik pada Anwar Ibrahim hanyalah sebagai 'The Game of Numbers and Perceptions' ....
HAHAHA ... NICE WORDS ANON 11.01AM
ReplyDeleteAnwar seorang yang bijak politik... dia tahu siapa yang perlu atau tidak perlu diserang.
ReplyDeleteDia akan pastikan suasana politik di Malaysia sentiasa panas sampai PRU-13 nanti.
Tapi aku percaya... sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga.