Thursday, December 29, 2011

Regim SAM KETOT vs Regim CHEGUBARD ... Lambang Sebenar KEBODOHAN PKR!





Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau.

Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong.

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter tersebut hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK.

Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.

Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis.


Full article ... click MELAYU 901 TUAN HAJI ANWAR


Syabas kepada Md Sani Mohd Shah kerana anda berjaya membuka pekung sebenar dan membuka mata rakyat dengan seluas-luasnya mengenai PKR!

1) Isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.
2) Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri.



Syabas kerana ada ahli PKR mengakui parti tersebut adalah lambang kebodohan dan kebobrokan Tuan Haji Anwar Ibrahim ... Kebodohan mana-mana ahli dan penyokong yang mengangkat martabat Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri.


Yang paling GWM gemari adalah ayat dibawah ini ...

Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno.



Mahu menumbangkan regim UMNO? ... Lebih elok jika ditumbangkan regim Tuan Haji Anwar Ibrahim agar selamat bersemadi di Sungai Buloh! 

Buang masa buat road tour ...




No comments:

Post a Comment