GWM cukup hairan mengapa kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara tidak menyanggah dan menolak tanggapan bahawa negara bakal bankrap menjelang tahun 2020. Mahupun dari cerdik pandai dan pemimpin UMNO ... none!
Artikel ini telah berlegar selama dua hari di alam maya namun tiada langsung inisiatif dari mana-mana pihak untuk menyanggah pendapat yang ditulis oleh Associate Professor Dr Subramaniam Pillay dari University of Nottingham Malaysia.
GWM merasakan artikel ini bakal menjadi 'modal besar' pihak pembangkang untuk menjahanamkan lagi kredibiliti kerajaan BN menjelang pilihanraya umum kelak. Bayangkan dalam masa dua hari ini pembangkang sudah memainkan isu ini sebaik mungkin, apatah lagi jika dibawa dalam ceramah-ceramah mingguan pembangkang!
GWM tahu kerana ceramah yang bakal diadakan oleh Pakatan Rakyat disekitar Gombak dan Selangor akan memainkan isu ini secara besar-besaran bersama dengan isu NFC ...'Mengapa Rakyat Perlu Tolak BN'.
Inilah masalah BN dan UMNO ... tunggu sehingga 'last minute' untuk 'counterback' segala isu yang telah dibangkitkan pembangkang lima enam bulan lebih awal sebelum PRU 13. Masalah utama BN dan UMNO yang mahu terus menunggu para blogger untuk menjawab tohmahan yang sepatutnya dijawab dengan petikan jari oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia!
Apa yang boleh GWM perkatakan, artikel yang ditulis oleh Associate Professor Dr Subramaniam Pillay dari University of Nottingham Malaysia tidak mempunyai kredibiliti untuk diterimapakai. Professor? ... Macam Aziz Bari ... Prof Kongkang!
Bagaimana beliau boleh mendakwa Singapura tidak mempunyai hutang langsung daripada KDNK (GDP)? Angka dan butiran mana beliau perolehi? Dari langit barangkali!
Jadual ini menunjukkan jumlah hutang Singapura adalah sebanyak 105.8 peratus daripada KDNK.
Yang nyata hutang Malaysia 52.4 peratus dari KDNK adalah lebih rendah berbanding dengan standard dunia, malah lebih rendah berbanding dengan standard EU iaitu purata 60 peratus. Malaysia 52.4% ... Singapura 105.8%, siapa yang lebih tinggi hutangnya berbanding KDNK?
Agak menghairankan bagaimana portal Malaysian Insider boleh menerbitkan artikel sampah sebegini dari Professor Kongkang!
Apa yang GWM mahu sentuh disini adalah negara tidak akan bankrap baik menjelang 2020, mahupun 2030, 2040! Alasan yang cukup mudah untuk dibuktikan secara realiti.
Hutang Jepun 220 peratus dari KDNK berbanding dengan Greece 142.76 peratus dari KDNK. Secara logik, negara Jepun sepatutnya sudah lebih awal bankrap jika dibandingkan dengan Greece yang bakal bankrap menjelang 2012.
Kerana itulah GWM katakan artikel dari Malaysian Insider adalah artikel sampah! Sama seperti yang didakwa oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan Malaysia ... negara bakal bankrap menjelang 2020. Artikel yang diterbitkan cukup tidak mempunyai kredibiliti dan tidak bertanggungjawab.
Banyak faktor lain yang perlu dilihat sebelum melayakkan Malaysia sebagai negara yang bakal bankrap menjelang 2020, perlu juga melihat nisbah hutang luar (external debts ratio), hutang negara dengan World Bank, IMF dan banyak faktor-faktor lain.
Jika benar ekonomi negara cukup buruk dan akan bankrap, sudah lama Malaysia diberi penarafan oleh World Bank dan IMF sebagai negara yang bakal bankrap seperti Greece.
Persoalannnya ... adakah Malaysia sudah diberi penarafan sebagai negara yang bakal bankrap? Penarafan dari Tuan Haji Anwar Ibrahim dan pembangkang adalah ...
the best artical from u sir.
ReplyDeleteTAK BEST PUN, HAHAHA ...
ReplyDeleteJELAS SEKALI PIHAK KERAJAAN MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK PRU 13....SAYA MENYOKONG KENYATAAN GWM BAHAWA ISU SEBEGINI HARUS SEGERA DIPATAHKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.PASTINYA PIHAK PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN PELUANG SEBEGINI UNTUK DIJADIKAN MODAL KEMPEN MEREKA SAMAADA MAKLUMAT ITU BENAR ATAU TIDAK BUKANLAH PENTING BAGI PIHAK PEMBANGKANG.TERIMA KASIH GMW KERANA SEGERA MEMBERIKAN MAKLUMBALS DAN JAWAPAN KEPADA ISU YANG DIBANGKITKAN
ReplyDeleteUMNO MASIH LAGI BERDENGKUR! Zzzzzzz ...
ReplyDeletesusah kalau mengharapkan blogger je nak cakap benar..rakyat bukan percaya sangat dengan blogger..lebih afdal menteri sendiri yang bercakap.
ReplyDeletetapi bab bangkrup ni..akupun ada dengar juga..bukan cakap orang politik kedai kopi tapi orang dalam kerajaan sendiri..entahlah akupun tak tahu betul ke tak.
anyway lebih baik menteri terbabit sendiri beri penjelasan.