Friday, December 16, 2011

HOT & SICKENING NEWS ... Pemimpin-Pemimpin Pembangkang YANG DIBANTU OLEH MCA!

Jika ada pemimpin pembangkang yang begitu memahami maksud 'tak tahu malu' dan 'bite the hands that feed you', pemimpin-pemimpin di atas adalah contoh terbaik!

Teresa Kok, Teo Nie Cheng, Chong Eng adalah di antara pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak menghentam dan menghasut MCA sebagai parti yang tidak membantu dan memperjuangkan hak dan nasib masyarakat Cina ... elit kononnya!

Namun disebalik tohmahan, fitnah dan rekayasa memperlekehkan parti MCA, pemimpin pembangkang ini pernah dibantu secara langsung dan tidak langsung oleh parti MCA.



Ibu kepada ahli Parlimen Serdang yang mengidap penyakit jantung, terpaksa meminta bantuan dari Ketua MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam bagi merawat penyakitnya.

Aneh, kerana suami ahli Parlimen Serdang adalah seorang doktor namun tidak membantu untuk merawat penyakit ibu mertuanya. Begitu juga dengan Teo Nie Cheng sebagai ahli Parlimen gagal membantu ibunya. Parti MCA dijadikan rujukan untuk membantu penyakit beliau.

Pembongkaran berita oleh media massa Cina membuatkan Teo Nie Cheng terpaksa mengaku ibunya mendapat pertolongan dari MCA.



Ahli parlimen Bukit Mertajam dan Ketua Wanita DAP Chong Eng juga adalah hasil produk bantuan dari MCA. Beliau yang gagal dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dalam MCE (Malaysia Certificate of Education) diberikan bantuan pembelajaran dan kewangan di Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR) dan ahli perniagaan komuniti Cina.

Melalui bantuan KTAR, Chong Eng akhirnya mampu untuk meneruskan pembelaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).



Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok juga malu untuk mengakui beliau adalah hasil produk bantuan dari MCA. MCA membantu Teresa Kok dengan memberikan tempat di KTAR malah mendapat bantuan kewangan dari 1MCA Medical Foundation.



Naib Presiden PAS dan ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub a.k.a. Din Puduraya @ Din Poyo juga merupakan salah seorang pemimpin pembangkang yang mendapat manfaat hasil bantuan dari MCA.

Sebelum melanjutkan pelajaran di UPM dalam bidang Human Development Science, beliau adalah graduan Diploma in Business Administration dari KTAR pada tahun 1982-1983.



Penubuhan KTAR dan 1MCA Medical Fund sekian lama oleh parti MCA adalah bagi merealisasikan pendidikan peringkat tinggi masyarakat Cina khususnya yang tidak mendapat peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam.

Terlalu ramai pemimpin pembangkang khususnya dari parti DAP diberikan peluang pembelajaran, bantuan kewangan dan manfaat dari hasil kerja parti MCA.

Apa sumbangan parti DAP terhadap pembangunan pendidikan masyarakat Cina di Malaysia? None ...


sumber : STOP THE LIES & THE UNSPINNERS 



7 comments:

  1. Menarik benar pendedahan yang tuan buat mengenai beberapa pemimpin pembangkang yang menerima bantuan dari MCA parti komponen dalam BN yang terajui oleh Umno.

    Nampak kebenarannya gabungan parti gabungan BN adalah penyumbang bantuan yang tidak mengira lapisan rakyat. Sayangnya segala sumbangan dan bantuan ini tidak pernah dihargai dan jauh sekali untuk berterima kasih oleh manusia yang gelap hati ini.

    Paling malang manusia ini bangkit memekik dan mengigit tangan-tangan yang pernah menghulur bantuan kepada mereka. Demikiankah balasan yang ditunjukkan...malah sudah berura-ura untuk meruntuh jasa yang diabadikan dengan berbagai fitnah dan tonjolan yang begitu tajam........Siapakah yanh telah gagal bila lahirnya spesies manusia sperti ini ?????

    ReplyDelete
  2. memberi kemudahan pelajaran dah memang tanggungjawap sosial semua kerajaan. jadi tak perlu diungkit

    ReplyDelete
  3. Ibarat melepaskan anjing tersepit. Patutlah hanya tahu menyalak.

    ReplyDelete
  4. how stupid anon 11.01. penulis bukan mengungkit tetapi memberitahu kebenaran depan mata yang kamu sendiri pun tak tahu. ini adalah fakta! benar, pendidikan adalah tgjawab kerajaan, tetapi di Malaysia ini pemimpin pakatan pembangkang sendiri yg jenis lupa sejarah. mengutuk BN dan UMNO dan pd masa sama menggunakan kebaikan dr apa yg dicetuskan BN/UMNO. tidak mengenang budi. setidaknya ingat dari mana datangnya kamu. samalah juga dengan Tun M yg dihina kerana mahu mecipta kereta buatan Malaysia buatan anak tempatan, siapa yg memperlekehkan idea itu kalau bukan dikalangann pembangkang? Dan sedar tak sedar mereka, anak cucu mereka juga menggunakan Proton ! pakatan pembangkang di Malaysia masih belum matang.

    ReplyDelete
  5. anon 11:01 AM,

    Maksudnya, sememangnya BN melaksanakan tanggungjawabnya sbg kerajaan, kan?

    ReplyDelete
  6. Tajuk ada silap maa. Lihat bagaimana MCA melahirkan pemimpin racist

    ReplyDelete
  7. SEMAKIN KEPANASAN PEMBANGKANG DENGAN PENDEDAHAN INI! HAHAHA ...

    ReplyDelete