Friday, December 16, 2011

Ahhhh ... Blogger 'ANJING BESAR' MENYALAK LAGI Di Langkawi LIMA 2011, WOOF, WOOF!

Barangkali blogger-blogger pro pembangkang boleh mula membuat spekulasi hubungan baik di antara blogger pro UMNO BIG DOG dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Agak janggal melihat blogger pro UMNO yang seringkali menghentam pemimpin dan parti DAP boleh berkongsi menaiki satu helikopter Superlinks bersama Lim Guan Eng.

Ahhh ... tugasan barangkali dari pemberi dana untuk memberi gambaran sebenar keupayaan kapal selam Scorpene a.k.a. KD Tun Razak. Jika sudah dibayar maka tugasan perlu dilakukan sebaik mungkin ... masyuk!

GWM tidak menyalahkan PAPA GOMO jika melontarkan pandangan mengapa kehadiran dua orang Wartawan TV3 dan juga seorang wartawan Bernama membuat liputan didalam kapal selam Scorpene tidak dipertikaikan oleh media dan portal pro pembangkang.

Aneh kerana nama BIG DOG tidak diberi perhatian dan dipertikaikan oleh media dan portal pro pembangkang ...

Apakah tidak mungkin kehadiran BIG DOG dan wartawan-wartawan ini didalam kapal selam Scorpene mampu menjejaskan keselamatan negara? Mata melihat, telinga mendengar, tangan menulis ... rahsia KD Tun Razak mungkin berada dalam tangan mereka-mereka ini.

Dan GWM tidak sama sekali menyalahkan PAPA GOMO yang mendakwa BIG DOG melakukan pengkhianatan dan menjadi mulut tempayan bagi pihak Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ini yang dinamakan sebagai Blogger Jual Blogger, Blogger Main Dua Kolam ...



Mungkin terlalu awal menyatakan hubungan baik di antara BIG DOG dan Lim Guan Eng, namun bagaimana dengan hubungan rapat BIG DOG dengan Jeff Ooi?

Inilah kelebihan Blogger-Blogger Elite! Boleh bermain dua kolam bersama UMNO dan pembangkang dalam satu masa.

BIG DOG dan JEFF OOI adalah sahabat dan rakan lama dalam dunia blogging. Agak musykil mengapa BIG DOG sanggup menunggu JEFF OOI di pejabat Lim Guan Eng?


We had an appointment with YB Jeff Ooi, who is the Chief Staff at the Penang CEO's office. He is also MP for Jelutong. We were early so we had to wait for a while as he was out of the office for official business.

Kami mempunyai temujanji dengan YB Jeff Ooi, yang juga Ketua Staff di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau adalah ahli parlimen Jelutong. Kami terlalu awal maka terpaksa menunggu kerana beliau berada di luar bagi urusan rasmi.



He was very attentive to the presentation. Infact, he was very inquisitive and perfectly understood where we were coming from and saw the potential and benefits for Penang, be it the state and rakyat.

Ken even showed him how his own party benefited from our payment gateway, which has been provided to them by a third party acquirer. He shown a lot of interests on the concept as a whole. However, we need to work on what ever being presented further. This means we have to come back a few more times. Personally, I am looking forward to work with a state official who is so into e commerce.

Beliau memberi perhatian sepenuhnya kepada pembentangan. Malah, beliau ingin mengetahui dengan lebih mendalam dan memahami latarbelakang kami serta melihat potensi dan manfaat bagi Pulau Pinang, negeri dan rakyat.

Ken malah menunjukkan kepadanya bagaimana DAP mendapat manfaat daripada gerbang pembayaran kami, dimana ianya telah diberikan kepada mereka oleh pihak ketiga. Beliau (Jeff Ooi) menunjukkan minat mendalam mengenai konsep ini secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kami perlu bekerja lagi bagi maklumbalas yang bakal diberikan. Bermakna kami perlu kembali beberapa kali lagi. Secara peribadi, saya tidak sabar untuk bekerja dengan pegawai kerajaan negeri yang begitu berminat dalam e-dagang.



Hebat blogger bernama BIG DOG ini yang mampu membuat urusniaga bersama Jeff Ooi bagi pihak kerajaan negeri DAP Pulau Pinang ... Xiring Mobile Terminal. Cukup besar kolam BIG DOG bersama DAP Pulau Pinang.



Ahhh ... barangkali urusniaga sahabat lama semasa Jeff Ooi aktif dalam dunia blogging. Sahabat menolong sahabat. Sahabat pro pembangkang menolong sahabat pro kerajaan. Sahabat dikatakan. Apabila sahabat pro pembangkang memberi pertolongan suatu urusniaga bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP, sahabat pro kerajaan perlu mengenang budi.

Apakah tidak ada kemungkinan sahabat Jeff Ooi ini telah termakan budi dan turut berkongsi maklumat dalaman mengenai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan negeri DAP Pulau Pinang? Senario yang lebih teruk, maklumat dalaman kepada DAP Pusat?

Bahaya jika dibiarkan ANJING BESAR menyalak tidak tentu hala! Bagaimana jika ANJING BESAR ini mengidap dan mempunyai Virus Rabies?

Dalam erti kata yang lain, menggila dan menggigit sesiapa sahaja termasuk tuannya, UMNO ... Itupun jika ANJING BESAR ini bertuankan UMNO, bagaimana jika bertuankan DAP? Jangan main-main apabila ANJING BESAR MENYALAK LAGI ...


8 comments:

  1. i see no complications from the meet-up. perhaps u love seeing humans to squabble rather than exchanging friendly gestures among them. friendship knows no boundary, let alone difference in ideology.

    even members of parliament do sit down together on one table in the cafeteria/canteen in between sessions, there is just nothing wrong in that.

    i am an UMNO member and will always be a supporter til my last breath, but i have no problem if say, one day i should grace my feet on Nik Aziz's house and greet him or even a probable chat. perhaps u would take pleasure in human fighting each other, but at last you need not instigate others in having same hatred mindset. Let us promote camaraderie for the betterment of good governance and not promote hatred among us all.

    with regards.

    ReplyDelete
  2. Terbaik. Tapi bro anjing besar ni org takut coz gigit sesuka hati mak bapak dia je. Tapi dengan gua ni? Isy nasib baik dia ni down syndrome kalau tak lama dah aku cepuk.

    ReplyDelete
  3. ANON 3.02PM ... TRUE, BUT PERHAPS SOMEONE SHOULD ADVISE THIS SUCKER TO STOP BACKSTABBING OTHER BLOGGERS!

    ReplyDelete
  4. CEPUK JE BRO ... LAGI LAMA LAGI BESAR KEPALA BLOGGER-BLOGGER ELIT NI!

    ReplyDelete
  5. ANAK MERDEKA SARAWAKDecember 16, 2011 at 4:50 PM

    GILA LAH BIG DOG.. KHIANAT!!!

    ReplyDelete
  6. bloggers pro kerajaan tikam rakan bloggers pro kerajaan !!

    bloggers , yg selama ini asyik membongkar kejelikan orang , silap orang , dosa orang lain , rupanya hanyalah anjing kurap sakit jiwa , sama saja ..samada bloggers pro kerajaan , pro pembangkang !

    kecuali bloggers tidak bertuan , mereka lebih adil dan berani !

    bloggers UMB ? sampah !! bacul dan suka bodek bos , nak selamat diri , takut hilang segala !

    mana2 bloggers yang bertuan , yang ikut arahan dan ikut kehendak penyuruh , mereka itu najis !

    GWM ? pun sama !!!

    ReplyDelete
  7. BIG DOG NIE PENGINTIP DIORG KER?NASIB BAIK DAPT TAHU AWAL...LEPAS NIE PULAU KAN JER BIG DOG NIE

    ReplyDelete