Saturday, October 15, 2011

SIAPA PERLU MENJAWAB PERSOALAN INI ....







Full article ... click SIAPA

3 comments:

  1. Menteri Amaran @ Hishammuddin Si Lembik ini patut letak jawatan sajalah, pembangkang boleh pijak kepala Barisan Nasional sebab adanya menteri-menteri lembik macam Hishammuddin inilah.

    Untuk pengetahuan Menteri Amaran, hak asasi manusia itu hak asasi manusia juga, tapi janganlah kerana nak jaga sangat hak asasi manusia perangai macam bangsat hingga hak asasi bagi jutaan manusia lain yang hendakkan keamanan tergugat. Kalau sekadar amaran tahap kepala otak kau saja, lebih baik tak tayah ada Menteri Dalam Negeri, senang biar Ketua Polis Negara saja yang ambil tindakan, ada menteri pun tak guna, tak boleh diharap, lembik hinggakan kerajaan dihina pun Kementerian Dalam Negeri tak boleh ambil tindakan sebab menterinya lembik, penakut dan macam bangsat.

    GMW, anda sebagai blogger pro kerajaan, saya pun penyokong kerajaan, saya sungguh risau dengan keadaan menteri-menteri yang bermasalah hingga menyebabkan Barisan Nasional menjadi busuk dan menjadi hina. GWM silalah maklumkan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional bahawa rakyat tidak mahu kerajaan yang lembik, bacul dan macam kerbau dicucuk hidung membenarkan kegiatan gila babi seperti hasutan, maki hamun dalam ceramah, demontrasi liar sebagaimana yang dibuat oleh Pakatan Rakyat berleluasa, malahan rakyat juga meluat dengan sikap kerajaan yang memberi muka kepada golongan yang kononnya 'artis' tapi 'artis tahap longkang' seperti Namewee berbuat sesuka hati hingga menyebabkan rakyat kurang yakin pada kerajaan. Kerajaan mungkin tak tahu bahawa rakyat ketika ini hendak menyokong kerajaan, tetapi dasar-dasar dan tindakan kerajaan yang lembik dan tidak bermaruah telah menyebabkan rakyat kecewa termasuklah saya sendiri yang selama ini penyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional, ramai lagi yang sependapat dengan saya terutama di kampung-kampung yang dianak tirikan selepas Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersara dan ramai menteri-menteri era Tun Mahathir bersara, menteri-menteri sekarang hanya cakap pandai saja, tapi pandir tak tahu buat kerja, orang meluat dengan kamu semua, inilah golongan perosak UMNO dan Barisan Nasional, sibuk kipas Najib, dan Najib pula tak reti fikir, sibuk kejar benda yang tak pasti (undi Cina) sedangkan benda yang dikendong (undi Melayu dan bumiputera) dibiarkan keciciran.

    Buat peringatan Najib, janganlah tiba ketika tumbangnya Barisan Nasional baru terhegeh-hegeh nak perbetulkan keadaan kerana sekiranya Barisan Nasional tewas dan tidak lagi menjadi kerajaan, maka bukan senang nak dapatkan kembali jadi kerajaan, Pakatan Rakyat akan buat macam-macam dasar untuk sekat Barisan Nasional, macam Singapura, kononnya bebas dan adil, tapi sekatan macam-macam untuk sekat pihak lawan.

    Terpulanglah pada Najib samada nak kembali ke pangkal jalan atau henda teruskan juga politik populariti yang beliau amalkan sekarang ini, jangan sampai nanti jadi macam Kassim Selamat hingga cucuk mata guna garfu kerana terlalu kecewa sudahlah, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional kehilangan kuasa berjuta-juta rakyat Malaysia akan kecewa kerana kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kuasa bukannya kelemahan Barisan Nasional, tetapi kelemahan peribadi pimpinan Barisan Nasional yang berlagak pandai tapi pandir dalam tindakan hinggakan kuasa yang dikendong direbut oleh pihak lain. Fikir-fikirkanlah. Sekian, terima kasih.

    Yang benar,


    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  2. GWM, ramai rakyat berasa tertekan dengan kos sara hidup yang makin tinggi. Saya berpendapat keadaan ini berlaku kerana kesilapan pihak kerajaan memansuhkan duit 1 sen. Apabila kerajaan memansuhkan matawang 1 sen, maka harga barang-barang akan naik sekurang-kurangnya 5 sen disebabkan matawang terkecil negara ketika ini adalah 5 sen.

    Peningkatan kos sara hidup memberikan tekanan kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, mempunyai anak yang ramai, mempunyai tanggungan yang ramai (kerana orang bujang pun walaupun tak ada anak isteri, tetapi bertanggungjawab untuk menyara ibu bapa yang telah tua, adik-adik yang bersekolah ataupun datuk dan nenek yang memeliharanya ketika kecil).

    Kerajaan perlu mempertimbangkan kembali penggunaan matawang 1 sen supaya kenaikan harga barang-barang tidak akan mendadak. Ini kerana sekiranya barang berharga RM 1.95, takkan peniaga nak naikkan RM 1.96 kerana harga yang dibayar tetap RM 1.95 kecuali pembelian secara pukal melebihi 1 unit barang.

    Saya sedar pihak kerajaan memansuhkan matawang 1 sen kerana sikap masyarakat yang membuat enteng terhadap matawang 1 sen, tetapi sekiranya kos untuk membuat matawang 1 sen sebelum ini adalah tinggi, maka matawang 1 sen itu boleh dikecilkan saiznya. Malahan untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat terhadap nilai matawang 1 sen, bayaran-bayaran di kaunter kerajaan perlu menetapkan kadar bayaran seperti 12 sen, 13 sen, 14 sen, 33 sen dan sebagainya untuk membolehkan rakyat menghargai nilai matawang 1 sen itu. Saya faham, oleh kerana sikap masyarakat yang mengambil enteng terhadap matawang 1 sen inilah menyebabkan matawang 1 sen dimansuhkan dan kesannya kos harga barang cepat meningkat. Semuanya atas kesedaran diri kita juga, tetapi pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan kenaikkan kos sara hidup yang akan membebankan masyarakat hingga mengakibatkan banyak kejadian curi, samun, rasuah, penyelewengan dan sebagainya akibat bebanan kos sara hidup. Fikir-fikirkanlah.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,


    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  3. Apa yang boleh diharap dengan Mat Tuak ni...dia tengah dok layan..Take beer!!!Take beer!!!Take beer!!!!hahaha

    ReplyDelete