Saturday, October 15, 2011
Government Transformation Programme (GTP) - RETORIK atau REALITI?
Kerajaan sering melaungkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai satu cara untuk meningkatkan kualiti dan impak positif kepada perkhidmatan kerajaan.
Kerajaan juga sering melaungkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai inisiatif bagi menjadikan perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat.
Begitu juga dengan enam NKRA yang akan diukur dan dinilai melalui Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) ...
mengurangkan kadar jenayah,
memerangi rasuah,
meluaskan akses kepada kepada pendidikan berkualiti,
meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah,
memperkasa prasarana luar bandar,
menambahbaik pengangkutan awam.
Cukup hebat sebenarnya idea yang diperkenalkan pada 28 Januari 2010 oleh kerajaan ...
Namun kerajaan terlupa data dan statistik yang bagaimana mahu ditunjukkan kepada rakyat meningkatnya perkhidmatan awam?
Apa ukuran (benchmark) yang boleh digunakan sebagai bukti berlakunya transformasi dalam kerajaan?
Bukan apa ... rakyat tidak mahu ianya dilihat sebagai satu lagi retorik! program syok sendiri!
Memang benar kerajaan ada mengeluarkan Buku Laporan Tahunan GTP 2010 ... diterangkan antara pencapaian NKRA setakat ini adalah mengurangkan kadar kemiskinan tegar, naik taraf jalanraya diseluruh negara, tambahan bekalan air bersih dan tambahan bekalan elektrik 24 jam.
Namun persoalan pokok adalah Buku Laporan Tahunan GTP sering dimomokkan pihak pembangkang sebagai pembohongan kerajaan, angka-angka rekaan, ciptaan sendiri, manipulasi malah berbagai lagi pembohongan ... yang mengakibatkan rakyat akan terpengaruh melalui ceramah mahupun media pembangkang.
Bagaimana dengan isu pengurangan kadar jenayah, memerangi rasuah, perluasan akses kepada kepada pendidikan berkualiti? ... Bagaimana rakyat mahu melihat perbandingan dan pencapaian semasa kerajaan?
GWM bukan mengkritik polisi kerajaan, namun menegur secara terbuka perlunya ada alternatif lain dan/atau perbandingan terdekat (closest comparison) yang mampu kerajaan persembahkan kepada rakyat.
Perlu diingat, rakyat terutamanya sedang menilai KPI kerajaan dari semasa ke semasa ...
Kerajaan sebenarnya memerlukan analisa dan/atau kajiselidik dari pihak ketiga (3rd party acknowledgement). Peri pentingnya analisa dan kajiselidik dari pihak ketiga adalah sebagai bukti (evidence) berlakunya transformasi dalam kerajaan ... walaupun masih belum menyeluruh!
Mungkin dibawah ini mampu dijadikan satu benchmark sejauhmana keberkesanan Program Transformasi Kerajaan ... mungkin!
GWM mengambil kajiselidik yang dijalankan oleh Transparency International (Global Corruption Barometer) sebagai benchmark kepada keberkesanan Program Transformasi Kerajaan kerana imej kerajaan pimpinan BN sering dimomokkan sebagai 'Kerajaan Mengamalkan Rasuah'.
Dan seperkara lagi kerana laporan dari Transparency International ini lebih dipercayai pihak pembangkang dari laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
TAHUN 2009 dan TAHUN 2010 ... BERMULANYA GTP!
To what extent do you perceive the following institutions in this country
to be affected by corruption? (1: not at all corrupt, 5: extremely corrupt)
Average score.
How would you assess your curent government’s actions in the fight against corruption?
Secara kasar dan relatifnya, Program Transformasi Kerajaan (GTP) boleh dikatakan sebagai berjaya berdasarkan kepada salah satu dari NKRA iaitu memerangi rasuah menunjukkan penurunan jika dibandingkan diantara tahun 2009 dan 2010 (bermulanya GTP).
Skor purata institusi kerajaan yang dikatakan tercemar dengan imej rasuah turun dari 3.50 kepada 3.35 dalam tahun 2010.
Begitu juga dengan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memerangi rasuah meningkat dari 28% pada tahun 2009 kepada 48% pada tahun 2010.
Ini maksud sebenar GWM, mengapa pihak kerajaan perlu menggunapakai kajiselidik dari pihak ketiga seperti Transparency International sebagai alternatif lain kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Penting bagi kerajaan turut menggunapakai penilaian dari pihak ketiga agar pelbagai program yang dihasilkan kerajaan tidak dianggap retorik sepertimana sikap juak-juak pembangkang yang gemar beretorik.
Maka dengan sendirinya agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) dianggap realistik dalam menjadikan sektor awam lebih dinamik!
Saya melihat menteri-menteri dan juga Perdana Menteri ketika ini tidak begitu serius untuk menambahbaik kepentingan negara dan kehidupan rakyat. Kerajaan memang ada buat Program Tranformasi Kerajaan, tetapi apakah ia suatu yang memberikan kesan positif kepada negara atau sekadar sebagai hiasan untuk populariti semata-mata? Segala perubahan yang dibuat hendaklah dengan kesungguhan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir yang berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan mempunyai ekonomi yang kuat serta kehidupan rakyat makin makmur, semua itu perlukan kesungguhan, bukan sekadar perancangan tetapi perlaksanaannya jadi macam lain pula.
ReplyDeleteSaya tertarikah dengan Program Transformasi Kerajaan yang kononnya mahu MEMPERKASAKAN INFRASTRUKTUR DI LUAR BANDAR, tetapi apakah yang berlaku ketika ini? Hanya infrastruktur di bandar-bandar yang diperkasakan dengan macam-macam kemudahan yang tidak perlu dibuat di sana sini, seperti pagar-pagar hiasan, pasu bunga di tengah jalan, taman-taman rekreasi yang akhirnya menjadi belukar, dan macam-macam lagi keperluan diberikan kepada bandar-bandar walaupun kemudahan itu tidak dihargai langsung apabila pasu bunga di tengah jalan dilanggar oleh kenderaan, lampu-lampu hiasan dipecahkan, bangku-bangku hiasan dirosakkan, taman permainan kanak-kanak dirosakkan hingga akhirnya jadi belukar, lihatlah apa yang berlaku, semuanya diberikan pada bandar walaupun penduduknya tak mahu (sebab itulah semua kemudahan itu dirosakkan). Tetapi lihat dikampung-kampung, bekalan air bersih pun tak ada, jalan raya masih lagi batu kisaran, lagi teruk masih lagi jalan tanah merah, klinik tak ada, balai polis tak ada, bank tak ada, pasar tak ada, sekolah pun tak ada hingga kena pergi ke bandar, bekalan elektrik pun tak ada, talian telefon apatah lagi, langsung tak ada dan macam-macam lagi.
Pihak kerajaan perlu serius, sekarang ini sibuk dengan hak asasi manusia hingga nak ambil tindakan pun susah, lihat jalan raya yang dirosakkan oleh lori-lori dan kenderaan berat yang lain, apahal tak ambil tindakan, peniaga-peniaga besar seronok kaut untung lebih hasil balak, batu kuari, tanah merah, sawit, getah dan dan sebagainya, tapi penduduk setempat menderita jalan rosak, apa semua ini, mana perginya penguatkuasa jalan raya? Sudahlah habis hasil hutan dan alam sekitar dikampung-kampung dikaut ke bandar, kemudahan sedia ada pun dirosakkan, tak ada tindakan diambil, apa guna? Menteri-menteri dan wakil rakyat goyang kaki saja, sebab itulah keadaan jadi sebegini rupa. Saya bukannya nak menuduh sesuka hati, tapi bila nak tangkap, masuk dalam media, kerajaan jadi serba salah dan bebaskan pesalah, hak asasi manusia kononnya, patutnya kerajaan tegas, tangkap sebanyak mungkin pesalah yang merosakkan infrastruktur awam dan melanggar peraturan, bukannya menjadi kerbau dicucuk hidung kepada geng-geng hak asasi manusia keparat itu. SUHAKAM pun tak guna, hak asasi jadah apakah hinggakan mendatangkan kesusahan kepada negara dan rakyat, orang buat salah kalau kena tangkap dan dipaksa untuk beri keterangan, wajar sangatlah, sedarlah masa pesalah itu buat salah, ada dia peduli hak asasi manusia lain yang menjadi mangsa kezalimannya itu? SUHAKAM pun bodoh dan bangang, hak asasi manusia tahap jadah apa hingga semua nak diputar belit hingga negara punah ranah, bubarkan saja SUHAKAM, hak asasi manusia konon, itu hak asasi manusia kaya saja, orang susah mana dipedulikan. Kerajaan perlu tegas, bukannya lembik macam pondan. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad