Wednesday, August 31, 2011

Siapa Kata ... MALAYSIA SAHAJA YANG KEJAM TERHADAP DEMONSTRASI JALANAN!


American actress Daryl Hannah has been arrested in front of the White House along with other environmental protesters who oppose a planned oil pipeline from Canada to the US Gulf Coast.

Hannah was released after paying a $100 fine, following her arrest for failure to obey a lawful order, said US Park Police spokesman Sergeant David Schlosser.

More than 70 people were arrested in the Tar Sands Action protest on Tuesday, which is named after efforts to block the proposed Keystone XL pipeline project to bring oil sands petroleum from Canada to Texas refineries. - THE TELEGRAPH, 31 Ogos 2011. Read more ... ARRESTED IN WHITE HOUSE


Moral of The Story? ... Apa sahaja bentuk demontrasi jalanan adalah haram dimana-mana negara didunia, baik di negara World Sheriff sekalipun. Yang pihak pembangkang sibuk mencanang hak asasi dan kebebasan demokrasi ... demokrasi menurut siapa sebenarnya?




MENTERI AMARAN ... Berapa Kali MAU BAGI AMARAN DAA !


Kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataan menghina pejuang kemerdekaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang tindakan ke atas Mat Sabu akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehinggakan mendatangkan simpati kepada beliau. - UTUSAN MALAYSIA, 30 Ogos 2011


Sudah tidak terhitung rasanya jari GWM mengira berapa kali amaran yang telah, sedang dan bakal dikeluarkan lagi sehingga ke hari ini.

KDN seolah-olah sudah menjadi pendengar setia puak pembangkang sehingga membelakangkan kehendak dan suara majoriti. Dan puak pembangkang semakin selesa menjadikan KDN sebagai 'punching bag' ... asal boleh balun! Menteri menikus!

Semakin jelas, KDN 'superbly' super pantas jika laporan polis dibuat terhadap orang Melayu dan pihak yang menyokong kerajaan, dan tindakan super lembab bagi laporan yang melibatkan pihak pembangkang.



Dalam prinsip pentadbiran, sifat 'dictatorial' perlu ada untuk melindungi sesuatu entiti atau sebagai bukti dalam ketegasan perlaksanaan sesuatu prinsip, namun tidak melampaui asas toleransi.

Paling digusarkan, juak-juak pelampau ini seolah olah sudah kebal dan mempunyai imuniti dari sebarang tindakan oleh KDN!

Kadangkala terfikir juga dibenak pemkikiran GWM, sama ada Menteri KDN terlalu banyak politicking atau pegawai-pegawai khas yang berada disekeliling terlalu kuat menjadi pengampu setia!

Yes Sir! Everything Is Okay Sir! No Problem Sir! Ikut Perintah You Sir! Malaysia Boleh Sir! Sir, Sir, Sir! ...

Jatuhnya 6 peratus rating kepimpinan DS Najib juga berkait rapat dengan affirmative action oleh agensi dan badan kerajaan, yang dilihat semakin longgar dan longlai.

Kita boleh mengatakan soalselidik MERDEKA CENTRE sebagai bias dan terarah kepada pembangkang. Nasihat GWM ... don't take it seriously and please do not take it lightly!

Takut nanti selepas PRU13, ada yang gigit jari kaki ... trust me!




HOT NEWS ... Azeez Rahim RASUAH RM 30 ... Untuk SOKONG BN!


Begitu gelojohnya apabila kanak-kanak dan wanita menghulurkan tangan untuk mendapatkan bantuan berupa kain pelikat, tudung, selipar dan juga wang sekitar 100 ribu Somalia ( RM30 ).


Anak-anak Somalia ini diberikan gula-gula, biskut dan juga kurma dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, walaupun dihati cukup takut dan gerun mendengar bunyi tembakan dan das meriam akibat pertelingkahan tanpa henti.


Kaum wanita tersenyum menerima bantuan dari Dato' Azeez Rahim dan sukarelawan Malaysia. Sekurang-kurangnya, beban digalas dan kebuluran dilupakan sementara untuk mengecapi saat-saat manis ... masih ada yang mahu memberi bantuan walaupun tidak seberapa.







Psssstt ... mana puak haram jadah pembangkang! Tidak timbulkah dibenak hati untuk turut sama ke Somalia menghulurkan bantuan ...

TOP NEWS ... Mat Sabu Kini Bergelar YB MAT PENYAPU!


“Saya berbulan-bulan masuk hutan tinggalkan anak bini di rumah, semata-mata untuk pastikan negara aman damai untuk anak cucu kita, tetapi beliau pula sokong komunis. Apa tujuan dan matlamatnya. Saya tidak boleh terima sama sekali.

“Mohamed Sabu tidak pernah tinggalkan anak bini. Beliau cuma tahu ‘melalak’ sahaja. Kalau beliau tidak jaga percakapannya, saya bimbang nanti beliau jadi ‘Mat Penyapu’ pula,'' katanya - UTUSAN MALAYSIA, 31 Ogos 2011



GWM tak cakap! ... yang bercakap adalah veteran VAT 69 Komando, Wan Taha Wan Mohamed, 66, berasa terhina dengan KEAGUNGAN KOMUNIS DI MATA MAT SABU! Hinanya taraf lu MAT SABU ...


Tuesday, August 30, 2011

Menjelang 31 Ogos 2011 ... APA DAH JADI PADA KIBARAN JALUR GEMILANG?!

Sudah semakin hampir detik 31 Ogos 2010, namun jarang sekali dapat kita melihat bayangan dan kibaran Jalur Gemilang berkibar megah di tanah air. Apatah lagi dengan hanya tinggal 1 hari untuk kita menyambut Kemerdekaan, semangat rakyat tampak kian lesu dan lesi.

Media pro kerajaan pun jarang ’highlight’ bulan Kemerdekaan malah iklan sambutan Hari Kemerdekaan muncul sekali sekala menyulam dengan iklan produk-produk lain yang masyuk. Tidak perlu kita melihat media pro pembangkang untuk meniup semangat Kemerdekaan kerana kerja juak-juak ini hanyalah membangkang. Bangkang! Bangkang dan Bangkang!




Roh dan semangat Kemerdekaan sudah semakin pupus dari jiwa sanubari kita. Golongan muda, khususnya langsung hilang minat, semangat patriotik kian pupus. Jika ditanya apakah tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, mungkin 80% gagal menjawab dengan tepat.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Seelok eloknya ’ditransform’ kepala hotak kita ni dulu, untuk menjadi bangsa yang cintakan dan mendaulatkan tanah air. Sudah 41 tema dikeluarkan oleh kerajaan sejak dari tahun 1970 bermula dengan ’Muhibah dan Perpaduan’, namun pengisian ilmu mengenai Kemerdekaan adalah sifar.



Kemenangan Meraikan Kemerdekaan
Hari ini umat Islam sebenarnya meraikan dua perayaan utama; Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Inilah hari kemenangan umat Islam di Malaysia. Kemenangan melawan dari tunduk kepada hawa nafsu dan kemenangan membebaskan bumi bertuah ini dari sebarang bentuk penjajahan.

Bebasnya kita dari belenggu penjajahan British bermulalah episod perjuangan mengisi kemerdekaan ke dalam setiap roh dan jiwa rakyat. Semangat Kemerdekaan terus menerus disemai bagi memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan.



Walaubagaimanapun, orang Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui Kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.

Perjuangan menuntut Kemerdekaan mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda yang masih mempunyai semangat ’pepsi cola’ , hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari Kemerdekaan. Roh dan Jiwa Kemerdekaan masih belum dapat dirasai dan disentap masuk ke dalam hati sanubari.

Sejauh mana rasa bersyukur generasi atau golongan muda ini dalam perjuangan menuntut Kemerdekaan, hanya sejarah perjuangan itu sendiri sewajarnya direnungkan kembali dengan sedalam dalamnya.

Malangnya, generasi muda yang kononnya bijak pandai ini kembali menagih simpati dan sokongan dari luar negara untuk kepentingan politik yang jumud dan bebal. Mereka ini lebih berkeyakinan bahawa campurtangan juak-juak Yahudi akan dapat meneruskan agenda pemikiran politik yang sempit.

Ingatlah, sesungguhnya golongan terdahulu telah berpenat lelah, bergolok gadai, hidup dan mati berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan sewajibnya golongan muda hari ini memahami dan mempertahankan maruah dan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu. Bukan menggadai kembali maruah negara!

Cabaran yang kita hadapi pada hari ini lebih hebat dalam mengekalkan momentum perpaduan dan ekonomi dan seharusnya kita mendokong usaha kerajaan dalam mempertahankan negara dari sebarang bentuk penjajahan baru.



Kemenangan Melawan Hawa Nafsu?

Dalam pada umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan isu murtad 12 umat Islam sewaktu mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Sekali lagi Perlembagaan Persekutuan diperolok-olokkan oleh juak-juak gereja di Malaysia.



Lebih menyedihkan lagi apabila ada umat Islam yang mengaku bangsa Melayu turut menjadi talibarut dan mempertahankan gejala murtad dikalangan orang Melayu. Talibarut ini juga menyamar disebalik jubah dan serban bagi mempertahankan pihak gereja semata-mata sokongan dan undi dari bangsa yang tidak mengenang budi.

Mungkin sudah tiba masanya mereka yang telah murtad ditarik kembali hak keistimewaan sebagai umat Islam dan orang Melayu. Golongan ini perlu ditarik kembali hak menjadi wali, hak menerima wang zakat dan segala keistimewaan sebagai kaum bumiputera.



Begitu juga apabila seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang turut bersekongkol menjadi barua kepada golongan komunis demi mempertahankan tuan besar pakatan pembangkang tersebut. Golongan subversif komunis diangkat setinggi langit sebagai pejuang kemerdekaan tanah air ini. Nyawa pejuang kemerdekaan yang terkorban diperlekehkan demi tunduk dan sujud kepada puak-puak chauvinist dan racist ini.

Cukup mudah sejarah ditunggang terbalikkan demi menghalalkan cara dan matlamat untuk berkuasa di bumi bertuah.



Tidak berguna sebenarnya apabila kerajaan telah menghasilkan 41 tema Hari Kemerdekaan dan selama itulah kita hanya setakat membaca dan melihat tema dan cogankata tanpa menjiwai dan memahami roh dan semangat Kemerdekaan itu sebenarnya.

Luangkan sedikit masa untuk memahami dan mendalami tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ’1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’. Dalam apa apa majlis ilmu sekalipun pengisian ilmu cukup penting. Samalah juga seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini.


Bukan setakat menyambut Kemerdekaan dengan melihat kemeriahan pancuran bunga api di depan TV, berpesta di disko dan pub serta merempit sehingga nyawa melayang tepat jam 12.00 malam.



HOT NEWS ... Papa Gomo dan Sukarelawan DISERANG RAkYAT SOMALIA!


Selesai Solat Aidilfitri, Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.

Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.

Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.

Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.

Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun. -
PAPA GOMO











Sudah 54 tahun mencapai Kemerdekaan namun masih terlalu ramai orang Melayu alpa dengan kuasa dan takhta. Perpaduan dikalangan orang Melayu dianggap perkara cukup remeh dan enteng.

Lebih teruk ... apabila ada segelintir juak-juak Melayu lebih sanggup bersekongkol dengan bangsa yang tidak mengenang budi dari memikirkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Mungkin apabila sudah 'merempat' di bumi sendiri barulah agenda perpaduan menjadi keutamaan ... walaupun segalanya sudah terlambat!




BREAKING NEWS ... Karpal Singh GESA Mat Sabu SEGERA BERTAUBAT!


GWM tidak ada sebarang bantahan kerana Karpal Singh juga turut malu dengan pemimpin PAS yang buta perut perihal sejarah tanahair.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan - UTUSAN MALAYSIA, 29 Ogos 2011


Setinggi ucapan tahniah buat parti PAS kerana melahirkan ramai pemimpin 'TOTAL DEFECT'! Semoga muktamar PAS akan datang mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang bakal menjahanamkan imej parti tersebut ... mudah sedikit kerja!





Selamat Hari Raya dari GWM ... MEWAHNYA KITA DIBANDINGKAN DENGAN KEBULURAN DI SOMALIA!


Hari ini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang cukup aman dan tenteram. Hari Raya disambut dengan meriah dengan berbagai jamuan dihidangkan kepada sanak saudara serta rakan taulan.

Emmm ... kita masih lagi mewah dan dilimpahi rahmat dari Allah Taala. Lihat sahaja berbagai juadah yang dihidangkan.








OPEN HOUSE! ... Open sana,House sini! ... Open sini House Sana! Bagaimana dengan nasib saudara seagama kita di Somalia? Tentu juga meriah bukan!









Meriah juga nampaknya di Somalia! ...

MERIAH MENADAH TANGAN UNTUK MEMINTA SESUAP MAKANAN DARI YANG MEMBERI!

MERIAH MEMBUKA BAJU MENAYANG TULANG BELULANG YANG DILILIT KULIT DAN ISI BADAN YANG TIDAK SEBERAPA!

MERIAH SEHINGGA HANYA MENUNGGU MASA UNTUK MALAIKATUL MAUT UNTUK MENCABUT NYAWA AKIBAT KEBULURAN!



Namun senyuman tetap terukir diwajah mereka walaupun hanya menerima bantuan yang tidak seberapa dari dunia sekitar.





Jauh benar meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri disini dan di SOMALIA ...



Psssssttt ... haram ada satu blog pembangkang menyiarkan tragedi kebuluran di Somalia. Yang disibukkan, KEBULURAN PERUT DAN NAFSU UNTUK KE PUTRAJAYA! ... MEMANG HARAM JADAH PEMBANGKANG!


PAPA GOMO Melaporkan Dari SOMALIA, Pembangkang Sibuk JILAT KOMUNIS!


Gambar-gambar yang diambil PAPA GOMO cukup membuka mata bagi mereka yang benar-benar insaf dan memahami erti kesusahan dan kebuluran.







Kumpulan sukarelawan Malaysia yang diketuai Dato Azeez langsung tidak menunjukkan rasa keletihan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Kesungguhan yang ditunjukkan dalam menghantar bekalan ubatan (vaksin) ke Hospital Dar Al-Shifa dan hospital sekitar Mogadishu patut dipuji. Terima kasih untuk tentera kerajaan Somalia yang mengawal para sukarelawan Malaysia.

PAPA GOMO ... isteri, kandungan serta anak perempuan saudara sihat wal afiat disini. Insya Allah, GWM akan sentiasa memantau perkembangan mereka.




Pssssstt ... Mana dia bantuan sukarelawan pihak haram jadah pembangkang? Dok sibuk angkat martabat komunis apa ke jadahnya!


Sunday, August 28, 2011

RECAP ... Sememangnya IDEOLOGI KOMUNIS Sedang Menyusup Masuk SECARA HALUS!

GWM paparkan kembali kajian dan siasatan secara rawak mengapa ideologi komunis masih bertapak di Malaysia. Bagaimana mungkin buku-buku ini terlepas pandang oleh pihak yang berkenaan!



Percaya atau tidak, ideologi dan perjuangan komunis cukup mudah untuk dijadikan aspirasi perjuangan anak muda dan dipelajari masakini. Tak perlu mencari bahan bacaan di internet.

Toko buku di Malaysia sudah menyediakan ruang sebesar-besarnya bagi mana-mana individu yang mahu mempelajari dan mendalami ideologi bangsat ini!

Kebetulan, GWM memang gemar membaca. Jika ada masa terluang, mana-mana kedai buku akan diterjah terlebih dahulu untuk dibuat koleksi bahan bacaan.

Selesai solat Jumaat, GWM sempat singgah di Popular Book Store. Ulat buku katakan ... janji ada bahan bacaan nak dibeli!



Agak terkejut! ... Dan buku ini terpampang jelas berada dihadapan rak. Mana-mana individu pasti akan terlihat kelibat perjuangan komunis hanya dengan sekali imbas. Sempat juga GWM membelek selama setengah jam.



Cukup jelas buku setebal 320 mukasurat ini memberi penjelasan dengan baik perjuangan komunis yang dimahsyurkan oleh Mao TseTung. Ideologi, perjuangan, manipulasi, taktik guerilla alaf baru dan sebagainya.

Timbul persoalan dalam benak hati ... bagaimana buku sebegini boleh terlepas pandang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)!

Dan buku pengkhianat negara ini juga turut dijual secara bebas ...










Bukan niat GWM mahu mempertikai bidang kuasa KDN mahupun Menteri terbabit. Tegur salah ... tak tegur pun salah! Memang mudah sebenarnya ideologi komunis disebarkan secara berleluasa!

Timbul juga persoalan, apa perlu disebarkan buku sebegini ... mahu memberi simpati amat sangat kepada perjuangan komunis?

Butakah rakyat dengan kekejaman yang pernah dilakukan semasa zaman darurat dahulu? Atau rakyat semakin alpa dan tidak kisah dcengan apa yang dilontarkan dihadapan mereka?

Atau orang Melayu sememangnya sudah redha bagaimana nenek moyang dibunuh kejam oleh golongan ini! Mungkin juga peristiwa Bukit Kepong hanya layak dijadikan bahan sejarah, tanpa mahu mengambil iktibar kekejaman komunis terhadap pihak berkuasa!






Terbakar dihati ini melihat begitu mudah buku pengkhianat negara dijual secara berleluasa. GWM cuba mencari buku-buku tokoh pejuang negara seperti Kanang Anak Langkau ...




Cukup menyedihkan ... langsung tidak diberikan peluang untuk dijadikan rujukan anak bangsa. Tidak dijual. GWM masih belum mahu berputus asa dan mulakan carian di internet. Mungkin sudah kehabisan stok agaknya.

Inilah hasil carian di laman web MPH Bookstore dan Kinokuniya ...





Buku perjuangan Chin Peng cukup diberikan perhatian besar. Bagaimana dengan buku pejuang negara Kanang Anak Langkau.



Tidak pernah dijual dan terjual ... amat menyedihkan.

GWM pernah membuat analisa bagaimana anasir komunisme tersebar secara halus oleh kerajaan pakatan rakyat Selangor melalui logo Selangor Shines. Saling tidak tumpah dengan logo Bintang Tiga! ... PsyWar secara halus ideologi komunisme kedalam minda rakyat.

Klik ...
Anasir Komunisme Dalam Kerajaan Selangor





Mungkin KDN mempunyai jawapan yang cukup bernas bagaimana terjualnya ideologi komunis secara halus tanpa disedari.

Kita percaya KDN mempunyai jawapan yang tepat mengapa buku-buku di atas layak dijual secara meluas ... malah diberikan nombor ISBN!