Sunday, August 28, 2011

RECAP ... Sememangnya IDEOLOGI KOMUNIS Sedang Menyusup Masuk SECARA HALUS!

GWM paparkan kembali kajian dan siasatan secara rawak mengapa ideologi komunis masih bertapak di Malaysia. Bagaimana mungkin buku-buku ini terlepas pandang oleh pihak yang berkenaan!



Percaya atau tidak, ideologi dan perjuangan komunis cukup mudah untuk dijadikan aspirasi perjuangan anak muda dan dipelajari masakini. Tak perlu mencari bahan bacaan di internet.

Toko buku di Malaysia sudah menyediakan ruang sebesar-besarnya bagi mana-mana individu yang mahu mempelajari dan mendalami ideologi bangsat ini!

Kebetulan, GWM memang gemar membaca. Jika ada masa terluang, mana-mana kedai buku akan diterjah terlebih dahulu untuk dibuat koleksi bahan bacaan.

Selesai solat Jumaat, GWM sempat singgah di Popular Book Store. Ulat buku katakan ... janji ada bahan bacaan nak dibeli!



Agak terkejut! ... Dan buku ini terpampang jelas berada dihadapan rak. Mana-mana individu pasti akan terlihat kelibat perjuangan komunis hanya dengan sekali imbas. Sempat juga GWM membelek selama setengah jam.



Cukup jelas buku setebal 320 mukasurat ini memberi penjelasan dengan baik perjuangan komunis yang dimahsyurkan oleh Mao TseTung. Ideologi, perjuangan, manipulasi, taktik guerilla alaf baru dan sebagainya.

Timbul persoalan dalam benak hati ... bagaimana buku sebegini boleh terlepas pandang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)!

Dan buku pengkhianat negara ini juga turut dijual secara bebas ...










Bukan niat GWM mahu mempertikai bidang kuasa KDN mahupun Menteri terbabit. Tegur salah ... tak tegur pun salah! Memang mudah sebenarnya ideologi komunis disebarkan secara berleluasa!

Timbul juga persoalan, apa perlu disebarkan buku sebegini ... mahu memberi simpati amat sangat kepada perjuangan komunis?

Butakah rakyat dengan kekejaman yang pernah dilakukan semasa zaman darurat dahulu? Atau rakyat semakin alpa dan tidak kisah dcengan apa yang dilontarkan dihadapan mereka?

Atau orang Melayu sememangnya sudah redha bagaimana nenek moyang dibunuh kejam oleh golongan ini! Mungkin juga peristiwa Bukit Kepong hanya layak dijadikan bahan sejarah, tanpa mahu mengambil iktibar kekejaman komunis terhadap pihak berkuasa!






Terbakar dihati ini melihat begitu mudah buku pengkhianat negara dijual secara berleluasa. GWM cuba mencari buku-buku tokoh pejuang negara seperti Kanang Anak Langkau ...




Cukup menyedihkan ... langsung tidak diberikan peluang untuk dijadikan rujukan anak bangsa. Tidak dijual. GWM masih belum mahu berputus asa dan mulakan carian di internet. Mungkin sudah kehabisan stok agaknya.

Inilah hasil carian di laman web MPH Bookstore dan Kinokuniya ...





Buku perjuangan Chin Peng cukup diberikan perhatian besar. Bagaimana dengan buku pejuang negara Kanang Anak Langkau.



Tidak pernah dijual dan terjual ... amat menyedihkan.

GWM pernah membuat analisa bagaimana anasir komunisme tersebar secara halus oleh kerajaan pakatan rakyat Selangor melalui logo Selangor Shines. Saling tidak tumpah dengan logo Bintang Tiga! ... PsyWar secara halus ideologi komunisme kedalam minda rakyat.

Klik ...
Anasir Komunisme Dalam Kerajaan Selangor





Mungkin KDN mempunyai jawapan yang cukup bernas bagaimana terjualnya ideologi komunis secara halus tanpa disedari.

Kita percaya KDN mempunyai jawapan yang tepat mengapa buku-buku di atas layak dijual secara meluas ... malah diberikan nombor ISBN!




8 comments:

  1. buku buku macam ni memang banyak dijual. benda ni dah lama berlaku.akupun selalu beli sebab bagi aku ilmu tu tak mengira idealogi atau parti politik.

    bagi aku x salah kita baca cerita kedua dua belah pihak.setiap orang akal fikiran.terpulanglah pada diri sendiri nak menilai mana yang baik dan buruk.

    ReplyDelete
  2. Mat Sabu kata Utusan Malaysia bohong dan tokok tambah ceramah politik di di Padang Menora, Pulau Pinang. Lihat petikan akhbar penipu seperti Harakah ini: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5152--komunis-utusan-bohong-md-sabu-akan-saman

    Patutlah sangat PAS melarang dan mendesak penyokong mereka supaya segala pembohongan mereka dapat diselindungkan, buatlah apa saja, tok guru politik boleh putar belit, kemudian akhbar pembohong Harakah pula boleh kelentong itu dan ini.Inilah Pakatan Rakyat, dasar penipu dan tukang perosak negara.

    ReplyDelete
  3. YB Raz, tak salah membaca buku, tapi kenalah lihat buku yang macam mana. Sekarang ini banyak sangat buku-buku sesat dipasaran hingga KDN berhempas pula untuk menangani masalah ini dengan kerjasama JAKIM dan agensi lain. Ada orang tak reti berfikir, pakai main terima saja, inilah yang menjadikan buku-buku sesat ini diharamkan.

    YB Raz, kalau dilihat pada isu hak asasi manusia, terkinja-kinja orang menyokong hak asasi manusia ala barat, ini adalah satu kerosakkan kepada manusia sendiri. Lihat muda mudi di Malaysia, terlibat dengan gejala Black Metal, lumba haram, berzina, minum arak, berjudi, pakaian tak senonoh, kurang ajar, merosakkan harta awam, ini semua kerana terpengaruh dengan majalah-majalah dan muzik-muzik berbentuk penyelewengan. Cakap memanglah senang, kita hanya melihat diri sendiri, sebab ada sesetengah orang, dia bukan peduli akan hak dan keperluan serta penderitaan orang lain, dia hanya fikirkan diri dia saja, itulah sebabnya pihak kerajaan sediakan tempat perhentian bas, maka tempat perhentian bas dirosakkan, kononnya si perosak itu anak orang kaya dan bapa dia beli kereta untuknya, tapi dia tak fikir guna akal yang ramai orang tak ada kereta dan bergantung harap pada penggunaan bas, inilah jenis orang pentingkan diri sendiri, dasar bangang.

    ReplyDelete
  4. Saya memang menentang segala buku-buku berbentu subversif di pasaran kerana ia boleh merosakkan minda masyarakat, terutama sekali golongan muda. Orang-orang muda kini bukannya macam generasi tahun-tahun 1950an-1980an dahulu yang jerih perit mengharungi kesusahan, orang muda kini lahir saja di dunia serba serbi telah ada, kalau dulu bayi pakai lampin kain, sekarang bayi pakai pampers, dulu makan nasi dengan ikan kering, sekarang McDonald, KFC, dan sebagainya. Dulu jalan kaki, sekarang, budak sekolah pun telah dibelikan motosikal. Kesenangan dan kemewahan pada golongan muda ketika ini menyebabkan mereka lupa daratan, mereka tak tahu keperitan mengharungi kesusahan. Sebab itulah anak-anak masa dulu tolong mak bapa di kebun, jadi nelayan masa cuti, tapi anak-anak sekarang ini lihatlah sudah 20 tahun lebih pun minta duit dari mak bapa untuk beli rokok, minta duit beli telefon bimbim, kad top up pun minta dengan mak bapa, sudahlah itu, kerja pula pemalas. Minta maaflah orang-orang muda sekalian, bukannya semua orang muda sebegitu, tapi ramai yang jadi macam itu. Anak-anak muda sekarang sekalian, kamu tidak merasai pahit getir perjuangan orang-orang tahun-tahun sebelum, awal dan zaman 1980an di mana kami semua biasa hidup susah, kami sanggup bersusah payah tanpa perlu meminta-minta, sekarang lain pula, semuanya nak disuap, akhirnya jadi manusia yang tak berkualiti. Renungkanlah, kerana sekiranya masih dengan perangai sekarang ini, selepas perginya generasi sebelum merdeka, awal merdeka, di manakah kamu semua hendak bergantung kalau tiada kekukuhan jati diri sebagai manusia yang berkualiti? Jangan sampai jadi pengemis di negara sendiri dan jangan sampai dijajah kembali, kerana generasi terdahulu tahu bagaimana rasanya mengemis di negara sendiri dibawah pemerintahan penjajah, sedangkan anda semua tidak pernah kenal itu semua. Sebab itulah generasi terdahulu begitu sensitif terhadap perkara yang membahayakan negara dan tidak suka kepada perkara yang merosakkan negara dan diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. http://www.malaysiatimes.my/2011/06/25/hari-hari-cakap-bohong-lama-lama-jadi-menteri/

    Lihatlah satu lagi penipuan oleh Pakatan Rakyat. Mereka kata JPN buat tulis agama bukan Islam pada kad pengenalan, sedangkan sebenarnya senarai itu dari SPR, dalam sistem SPR, mungkin terdapat kesilapan menaip agama pada pemilih. SPR perlu lebih perihatin. Jangan sampai dimomokkan oleh Pakatan Rakyat dengan berbagai tuduhan yang bukan-bukan. Kepada kerani SPR yang buat kerja taip maklumat pemilih, buatlah kerja betul-betul, jangan bersembang atau bergurau senda semasa masukkan data, akhirnya SPR juga mendapat nama busuk dan kerajaan pun dimaki hamun kerana kesilapan orang lain. Jangan sampai diambil tindakan tatatertib kepada kerani masukkan data pula nanti, bila kena tindakan tatatertib barulah sibuk nak salahkan kerajaan dan SPR, kononnya zalim dan sebagainya, tapi lihatlah kerja yang dibuat, berkualiti atau sampah saja? Fikirkanlah.

    ReplyDelete
  6. Perjuangan Pakatan Rakyat adalah beridiologi Komunis.PAS,PKR n DAP adalah berjuang dgn kaedah Komunis.Anuar Ibrahim,Mat Sabu n Lim Guan Eng adalah pemimpin Komunis.Apa tidaknya?Sikit-sikit tunjuk perasaan.Sikit2 kekerasan.Provokasi dilakukan dlm semua tindakan adalah kaedah komunis.Awas semua!

    ReplyDelete
  7. Lihat, Mat Sabu masih nak berdolak dalih, kononnya serangan di Balai Polis Bukit Kepong oleh Mat Indera dan 'pejuang-pejuang' yang sebenarnya komunis. Mat Sabu masih nak membela tindakan komunis membunuh petugas keselamatan di Balai Polis Bukit Kepong, kononnya mereka polis penjajah, tapi macam mana pula dengan penduduk kampung yang dibunuh oleh komunis berkenaan? Itu apa pula? Mat Sabu kena sedar polis di Bukit Kepong bukannya macam polis sepahi Sikh dari India yang menyerang Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang, polis di Bukit Kepong itu menjaga penduduk kampung dari ditindas oleh komunis, Mat Sabu ini memang tak reti sejarah, dia yang menyeleweng sejarah, dia tuduh UMNO seleweng sejarah pula. Inilah Pakatan Rakyat, buatlah apa pun tak apa, dapat pahala dan boleh masuk syurga, tok guru hebat akan pusing sana sini untuk halalkan apa saja yang dibuat oleh puak-puak Pakatan Rakyat, di dunia bolehlah, di akhirat kelak, jawablah. Lihat petikan Harakah Penipu ini kenyataan Mat Sabu untuk alihkan perhatian pesara tentera dari ucapan sokongan komunis oleh Mat Sabu dan renungkanlah: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5161-bekas-tentera-jangan-termakan-dakyah-umno

    ReplyDelete