Tuesday, August 30, 2011

HOT NEWS ... Papa Gomo dan Sukarelawan DISERANG RAkYAT SOMALIA!


Selesai Solat Aidilfitri, Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.

Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.

Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.

Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.

Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun. -
PAPA GOMO











Sudah 54 tahun mencapai Kemerdekaan namun masih terlalu ramai orang Melayu alpa dengan kuasa dan takhta. Perpaduan dikalangan orang Melayu dianggap perkara cukup remeh dan enteng.

Lebih teruk ... apabila ada segelintir juak-juak Melayu lebih sanggup bersekongkol dengan bangsa yang tidak mengenang budi dari memikirkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Mungkin apabila sudah 'merempat' di bumi sendiri barulah agenda perpaduan menjadi keutamaan ... walaupun segalanya sudah terlambat!




1 comment: