Sunday, July 31, 2011

SISTEM BIOMETRIK .. Tiga Ekor MONYET PAKATAN Lakar Sejarah Tahap BEBAL !


Ketawa mengekek GWM dan MELAYU CINDIA membaca artikel dari Malaysian Insider seperti dibawah ini ... PAPA GOMO ketawa terbahak-bahak mengetuk meja!




Pakatan Rakyat memang cukup hebat dalam melahirkan generasi politician tahap separuh masak seperti Rafizi Ramli (PKR), Liew Chin Tong (DAP) dan Dr Hatta Ramli (PAS) ... doktor ayam gamaknya!

Lagi molek rasanya GWM lakarkan hujah separuh masak Sistem Biometrik tiga ekor monyet ini dalam bentuk gambar / imej supaya lebih difahami semua.

Mungkin inilah perumpaan yang boleh diberikan kepada tiga ekor monyet ini ... nak goreng mee pakai menu laksa! Berat tu!



Masalah utama the so called pakar strategi PKR ini adalah pemikiran cap ayam! Sikap suka jump to the conclusion, nak naik kereta pakai kunci motor! memang menjadi tradisi juak pembangkang.

SPR sudah mengumumkan pada 26 Julai 2011 akan menjalani ujian pengesahan biometrik (biometric verification). Setiap parti akan dipanggil untuk turut sama menjalankan ujian bersama SPR.



Tak baca akhbar ke Rafizi! Tak buka portal ke Rafizi! ... You buat statement pada Malaysian Insider 27 Julai, SPR sudahpun membuat announcement pada 26 Julai! Letih la Bro!



Lagi sekali Rafizi menunjukkan sikap suka jump to conclusion! Mungkin kemenangan pakatan haram di lima buah negeri juga ada unsur manipulasi dan rasuah ke atas SPR?

Mungkin SPRM perlu masuk campur jika ada dan terdapat unsur manipulasi pengundian semasa PRU12, bagi kerusi yang dimenangi pembangkang!




Contoh terbaik Confused Politician ... Desperado dalam membuat rumusan mengenai polling agent. Rafizi sebenarnya memperlekehkan polling agent dari kem pembangkang sendiri. Setiap kali pilihanraya diadakan, SPR memperuntukkan polling agent dari kedua-dua belah pihak untuk berada semasa pembuangan dan pengiraan undi.

Apakah selama ini tidak terdapat polling agent dari kedua-dua belah pihak di tempat mengundi. Malah negara yang telah menggunakan Sistem Biometrik masih tetap menggunakan pollling agent sebagai pihak untuk memeriksa 'check and balance' di pusat pengundian ... google la Rafizi!



Apakah dakwat kekal merupakan satu reformasi dalam sistem pilihanraya? Satu kenyataan bodoh dari pakar strategi PKR yang tak buat homework... Rafizi Ramli!






Inilah tahap sebenar pemikiran pemimpin yang selalu confused apabila membuka mulut!



Sekali lagi SPR telah menjawab persoalan ...





Apek DAP yang dah tak ada point nak tabur peluru! Ambiga sendiri turut tidak mempunyai sebarang bukti wujudnya pengundi mengundi dua kali!

Pembangkang dicabar membawa hujah dan bukti kes ke mahkamah, right now! ... kalau ada! Op sorry! hari Ahad ... Mahkamah tutup!



Hallo Apek ... Lu Gila Ka! ... Biometric System is for betterment! Lu lagi bodo mau pakai dakwat kekal! Sudah ada bukti dakwat kekal mudah dimanipulasi ... Tara baca ka Apek! Bodoh ... Lu mana mari!



Ahah! ... Doktor Ayam mula berbicara! Sekurang-kurangnya kerajaan dan SPR berusaha gigih untuk memperbaiki sistem pilihanraya di Malaysia.

You, Dr Hatta Ramli boleh beri jaminan 100% dakwat kekal tidak ada manipulasi boleh berlaku? Tidak akan berlaku sebarang manipulasi?Atau you sanggup berhadapan seperti dibawah ini!




Kalau sanggup potong jari ... jom ikut stail Taliban dan Mugabe! Jika SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal dan didapati pihak pembangkang melakukan manipulasi dan penipiuan ... GWM mintak Dr Hatta Ramli potong jari dulu atas jaminan! Ada berani! ...



Untuk makluman, percaya atau tidak ... Amerika Syarikat baru sahaja mahu mereformasikan sistem pilihanraya dengan menggunakan kad pengenalan!

Kad pengenalan? .....



Mak Datuk ... Malaysia sudah berpuluh tahun dihadapan menggunakan IC untuk berdaftar sebelum mengundi! Amerika Syarikat baru sahaja mahu menggunakan IC untuk pilihanraya?


Masih tidak nampak lagi permainan kotor pembangkang! ... Tiga Ekor Monyet di atas dijadikan korban Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan fakta mengenai Sistem Biometrik dan Dakwat Kekal!

Anwar Ibrahim ... bila nak lari ke Turki! Semakin gegak gempita rumours lu nak lari!



Saturday, July 30, 2011

GEMPAR MALAYA ... Gambar Tak Senonoh MAK LAMPIR TERBONGKAR ! ... JOM LAYAN !

GWM sama sekali tidak menyangka begitu tak senonoh sekali gambar Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin. Tengoklah sendiri jika tak mempercayainya!



Ngkorang bila aku letak tajuk gambar tak senonoh laju je masuk blog yek! Dah tak ada kerja lain nak buat ...

Walaubagaimanapun, GWM hanya mahu mengambil sebahagian dari artikel sahabat blogger Duke Of UMNO.

"Apa yang menariknya pada gambar Mak Lampir PKR tu? Katanya, gambar Zuraidah tu memaparkan "tabiat sebenar" Zuraidah! Katanya, gambar tu menunjukkan Zuraidah sedang hisap rokok dan menunggu seorang "toyboy"!

Wow ... panas nih! Bakal menggoncang kedudukan Zuraidah Kamaruddin sebagai ahli Parlimen jika benar skandal yang disebutkan.

Juga bakal menjadikan skandal kedua terhebat selepas video seks Anwar 'China Doll" Ibrahim! ... Memang hebat para pemimpin PKR!



Psssst ... bro Duke Of UMNO ... tolong share gambar hangat Mak Lampir dengan blogger Wangsa Maju. GWM pakat dengan Papa Gomo, Melayu Cindia, Badut Rakyat. Malay Delima, KL Boys & Suara Lensa nak muntah serentak ramai-ramai!




YB Dato' Seri Hishamuddin ... Dengarkan Suara Hati Blogger Pro Kerajaan !


GWM tidak sesekali mempertikaikan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN), namun sejak akhir-akhir ini timbul berbagai reaksi dan perspektif agak negatif.

Rakyat semakin skeptikal dengan langkah dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang yang diambil oleh KDN.


Dan panggilan yang amat menyakitkan halwa telinga seperti 'Kementerian Amaran Demi Amaran', 'Menteri Amaran' tidak seharusnya berlaku bagi sebuah badan yang menjaga kepentingan dan keselamatan negara ini.

Sudah habis ikhtiar dan sedaya upaya tidak mahu menegur langsung KDN namun apakan daya, GWM juga manusia seperti rakyat yang lain mahu KDN kembali disegani dan dihormati.

Buat yang dihormati YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, teguran bukan bererti membenci jauh sekali memusuhi. Berbeza pandangan dan pendapat adalah kawan yang baik.


Anggaplah teguran nakal dari blogger pro kerajaan sebagai usaha mahu mendekati dan memahami tugas dan tanggungjawab Dato' Seri serta kementerian yang dinaungi.

Bukanlah kerja blogger pro kerajaan mahu menjatuhkan kredibiliti malah mengampu KDN hidup-hidup! Blogger pro kerajaan tidak buat kerja mengampu seperti blogger UMB! Kipas mengipas bukan amalan blogger 'Polong Tidak Bertuan' pro kerajaan.

Consistency dan Law Enforcement adalah keyword yang mahu diketengahkan melalui artikel ini. KDN seolah-olah dilihat tidak konsisten dalam menguatkuasakan undang-undang.

GWM yakin dan percaya KDN mempunyai sebab yang munasabah mengapa beberapa orang anggota Parti Sosialis Malaysia(PSM) termasuklah Dr S.Jeyakumar,Ahli Parlimen Sungai Siput dibebaskan ... YB lebih arif dalam hal ini.

Namun sekilas pandangan, juak-juak pelampau ini seolah olah sudah kebal dan mempunyai imuniti dari sebarang tindakan oleh KDN dan itulah yang paling digusarkan.

Penangkapan juak-juak ini cukup berkait rapat dengan pertuduhan di bawah Ordinan Darurat kerana kesalahan mereka untuk memerangi Yang DiPertuan Agung sejajar dengan kehendak Seksyen 122, Kanun Keseksaan.


Apabila terbukti kesemua mereka ini berniat melancarkan tentangan itu dengan menghidupkan kembali fahaman komunis melalui beberapa nama yang mereka julang sebagai tokoh sedangkan Parti Komunis Malaysia serta fahamannya telah diharamkan oleh kerajaan dan undang-undang pengawalannya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

GWM meminta jasa baik YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk memberi penjelasan sebaik mungkin. Penjelasan dari KDN cukup ditunggu-tunggu mengapa mereka ini dibebaskan dan atas dasar apa kesemuanya dibebaskan.

Perlu sebenarnya YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pihak kementerian mengeluarkan kenyataan sebelum banyak lagi suara-suara yang mempersoalkan 'kelembapan cuaca' di KDN.


Anggaplah artikel ini sebagai tanda salam perkenalan diantara blogger 'Polong Tidak Bertuan' pro kerajaan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Jangan Marah YB ... sekadar mahu penjelasan.




Friday, July 29, 2011

'Tian was running away from riot police!’ ... KAH KAH KAH ! ... BERSHIT 2.0 PEMBOHONG BESAR !


Memang GWM gelak besar melihat artikel dari Free Malaysia Today hari ini! KLIK ... Free Malaysia Today.

Tidak mengapa ... demi memenuhi permintaan juak-juak pembangkang yang masih lagi beranggapan pihak berkuasa menyerang Tian Chua, GWM recapture kembali image dan videoclip untuk tontonan ramai.




Kelu lidah GWM, cukup terang dan jelas siapa menyerang siapa terlebih dahulu ... budak darjah lima boleh memberi komentar lebih cerdik dari R Sivarasa.

Benar seperti pepatah Melayu ... 'Bodoh Tidak Boleh Di Ajar!'
















BERSHIT 2.0 ... Amazingly Full Of Shit!


Thursday, July 28, 2011

AYUH HARIMAU MALAYA ... BELASAH SINGAPURA SECUKUPNYA !


PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.


Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.


''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.


''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.


''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

tik tok tik tok ... ANWAR semakin CEMAS dengan isu IPP ... TIK TOK TIK TOK !


Siapa tidak mengenali mulut Celupar Al Celaka Anwar Ibrahim! Keceluparan Anugerah Tuhan ini bakal menjadi Celaka Besar dalam sejarah hidupnya!

Bak kata sahabat GWM, Melayu Cindia blog Gelombang Rakyat ...

"Anwar sebelum ini menyalak di Parlimen cuba membuat provokasi pasca PRU13 mengenai kononnya penguasaan kroni-kroni UMNO dalam Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), sebuah syarikat hidro elektrik yang pada asalnya menjadi pesaing, telah dibeli TNB pada tahun 1996. Anwar menggunakan anak-anak dajal beliau bagi menyerang kononnya mendedahkan penguasaan syarikat ini yang dimiliki kroni-kroni bekas bapa angkat beliau, Tun Mahathir Mohamad."


Dan umpama cabaran straight forward sahabat A.P.A. blog Aku Peduli Apa ...

"Walaupun kita tahu Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk Declassifed dokumen IPP ini kerana ianya adalah Perjanjian(Power Purchase Agreement-PAA) diantara (pembekal) tenaga IPP dan (pembeli) Tenaga Nasional Berhad,tapi dengan persetujuan dua pihak ini ianya tidak mustahil dilakukan.Rakyat ingin tahu "tangan ghaib" siapa yang sejak pada awal lagi bertanggung jawap terhadap pembentukan dasar IPP hari ini."


GWM hanya mahu lontarkan kembali kata-kata hikmat Anwar Ibrahim ... Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan!

Lagi sekali keyword penting .... DOKUMEN SULIT! Amacam Anwar ... Ada Berani!


tik tok tik tok tik tok ... bunyi jam di dinding ofisku ...



Wednesday, July 27, 2011

Mengapa DAKWAT KEKAL TIDAK RELEVAN ... Membongkar Hasrat dan Taktik Kotor Pembangkang !


GWM sudah menyentuh dua artikel sebelum ini bagaimana Sistem Biometrik lebih adil dan telus berbanding dengan penggunaan dakwat kekal.

klik ... SISTEM BIOMETRIK, AJAL POLITIK ANWAR IBRAHIM SEMAKIN HAMPIR!
klik ... BERSHIT 2.0 ... PEMBANGKANG GOYAH DENGAN SISTEM UNDI BIOMETRIK! PERLU DIBACA !

Perlu diingat, pembangkang akan menggunakan taktik paling kotor dalam sejarah pilihanraya tanahair disebalik isu dakwat kekal.

GWM cukup yakin masih ramai rakyat belum nampak apa yang tersirat, mengapa pihak pembangkang begitu taksub mahu terus menggunakan dakwat kekal.

Siri ke-3 ini akan membongkar ketaksuban pembangkang terhadap penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Perangkap terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin mengena.


Pilihanraya Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009
Bukti paling nyata bagaimana penggunaan dakwat kekal begitu mudah dimanipulasi sewaktu pilihanraya dijalankan.





Terdapat beberapa bukti menunjukkan penggunaan dakwat kekal begitu mudah dimanipulasi dan sememangnya tidak relevan dan sepatutnya digunakan pada pilihanraya di Malaysia.








Rakaman video dibawah ini jelas menunjukkan turut menyokong bukti dakwat kekal mudah dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Mengapa BERSHIT2.0 dan pakatan pembangkang masih berdegil dengan cadangan yang tidak bernas ini?






Apakah kesimpulan yang boleh dirumuskan melalui pembongkaran di atas? Sesiapapun pasti akan mengatakan dakwat kekal langsung tidak relevan untuk digunakan pada PRU ke13 kelak. Dakwat kekal bukanlah alat yang efisyen dan selamat sebenarnya!

Bukti di atas menunjukkan dakwat kekal mudah untuk dimanipulasi. Penipuan pengiraan undi dan pengundi dalam pilihanraya Presiden Afghanistan cukup jelas ... ini adalah yang tersurat.

Bagaimana pula dengan apa yang tersirat? ... GWM yakin penjelasan dibawah adalah rekayasa sebenar BERSHIT 2.0 hasil gabungan idea kotor Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga dan parti pembangkang!



SITUASI DIMANA SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 HASIL DESAKAN PEMBANGKANG


SITUASI PERTAMA - Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.

Pastinya Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga akan berada di saf hadapan bersorak dan mendabik dada bahawa cadangan mereka untuk menggunakan dakwat kekal adalah tepat. Kerajaan BN akan dituduh untuk cuba lari dari kenyataan dengan kekalahan yang menimpa.

Hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 sudah tercapai melalui isu penggunaan dakwat kekal.



SITUASI KEDUA - Bagaimana jika Pakatan Rakyat kalah pada PRU-13.

GWM cukup yakin pihak pembangkang akan mula menggunakan taktik kotor dengan cara memerangkap kerajaan BN dan SPR!

Cukup mudah ... penipuan pada pilihanraya Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009 akan dijadikan hujah, bukti kukuh yang dibangkitkan oleh pembangkang melalui isu penggunaan dakwat kekal.

BN dan SPR akan dituduh menggunakan dakwat kekal yang mudah dibasuh hanya dengan menggunakan peluntur (bleach) atau hanya dengan air biasa.

Rekayasa pembangkang bermula dengan penerbitan artikel di media-media alternatif, blog-blog pembangkang dan rangkaian video youtube menunjukkan bagaimana dakwat kekal mudah dibasuh dan dimanipulasi oleh BN dan SPR, sama seperti apa yang ditunjukkan melaui video klip di atas.

Pembangkang akan menggunakan isu di atas kononnya manipulasi dan penyelewengan dakwat kekal seperti yang berlaku di Afghanistan diaplikasikan oleh BN dan SPR.

Kerajaan BN dan SPR akan dituduh melakukan penyelewengan dan penipuan pada pilihanraya umum ke-13. Dan pada masa ini, pembangkang mula menggunakan media-media luar antarabangsa untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan dan SPR.

Campurtangan pihak luar dan tekanan diperingkat antarabangsa akan lebih mudah mencapai 'matlamat menghalalkan cara' dan menyebabkan berlaku apa yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim ...

Revolusi ... revolusi di jalanan seperti di Mesir!



Tercetusnya revolusi akan merencatkan perjalanan sosio-politik dan ekonomi negara. Konflik pergaduhan pasti berlaku di antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Keadaan negara menjadi kucar-kacir sehingga menyebabkan Malaysia diisytiharkan darurat.

Inilah sebenarnya rekayasa dan permainan wayang ciptaan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga ...

Jika SPR menurut, menerima dan menggunapakai dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh pihak pembangkang, maka kedua-dua situasi di atas pasti akan berlaku.

Sama ada Kerajaan BN menang atau kalah pada PRU ke-13 nanti, pembangkang akan memainkankan isu manipulasi dakwat kekal seperti yang disebutkan di atas. Inilah perangkap besar BERSHIT 2.0!

Dalam kedua-dua situasi, kerajaan BN dan SPR akan tetap kalah sebenarnya jika menggunapakai cadangan BERSHIT 2.0 dan desakan pembangkang!




Perangkap paling kotor dalam sejarah tanahair mula menampakkan kejayaan! Umpan dan gula-gula sudah termakan!

Penggunaan dakwat kekal sememangnya tidak pernah relevan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Percayalah ... inilah rekayasa dan agenda sebenar pihak pembangkang!

Rakyat perlu mencelikkan mata dan minda dari dibutakan, ditipu serta tunduk kepada kemahuan pembangkang? Sebarkan rekayasa pembangkang ini kepada rakyat ...

BERSHIT 2.0 ... amazingly full of shit!