Sunday, January 9, 2011

SIDANG AKHBAR TERPANAS ... MUSTAFA ALI SAHKAN PAS AKAN TEWAS DI PRK TENANG ! JOM LAYAN ... ZAS !


GWM agak terperanjat dengan pengakuan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pada press conference malam tadi, berkenaan peluang parti pembangkang memenangi PRK Tenang.

Jelas sekali Mustafa Ali meremehkan peluang kemenangan parti PAS ... dengan kata lain, PAS akan tewas PRK Tenang.


Agak sinikal kerana Mustafa Ali sempat bergurau, kemenangan PAS bermaksud kejutan paling besar dalam sejarah pilihanraya yang ditandingi PAS.


Mustafa Ali menganggap 'secara realistik' peluang untuk menang agak sukar memandangkan prestasi Perdana Menteri diiktiraf majoriti rakyat Malaysia sebagai baik dan berpuashati.

Apa yang perlu dilakukan oleh parti pembangkang adalah menjatuhkan imej dan populariti Perdana Menteri sebelum hari mengundi di PRK Tenang tiba kelak.

Mengapa begitu pantas PAS sudah akur dan mengaku kalah sebelum bertanding di PRK Tenang ... seperti ada yang tidak kena!


GWM yakin hasil dari pengumpulan data oleh juak juak PAS melalui ceramah ceramah 'kosong fakta' yang hebat dibuat di perkampungan FELDA menandakan rakyat semakin sukar mempercayai kredibiliti PAS.

Dan mengapa Mustafa Ali sudah mengangkat 'bendera putih' adalah disebabkan oleh kajiselidik yang dibuat oleh Merdeka Center ...

Umum mengetahui, Merdeka Center adalah salah satu 'think tank' dan 'surveyor' parti pembangkang mengukur prestasi parti lawan, terutamanya BN.

Hasil kajiselidik dari Merdeka Center adalah seperti dibawah:




Secara umum, jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan BN cukup disenangi oleh rakyat Malaysia. Majoriti rakyat berpuashati dengan pencapaian kerajaan dalam menguruskan sosio politik dan ekonomi negara.









Majoriti rakyat (54%) berpuashati, yakin dengan arah tuju yang dilakukan oleh kerajaan BN dalam memacu negara keluar dari kemelut kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi yang positif.








Majoriti rakyat (53%) Malaysia yakin dengan kekuatan ekonomi yang dizahirkan oleh kerajaan BN. Manakala 47% rakyat juga yakin pertumbuhan ekonomi negara akan lebih positif satu (1) dari sekarang.







Secara purata, 52% rakyat Malaysia berpuashati dengan langkah Kerajaan Pusat dalam menaiktaraf sistem pendidikan, bantuan kepada rakyat dan sistem pengangkutan yang sedia ada.

Hanya dalam lingkungan 40% rakyat Malaysia yang masih skeptikal dan kurang berpuashati dengan langkah Kerajaan Pusat dalam menaiktaraf sistem pendidikan, bantuan kepada rakyat dan sistem pengangkutan yang sedia ada.











Kajiselidik ini juga menentukan tanda aras prestasi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selama menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri.

Dan secara purata, majoriti rakyat (69%) Malaysia amat berpuashati dengan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selama menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri.






Ohhh ... masih ada satu lagi kajiselidik yang dijalankan di mana GWM kira amat penting sebagai tanda aras keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN secara total.



Secara purata, masyarakat India cukup yakin dengan perletakan jawatan Samy Vellu sebagai Presiden MIC, akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat India terhadap MIC!

Allo Sivaji Samy Vellu... sorry la! the people has spoken ... don't take it too hard, okay!

GWM yakin dengan apa yang dikatakan oleh Mustafa Ali ... peluang PAS untuk menang pada PRK Tenang adalah tipis sekali.

Kajiselidik ini walaupun berdasarkan sampel responden yang diambil secara rawak, jelas membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat dan kuat.

Ia juga jelas menunjukkan pakatan pembangkang semakin ditolak kerana gemar menyebarkan fitnah dan dakyah palsu terhadap kerajaan BN. Dan sememangnya, itulah pekerjaan tetap DAP, PAS dan PKR selama ini.


GWM : Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang boleh lupakan PRK Tenang ... pakatan pembangkang semakin tidak tenang dan menyenangkan rakyat! Balik la woi !!!


sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pas-tempers-tenang-hopes/



11 comments:

  1. AWASSSS
    Jangan terperangkap dengan ini semua.
    Strategi sebeginilah yang memenangkan DAP di PP. SIMPATI yang amat sangat.
    Dia tahu Orang melayu akan selalu sayu dan layu dengan pujuk rayu serta mudah simpati !!

    ReplyDelete
  2. SETUJU BLOGENSTARZ ...

    IANYA HANYA SATU KAJISELIDIK ...

    KAJISELIDIK INI JUGA AKAN MENYEBABKAN PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN SKEPTIKAL DENGAN PELUANG UNTUK MENANG.

    MASIH INGAT LAGI PRK BAGAN PINANG ! PAS MEREMEHKAN KAJISELIDIK MERDEKA CENTER ...

    HANYA PANDANGAN PERIBADI ...

    ReplyDelete
  3. Gimik je tu bro, kalau benar dah tahu tau xblh menang, kenapa masih mahu bertanding??? Sengaja nak tabur benih fitnah semasa PRK?? Sengaja nk nak menghabiskan duit rakyat?? Atau sengaja nk minta simpati para pengundi di sane??

    Dah tau awal2 lagi nk kalah, letak 'senjata' beri kemenangan percuma pada BN trus. Berani ke??

    ReplyDelete
  4. ANON 10.26 PM ...

    GWM JUGA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN ANDA.

    APA YANG PENTING, GERAK KERJA BN DAN UMNO MESTI MANTAP DI PRK TENANG.

    ITU YANG AKAN MENJANJIKAN KEMENANGAN MUTLAK ...

    ReplyDelete
  5. UMNO/BN Jangan lah terlalu suka sampai melompat dan menganggap perkara itu betul2 akan berlaku. mereka sedang melakukan perang saraf kepada rakyat supaya menyokong mereka dengan berpura2 mohon simpati. tektik ini sudah berlaku di PRU12. aku dengar dan tengok dgn mata kepala aku sendiri bagaimana seorang Muslimah PAS menangis2 depan seorang makcik dan mengatakan PAS akan kalah teruk di Kedah. makcik tu (yg aku kenal adalah ahli UMNO) pun memujuk pompuan PAS tu dan berjanji akan pangkah BULATAN PUTIH. kita jgnlah jadi "dengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan ketanah". Pls jgn terlalu mewarwarkan cerita2 pancing undi secara saraf mcm ni di khalayak.

    ReplyDelete
  6. MUSTAFA ALI SAMA MACAM PIMPINAN PAS YANG LAIN. DIA FIKIR ORANG AKAN TERPERANGKAP DENGAN TAKTIK MURAHAN DIA.

    PENGUNDI KENA FAHAM, BEGITULAH CARA PAS MENILAI PENGUNDI KHASNYA ORANG ISLAM. KEPADA MEREKA ORANG ISLAM ADALAH BODOH DAN BOLEH DIPERBODOHKAN.

    SEBAB ITU KITA KENA KERJA KUAT.PAS YANG MENGHINA INI WAJIB KITA TUMBANGKAN.

    ReplyDelete
  7. saya fikir rakyat di tenang adalah bijak tidak termakan dengan taktik pembangkang..
    jentera BN harus bekerja kuat semoga majoriti lebih banyak dari pru 12..
    ini akan lebih meyakinkan rakyat di seluruh malaysia..insyaAllah..

    _SAHABAT BN_

    ReplyDelete
  8. wahai umno dun tenang, lg kuat pas merepek, lg kuat korang serang. mustafa ali tu nk carik nafas je tu. jangan kasi chance, kasi hantam mana patut.medan mencari simpati puak pembangkang akan berulang. so, blasah cukup2. aku geram dgn puak2 atasan pas ni sbb dorang dh tipu mak bapak aku. sampai meninggal bapak aku ingat sokong pas confirm masuk syurga.

    ReplyDelete
  9. sebesar bulu hidung pun aku tak percaya dengan setapa ali dan orang2 pas.
    dalam serban besar tu tersembunyi ular besar yang pembelit.
    orang2 pas dah dirasuk syaitan hasil persahabatan nik ajis dengan puak2 syaitan.
    ada yang sanggup mati kerana mempertahankan kafir yang terang2 menentang pemerintahan negara islam.
    bagi diri aku...apa yang keluar dari mulut pemimpin dan ahli2 pas adalah suara syaitan.
    kalau dah tahu akan kalah...tak payah masuk bertanding...buang masa.
    kos untuk menyediakan pilihanraya bukan murah.
    tidak akan ada kempen maki hamun,fitnah dan memburukan peribadi calon.
    pihak berkuasa pun tidak perlu menghabiskan masa menjaga keselamatan semasa berkempen.
    tapi...jenis2 manusia dalam pas ni..rasa mereka saja yang betul.
    kafirkan umno kerana kerjasama dengan mca dan mic serta parti2 lain dari sabah dan serawak.
    mereka berpelokan dengan dap halal pula.
    daging babi haram dimakan olih umat islam...
    namun..ia jadi halal jika yang memakan itu ahli2 dan pemimpin pas.
    nik ajis dah dapat wahyu(SMS)dari ALLAH melalui SYARIKAT TELEKOMINIKASI MILIK SYAITAN.

    ReplyDelete
  10. Salam.. minta jasa baik tuan unutk link kan blog saya di dalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    ReplyDelete
  11. tak larat aku nak selak kain muslimat pas ni....hapak...bau pekong...
    tak tahan aku bau...macam2 penyakit depa...

    ReplyDelete