Monday, January 10, 2011
INTERLOK ... LALOK ... dan GOBLOK !!!
Interlok ...
Sepatutnya Salahuddin Ayub tidak perlu berpura pura ... seolah olah PAS sebagai pendamai bagi semua pihak yang bertelagah hanya kerana sebuah novel sastera.
Salahuddin Ayub perlu bertanya kepada Dr Mariah dan M Manoharan, siapa yang mulakan membakar semangat api perkauman masyarakat India ... jika tidak 'dua ekor' di bawah ini.
Benarkah kedua dua pemimpin pembangkang ini membaca, memahami dan menghayati isi kandungan novel ini.
Stop this bullshit Salahuddin Ayub! ... stop the game!
GWM cukup pasti 100 orang masyarakat berketurunan India yang membakar novel tersebut tidak memahami isi kandungannya. Itupun jika mereka membaca novel tersebut!
Sewajarnya, Salahuddin Ayub memanggil kedua dua pemimpin pembangkang di atas untuk menerangkan mengapa turut serta dalam majlis membakar novel Interlok, jika bukan mereka yang menyemarakkan api perkauman di kalangan masyarakat India!
Mustahil masyarakat India di Klang menjemput hanya 'dua ekor' di atas untuk merasmikan upacara membakar novel, kecuali kedua duanya yang bersubahat membakar dan menjulang api marak perkauman!
Lalok ...
Sebelum terlanjur jauh, lebih elok jika Salahuddin Ayub menjadi 'pendamai' kepada dua kabilah dalam parti PAS.
Jika inilah yang war warkan sebagai parti Islam, maka lebih baik ditukarkan nama kepada Parti Assabiyah SeMalaysia (PAS) ... ok la tu! ... tepat dan jitu!
Caci mencerca, maki hamun dan cabar mencabar dan pertempuran Maha Hebat ala Taliban jelas mencerminkan perwatakan sebenar parti PAS selama ini.
Pada hemat GWM, perbuatan ini melambangkan betapa 'lalok'nya dan jumudnya juak juak parti PAS.
Tak tahulah ... jika Salahuddin Ayub juga tergolong dalam salah satu kelompok kabilah kabilah lalok ini.
Mungkin inilah keindahan Islam yang dibawa oleh parti PAS. Alhamdulillah ... UMNO tidak mempelajari dan mengasimilisasikan ajaran PAS kedalam perjuangan parti.
Goblok ...
Maaf ... Salahuddin Ayub tidak mahu turut serta menggesa saudara 'setilam sebantal DAP' anda Ng Wei Aik untuk memberi penjelasan panjang lebar dengan sikap ultra kiasu dan ultra rasis parti chauvinist ini ...
Apakah parti PAS tidak pernah memberi tunjuk ajar sewajarnya kepada saudara 'hugs and kisses' DAP adab sopan dan kesusilaan menjaga hati dan perasaan berbilang kaum di Malaysia.
Seperti yang di'wahyukan' oleh Tuan Guru anda ... DAP masih belum mengenali Islam, maka cukup tepat sebagai Naib Presiden PAS, saudara 'mentarbiahkan' para pemimpin DAP apa makna akhlak dalam Islam ... bukan begitu!
Kenyataan ADUN Komtar Ng Wei Aik yang mengarahkan India Muslim di Pulau Pinang pulang ke India adalah satu penghinaan besar, berbau perkauman dan paling rasis keluar dari mulut celaka pemimpin DAP.
Goblok ... ini adalah gelaran terbaik untuk rakan taulan anda di dalam parti DAP.
Dan Goblok juga ... gelaran paling layak diangkat dan dijulang untuk parti PAS yang menjadi bisu dan pekak dalam isu ini!
Epilog ... sebelum terlupa ...
GWM masih lagi menunggu dengan penuh setia cabaran yang dilontarkan kepada YB Salahuddin Ayub. Sudah sepuluh (10) hari, GWM tetap bersabar dan menghitung hari ...
Jika YB benar benar jujur, sambutlah cabaran GWM. GWM masih menggunakan title YB kerana masih lagi ada tanda hormat kepada YB. Jangan sampai hilang rasa hormat pada YB.
GWM mencabar sekali lagi, YB Salahuddin Ayub untuk mengadakan sidang media bagi menceritakan perihal sebenar pertemuan di antara PAPA GOMO dan YB ... A hingga Z.
GWM : Jangan lama lama YB ... berkata benar ... walaupun pahit!
INTERLOK
ReplyDeleteBUAT MEREKA JUAL PUNGKOK.
BUAT MEREKA TADAH JUBOK.
BUAT MEREKA MABOK KERANA TIDOK !
KALAU TJ.KELING ADA LAGI SAH DIKATAKAN RASIS !