Saturday, August 7, 2010

KAITAN IKLAN DI HARAKAH DENGAN PERCAMBAHAN RUMAH URUT


Juak juak PAS mesti angin satu badan dengan artikel ini! Silap silap mahu dihempas pc atau laptop!

UMWM cuba juga mencari iklan iklan ubat kuat didalam Utusan Malaysia sama ada bercetak mahupun ’online’ namun iklan berbentuk ubat ubatan ini tidak wujud. Yang ternampak hanyalah iklan mengenai jawatan kosong, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan tender dari jabatan kerajaan.

Agak menghairankan apabila media yang dikatakan sebagai sampah dan penyebar fitnah rakyat seperti Utusan Malaysia lebih terdahulu mengharamkan (banned) iklan iklan yang mungkin akan memberi impak kesihatan kepada pengguna.

UMWM bukan mahu mengungkit peluang untuk menjana pendapatan buat individu atau syarikat terbabit tetapi lebih kepada ’social responsibility and obligation’ sesuatu media online seperti Harakah untuk menerbitkan iklan sebegitu rupa.

Secara umum, apakah ubat kuat ini telah mendapat kelulusan bertulis dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai keselamatan pengunaan serta kesan sampingan jika ada. Hakikatnya, terlalu banyak ’online traffic’ di alam maya dari setiap generasi umur di kalangan pengguna internet.

Tidak terfikirkah organisasi yang menguruskan laman Harakah, jika di kalangan remaja dibawah umur mahupun yang belum berumahtangga mempunyai keinginan untuk mencuba ubat ubatan ini semata mata percaya dengan ’kekuatan, saiz dan tenaga’ yang wujud setelah menggunakannya.

Secara kasar dan tidak langsung, keinginan yang membuak buak ini akan diterjemahkan melalui perzinaan, persetubuhan haram, anak luar nikah dan seterusnya percambahan sarang pelacuran. Ini kerana (jika terbukti ubat ubatan ini berhasil) setiap individu yang mencuba pasti mahu mencari membuktikankebenaran iklan iklan tersebut yang ditonjolkan.

Apa yang menjadi persoalan adalah sikap dan tanggungjawab sesuatu media seperti Harakah yang turut menjadi promoter penggunaan secara terbuka ubat kuat yang belum tentu benar fakta dan hasil kaji selidik.

Tidak salah jika Harakah juga turut menjadi penyumbang bertambahnya rumah rumah urut terutamanya di negeri Selangor. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran dan pemerintahan, telah wujud lebih kurang 8,000 rumah urut jika dibandingkan sebanyak 1,500 rumah urut wujud sejak pemerintahan BN.

Iklan yang berbentuk ’must try’ dan ‘taboo’ ini membuktikan dakwaan permintaan dan penawaran perkhidmatan sarang sarang pelacuran (supply and demand theory). Amat malang apabila para remaja yang berkeinginan untuk mencubanya, terpaksa mencari jalan mudah dengan melakukan persetubuhan haram dengan remaja perempuan Dan yang lebih mendukacitakan apabila para remaja lelaki menyerbu sarang sarang pelacuran dijadikan tempat untuk membuktikan keistimewaan ubat ubatan ini.

Media yang kononnya memperjuangkan Islam ini sering terlepas pandang perkara perkara ‘nitty gritty’ seperti ini kerana terlalu mementingkan isu sensasi dan politik semata mata. Maka tidak hairanlah jika secara tidak sedar atau mahupun sedar, kebobrokan pengurusan yang lebih mementingkan penjanaan pendapatan mengenepikan tanggungjawab sosial dan obligasi.

Apa perlunya untuk menjana pendapatan media melalui iklan ubat kuat jika sebaliknya memudaratkan pengguna dan menyegerakan pertumbuhan kadar masalah sosial dikalangan remaja Islam. Harakah perlu sedar bahawa remaja ini sememangnya cukup mudah terpengaruh.

Bukankah lebih elok jika diletakkan iklan peluang pekerjaan dan peluang peluang perniagaan jika dibandingkan dengan iklan tonik ubat kuat ini!

Mungkin editor Harakah melompat apabila dikritik sebegini rupa!



MELAYU ATAS PAGAR

7 comments:

  1. balun yop balun !

    taik depan mata mana diaorg nampak. taik satu kilometer boleh nampak jelas.

    dasar hamPAS

    ReplyDelete
  2. Aku tak heran kalau akhbar atau online harakah mengiklankan product sebegitu.......SEBABNYA JUAK-JUAK PAS SEBENARNYA MEMANG GILA SEX, TU SEBAB BANYAK YANG BAWA LARI ANAK DARA DAN BINI ORANG,tAK CAYA TANYALAH MAT SABUN TU,SEKSA ISTERI KALAU TAK DAPAT WALAUPUN BINI DALAM PANTANG,SONDOL JANTAN...

    ReplyDelete
  3. gua setuju la sama lu melayu pasir gudang.

    juak juak hamPAS memang gila sex gamaknya. asyik nak mengurut anu je mana tak naik!

    kalo tiang lampu jalan kita make up mcm maya karin, mau disondolnya sampai rebagh!

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya dah lama dah saya perhatikan banyak iklan-iklan sebegini di Harakah. Mungkin ini mencerminkan diri sebenar mereka. Dan dari pemerhatian saya juga, kalau dilihat di pasar-pasar malam, di pekan-pekan sehari ataupun pada pasar minggu, kawasan gerai jualan ubat kuat ini juga akan dikerumuni ramai pelanggan yang hampir 100% melayu. Mungkin sebab itulah penjual-penjual ubat kuat ni tertumpu kepada harakah kerana majoriti pembacanya adalah Melayu.

    ReplyDelete
  5. kalau nak tau kaler puak2 hamPAS ni, cuba2lah rapat dgm mereka. Dlm kepala biru2 gak. Tp tutup dgn kopiah jalur hijau putih la ! Lps tu takbir !! Serakah dunia mengalahkan org jahil

    ReplyDelete
  6. Dalam Harakah Daily tu ada iklan PY Gel. Siap dgn gambar muka pengedarnya sekali. Penjawat awam tu. Guru. Kementerian Pendidikan tak buat apa2 ke? Dah ada kereta mewah dah cikgu tu.

    ReplyDelete
  7. kalau la dalam utusan ada iklan mcm nih...huhuhuh sindri mau ingat

    ReplyDelete