Tuesday, August 31, 2010
CUKUP PANAS ... THE ‘GOBLOK’ HAS BEEN DETAINED !
Pihak GWM masih menunggu berita rasmi jika benar Si Goblok ini sudah di tahan reman oleh pihak Kementerian Dalam negeri (KDN) malam tadi.
Jika benar berita yang disampaikan ini, maka Menteri Amaran sudah melakukan tugas dengan cukup baik, Well Done Minister of Warning! Mungkin boleh dilupuskan seketika title yang tidak enak didengar selaku Menteri Dalam Negeri.
Si Goblok yang bernama Wee Meng Chee atau lebih dikenali kerana kegoblokan sebagai ‘NameWee’ telah banyak melakukan onar dan menconteng anasir anasir perkauman (racism) melalui provokasi lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.
Tidak insaf dengan kegoblokannnya, The Goblok NameWee sekali lagi mengulangi perbuatan provokasi dengan menerbitkan satu lagi video klip gobloknya.
Jika PERKASA mengulangi pendirian mahu Si Goblok ini di buang negeri, adalah lebih baik jika dibuang taraf kerakyatan sahaja Si Goblok ini. Malah Si Goblok ini boleh terus berambus dari tanah air Malaysia dan menetap mana mana negara yang difikirkannya sesuai untuk didiami.
Si Goblok ini mungkin boleh berhijrah ke Singapura yang lebih dikenali sebagai Freedom Land of Speech. Kita boleh lihat sama ada Si Goblok ini berani menerbitkan video klip gobloknya dengan menghentam lagu Singapura menjadi lebih aib. Kalau ada telur la !!!
Persoalan sekarang apakah yang KDN akan lakukan setelah menahan Si Goblok ini. Adakah lebih banyak bentuk amaran dikeluarkan atau terus menahan Si Goblok ini di bawah Akta Hasutan 1948.
Kita mahu melihat pihak KDN tidak prejudis dalam menjatuhkan hukuman yang difikirkan sewajarnya.
Atau KDN masih lagi takut dibayangi oleh demonstrasi oleh pihak pembangkang dan bangsa ultra kiasu yang sememangnya mahu mempertahankan Si Goblok ini kerana kiasusisme.
Lupakan sebentar isu sokongan undi bangsa ultra kiasu dan beranilah berhadapan dengan realiti bahawa Si Goblok Namewee ini sudah terlalu kurang ajar dan biadab.
Tidak mustahil Si Goblok ini akan mengulangi perbuatannya kerana KDN boleh diperkotak katikkan melalui laungan amaran semata mata!
Sudah tiba masanya KDN menahan Si Goblok ini dibawah Akta Hasutan 1948 dan perlu memberi hukuman yang setimpal dengan perangai ultra kiasu beliau.
Tahanan reman ... tahanan ISA ... atau dibuang negara sahaja! Itulah jawapan yang paling mudah ... berani berubah!
MELAYU ATAS PAGAR
Monday, August 30, 2010
Jangan Cabar Titah Sultan Ketua Agama Islam Negeri!
Beliau berkata orang ramai harus sedar segala hal ehwal berkaitan hukum agama Islam harus mendapat perkenan daripada baginda tanpa perlu dipersoalkan oleh pihak lain.
"Kalau kita tidak patuh pada perintah Sultan, apatah lagi berkaitan hukum-hakam agama Islam, itu sudah menjadi satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Mahabbah Ramadhan, Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Jalur Gemilang kepada pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberi ucapan di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu dan Anggota Parlimen Selayang William Leong masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa di Selayang Baru untuk memberi bantuan baru-baru ini.
Syaikh Ismail berkata adalah menjadi tanggungjawab seseorang umat Islam untuk menerangkan kepada penganut agama lain tentang hukum-hakam dan adab-adab tentang tempat beribadat bagi menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat.
Saturday, August 28, 2010
KAPAL SELAM APCO??? Apa Kata Pemimpin Pakatan Pembangkang Dan Anda Semua?
Sumber Blogg Big Dot Com
Apa ni? Tipu lah,
Pembangkang kata Kapal Selam Kita tak boleh Menyelam?
Mereka kata Kapal Selam kita tak boleh pakai?
Mereka kata Kita kena Tipu.
Habis tu yang dalam Gambar ni Kapal Selam mana pulak?
Opsss.....nanti mereka akan kata,
" Kami sudah buat siasatan dan dapati yang membuat latihan dalam gambar ini adalah Kapal Selam milik APCO."
Biasalah, depa akan kata lagu tu jugak. Bila dah malu depa akan pusing sana sini nak kaitkan dengan benda yang tak berkaitan. Betul betul Bengong depa ni.
So harap rakyat Malaysia jelas dan fikir siapa yang telah MEMBOHONGI anda selami ini jika tidak Pakatan HARAM. Tu dia Kaki Kelentong Anwar Brahim dok tengah fikir apa nak di Jawap nya nanti.
Friday, August 27, 2010
TIPS MENGGUNAKAN PRODUK DARI STOKIS ANUGERAH PLATINUM AWARD !!!
apakah kita hanya mahu melihat kejayaan usahawan ini?
tidakkah saudara semua ingin berkongsi kejayaan sepertinya?
datanglah ke seminar 'ZUS ZAS ... KECEPAP ... ARE U OKAY!'
seminar terbuka ini hanya untuk kaum adam sahaja, tidak kira masih bujang atau sudah berkahwin dan mempunyai anak cucu dan cicit!
waktu seminar ... anda berhak memilih!
1) 10.00 paggi - 11.00 pagi
2) 11.30 pagi - 12.30 ptg
3) 3.00 ptg - 4.00 ptg
4) 4.30 ptg - 5.30 ptg
5) 7.00 mlm - 8.00 mlm
6) 8.30 mlm - 9.30 mlm
hanya satu peserta sahaja yang layak mengikuti kursus dalam sesuatu sessi! Peserta ini akan diberi satu bilik khusus untuk membuat latihan amali bersama fasilitator!
Semoga berjaya dan sukses!
Lagi Kempem Jom Makan Karipap
Klik Link Ini
PAS YANG CUKUP LUARBIASA ISLAMNYA
Cantik dan anggun kelihatan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang ketka menyampaikan tazkirah sambil diperhatikan tok imam yang tak kebil kebil biji mata melihat keindahan kaum hawa didepan mata sambil menekan ’anu’ dari naik gamaknya.
Yang tak cantik dan hodoh adalah sikap dan perangai parti PAS yang sanggup belasah iman dan takwa demi mengejar sokongan dan undi dari kaum kafir harbi ini.
Paling jelas, PAS sudah boleh dikategorikan sebagai Pelacur Tegar Islam kerana cukup berani membenarkan wanita / lelaki bukan Muslim berceramah Dalam Dewan Solat. Wanita tersebut (mengikut hukum) sama seperti wanita yang didatangi haid malah tidak menutup aurat dan mencemarkan kesucian masjid / tempat ibadah umat Islam.
Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah penghinaan terhadap Islam, tetapi yang lebih dahsyat lagi adalah perbuatan yang menghina Allah Taala dan Rasulullah s.a.w.
GWM cukup yakin PAS akan mengeluarkan lagi fatwa fatwa songsang demi menghalalkan setiap cara, sedikit masa lagi. Angkuh dan bongkak adalah iman sebenar para pemimpin dan pengikut PAS.
Sedangkan titah Sultan Selangor melarang umat Islam menggunakan masjid sebagai tempat melacurkan politik boleh tidak diendahkan oleh para pemimpin PAS. Siapa lagi yang boleh menegur juak juak degil ini?
Sudah terang lagi bersuluh! Juak juak ini akan menggunakan dan memutar belit setiap surah di dalam Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. untuk menghalakan setiap cara.
Yang pasti, kifarah dan bala bencana mula menimpa para penyokong, pengikut, pemimpin dan parti PAS secara tidak sedar.
Kesemua ini bermula dari perbuatan mengkafirkan umat Melayu menyokong UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, sembahyang dua imam, mati syahid jika menentang UMNO, melacurkan kalimah Allah, membiarkan orang kafir secara bebas menggunakan ayat ayat Al Quran untuk tujuan berpolitik, doa khutbah Jumaat yang telah diselewengkan rukunnya dan sebagainya.
Setiap perbuatan mereka ini sebenarnya telah dibalas oleh Allah Taala secara sedikit demi sedikit tanpa disedari. Nikmat iman yang telah Allah Taala berikan ditarik secara perlahan lahan sehingga PAS kini sudah semakin menyeleweng dari ajaran Islam.
Tidak mustahil jika demi sokongan dan undi dari bukan Muslim, perbuatan murtad mungkin dihalalkan atas desakan DAP, PKR dan bukan Muslim kelak. Anwar Ibrahim sendiri telah menghalalkan murtad dikalangan umat Islam.
GWM menunggu untuk melihat siapakah pemimpin PAS yang terlebih dahulu akan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mempertahankan tindakan Teo Nie Ching bertazkirah dan menyampaikan bantuan kepada ahli ahli PAS di Surau Al Huda, Kajang Sentral.
Kita sama sama tunggu dan lihat .... segalanya mungkin!
MELAYU ATAS PAGAR
Wednesday, August 25, 2010
CUKUP HANGAT DAN TERBARU DI PASARAN !!!
buah tangan Tok Guru
Di antara doa doa pilihan yang mustajab ...
[] Doa Pecah Perut
[] Doa Khalifatul Lim Guan Eng Musibat
dan banyak lagi doa doa pilihan Tok Guru
[] Doa Terbaru ... Doa Cah Keting
[] Doa Paling Baru ... Doa Hudud Ala DAP
Harga Masjid Runtuh !!! Dua Dirham !!!
Sila hubungi markas markas berdekatan untuk tempahan dengan kadar segera dan juga untuk keterangan lanjut !!!
Pembayaran hanya dibenarkan di dalam bentuk Dinar Kelantan !!!
Ringgit Malaysia Di Haramkan !!!
Jika Tak Suka Kenapa Tak Tinggalkan Malaysia???
Sumber Blogg POH PALEH WEH
Tuesday, August 24, 2010
KONTROVERSI ISU PASIR DI SELANGOR : REALITI ATAU MAINAN POLITIK?
Sabtu yang lalu, bloggers GWM telah membuat temu janji bersama dengan tiga orang bekas gerakan reformis yang telah sekian lama menyepikan diri dari senario politik tanah air.
Pertemuan ini cukup bermakna atas dasar GWM masih belum berpuas hati dan yakin dengan isu kontroversi pasir di Selangor yang telah menggegarkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim, semata mata disebabkan oleh amalan kronisme dan nepotisme di bawah Pakatan Rakyat.
GWM masih merasakan ada isu lain di sebalik pendedahan di media massa dan di alam siber (blogger blogger pro kerajaan) yang telah menyentak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Mustahil begitu mudah para bloggers mendapat maklumat sulit (private & confidential) dalam isu pasir di Selangor.
The Untold Story
GWM menyifatkan tiga abang reformis ini sebagai The Real Otai kerana mereka ini telah bersama sama berjuang bersama Anwar Ibrahim, Amin Ali dan Ezam Mohd Noor sejak tertubuhnya Gerakan Reformasi sekitar tahun 1998, setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO.
Pertemuan selama 1 jam di kedai mamak di Bangsar nyata membuka mata dan minda GWM yang selama ini hanya diaktifkan sebanyak 30% mendedahkan isu kontroversi ini. Terasa kecil diri bloggers GWM dengar penjelasan ini.
“Betul ke Bro? Ke saja saja buat cerita ni ... boleh dipercayai ke? ... ada sumber dan bukti yang boleh diketengahkan nanti?”
“Betul, betul dan betul” seperti apa yang dinyatakan oleh Bro A. “Segala apa yang berlaku di Selangor adalah mainan Azmin Ali ... It has been masterminded by Anwar Ibrahim and himself” begitu tegas jawapan Bro A. Bro B dan Bro C mengangguk tanda bersetuju. Ketegasan dan mimik muka ketiga tiga mereka ini tidak menampakkan sebarang keraguan.
“Azmin dah guna UMNO, bloggers dan jentera BN untuk membuat kerja indirectly untuk kepentingan politik beliau”.
“Azmin sememangnya bijak, malah cukup bijak jika dibandingkan dengan UMNO politicians. Ahli politik UMNO sudah dibangsatkan untuk memainkan isu ini. Dia dah rancang game ini sejak dari bulan Mei lagi. “
“Jeneral yang menjadi conduit untuk menyebarkan segala maklumat sulit ini adalah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin). Mamat ni lah yang sebarkan sedikit demi sedikit maklumat sulit di internet, so bloggers just take it, make an adaption and publish the story”
Machiavellian Theory
“Kami memang dah lama tahu permainan politik Azmin sejak Khalid Ibrahim dilihat gagal mentadbir Selangor dan seringkali membelakangkan orang Melayu dalam bab pengagihan kekayaan dan kontrak Kerajaan Negeri. Lu orang pun boleh nampak berapa banyak DAP kenyang dengan affirmative action Khalid Ibrahim.”
‘Azmin memang bijak Bro, anak didik Anwar Ibrahim sejak dari IKD (Institut Kajian Dasar) lagi. Every political theory and warfare games has been taught by Anwar.” Cerita Bro B sambil menyalakan api rokok gudang garam.
‘Tapi bukankah ini mendedahkan kebodohan PKR sendiri? Mengapa perlu menyingkap kain pelikat Khalid Ibrahim dan melondehkan kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat” sampuk GWM.
“Machiavelli Bro ... Machiavelli . You’re not an intelligent and smart politician if you have not learn from it. Khalid maybe a good businessman but he’s a god damn clumsy and not bright politician.”
“Azmin dah praktikkan apa yang dia belajar dari sifunya. When a politician has seen his enemy becomes a obvious threat. Afirmative action will be taken to kill his enemy silently. Kita orang dulu masa dalam IKD pun memang di ajar dengan fahaman ini. Ada fasilitator yang akan educate dan brainwash you with all political theory and games. Orang UMNO je yang masih bodoh tak belajar benda alah ni. Nasib la!” terang Bro B.
“Takkan Khalid sebodoh tu kot? We don’t think so” GWM tidak berpuashati dengan penjelasan Bro B.
Ally and Enemy in Politics
“Siapa kata Khalid bodoh .. gua tak cakap .. lu yang cakap” bertambah pening GWM lagi.
“It has been strategised by Anwar and Azmin from the beginning ... untuk tutup kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim. Macam ni lah ... orang Melayu sudah semakin tawar hati dengan Pakatan Rakyat, polisi dan tindakan yang dibuat oleh Khalid. Khalid sebenarnya dah terperangkap dengan situasi yang banyak bagi advantage kepada DAP dan businessman Cina di Selangor.”
“Sokongan orang Melayu dah goyang beb! That’s why Anwar try to deviate the issues kononnya mencari kembali sokongan orang Melayu di Selangor. Pakatan Rakyat sudah hilang lebih kurang 60 – 70% sokongan orang Melayu.”
“Khalid sebenarnya dah jadi scapegoat, tapi scapegoat yang merestui tindakan Anwar Ibrahim demi undi orang Melayu. Lu mau tau macam mana strategi Anwar, Azmin dan Khalid?.” Bro A menyampuk kerancakan Bro B bercerita.
“Cerita bang ... cerita!” topik sudah menjadi hangat. GWM pun nak tau juga mainan wayang tiga frontman PKR ni.
“Simple. Nanti sewaktu pemilihan di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2010, akan muncul undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Usul undi tidak percaya ini akan diterjemahkan dengan penyingkiran Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor.”
Brilliant Strategy?
“Lu orang agak siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Menteri Besar baru yang akan di bawa usul untuk watikah perlantikan oleh Sultan Selangor”.
“Azmin Ali!” jerit GWM bloggers. Orang ramai mula memandang kami. Persetankan!. “Apa moral of the story ni bang!”
“Setelah Azmin Ali dilantik, tugas utama Azmin ialah menarik kembali sokongan orang Melayu melalui pemberian kontrak direct nego, pelbagai kontrak dan tender kepada orang Melayu. Azmin akan cuci balik taik taik yang Khalid dah buat. Anwar akan buat negotiations dengan DAP untuk projek projek tertentu. Tak bagi nanti hilang support DAP Bro?”.
“Khalid Ibrahim akan buat press conference untuk membuat penerangan bahawa tindakan MPP menunjukkan betapa suburnya demokrasi di dalam Pakatan Rakyat. Macam macam bullshit nanti Khalid Ibrahim akan cerita .. tak kecik hati la, bersetuju dengan tindakan MPP la, tumpukan kepada kerusi Parlimen la .. lu orang tengok nanti!”.
“Bergaduh? ... memang Khalid tak pernah ngam dengan Azmin, Azmin pun sama jugak. But this is politics. There is no ally and enemy in politics as long as the main objective has been achieved. Dan objektif utama adalah menarik kembali sokongan orang Melayu. Simple je Bro!.”
“So ... apa moral of the story?. All this while Azmin has spoonfed every information to UMNO leaders and to all bloggers. Meaning ... UMNO dan bloggers dah buat kerja free untuk Azmin. UMNO dan bloggers yang jadi reporter dan journalist tak bergaji untuk PKR ... cerdik ke tak cerdik tu?”.
“Cerita berapa banyak ADUN menyokong dan berdiri di belakang Azmin Ali semua dah plan daripada awal lagi. Strategi cantik akan menjadi kenyataan dan UMNO dok sibuk buat roadshow satu Selangor akan jadi bahan jenaka nanti”.
"Bila kesemua isu mengenai orang Melayu sudah diselesaikan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13, UMNO nak buat apa lagi? Dok menonong aje la! Ngkorang bukan tak nampak berapa lembab UMNO Selangor buat kerja. That is the fact!"
“UMNO Selangor boleh berjuang lagi, boleh!, sempat! Tapi untuk PRU ke 14 nanti la! PRU 13 ... Selangor masih lagi dibawah Pakatan Rakyat, tak percaya ... lu orang boleh saksikan nanti”.
Political Arrangement
“Bro C ... senyap je, tak de nak cerita sikit. Tokok tambah ke?”. Sampuk GWM.
“Sori la Bro ... gua datang pun nak bukan cerita. Sahabat sahabat aku ni yang nak bercerita. Aku ni teman setia mamat dua ekor ni. Tak ada aku, dua ekor ni tak ada la transport nak balik rumah”.
Apa nak di kata! UMNO dan bloggers pro kerajaan sudah kena main dari awal lagi. Kesemua plot cerita sudah di atur dengan cukup baik. Sebenarnya, bloggers lah yang paling penat membuat kerja 24 jam memainkan isu pasir di Selangor.
Walhal, Anwar, Azmin dan Khalid telah menggunakan sepenuhnya para bloggers pro kerajaan sebagai buah catur. Segala percaturan politik sudah direncanakan sejak awal lagi.
Tidak mengapa. Sekurang kurangnya para bloggers pro kerajaan telah mendedahkan isu yang benar walaupun ianya adalah mainan politik tiga ekor petualang Melayu!.
Gambar Ihsan:
GAP
The Star
MELAYU ATAS PAGAR
Monday, August 23, 2010
DAP MENYALAK LAGI - HUDUD?? KEPALA OTAK KAU!!
Kata Lim Kit Siang,bapa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng undang-undang hudud dan negara Islam bukan menjadi dasar pakatan rakyat. Beliau yang juga Penasihat DAP kata partinya konsisten dengan pendirian bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar pakatan rakyat,apa-apa perubahan dalam dasar tersebut perlu perlu menerima persetujuan dari tiga-tiga dari ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam pakatan rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam,”katanya dalam satu kenyataan Ahad. Bahasanya jelas, straightfoward dan amat mudah difahami,senada dan sekata dengan Karpal Singh - TIDAK.
Kit Siang mengeluarkan kenyataan ini merujuk kepada polimek terbaru antara Nik Aziz dan Karpal Singh mengenai undang-undang hudud. Menteri Besar Kelantan itu tetap anggap kenyataan Pengerusi DAP itu tolak hanya satu pandangan peribadi kerana pemimpin DAP lain senyap.
Bagaimana Tok Guru kalau sudah dua otai besar DAP sudah cakap begitu? Apakah ini juga masih peribadi lagi? Pertentangan antara PAS dan DAP mengenai hajat parti itu nak laksanakan undang-undang hudud dan pentabiran Islam di negara jika berkuasa membuatkan ramai pemerhati yang melihat ‘kasih sayang’ antara keduanya dalam pakatan rakyat hanya untuk tujuan politik semata-mata.
Ini ditambah pula dengan sikap PKR yang main ‘sorok-sorok” dalam isu ini untuk mengelak mengelak pakatan itu bergegar.
Seperti menjelang pilihanraya umum lalu dan pilihanraya umum ke 13 nanti PAS akan terus menjual hajatnya itu dalam kempen-kempennya walaupun ia tahu ada ‘ tembok’ besar yakni DAP dan PKR yang tidak mampu dilangkahnya.
Ramai para pemerhati politik melihat isu ini akan menjadi bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup. Maka tidak hairan seperti kata Nik Aziz sendiri ramai para pemimpin DAP yang lain senyap.Begitu juga halnya di pihak PAS.
Sebabnya cukup jelas.Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu pekong ini dihidu oleh orangramai kerana ia boleh bikin rosak program dalam cita-cita nak mengejar impian ke Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Mungkin bagi mereka forget it dulu dan apa jadi selepas itu… belakang kira.
Post by.... Melayu CinDia
Sunday, August 22, 2010
UMNO Sudah Tidak Benafsu Membantu Melayu???
Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.
Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).
dari blog Penarik Beca.
Apa sudah jadi? Apa yang berlaku sehinggakan begitu drastik pemotongan demi pemotongan yang di lakukan kepada Hak orang Melayu? Apakah ini kerana 1 Malaysia? Apakah ini demi meraih undi kaum Cina? Apa yang sebenarnya berlaku?
Udah udahlah tu UMNO oiii...Cukup cukup lah nak jaga hati kaum lain yang dah terang terang tidak akan menyokong BN. Usah usahlah nak menagih simpati pada kaum tertentu ini kelak yang ada ni pun LARI MALAM.
UMNO itu perjuangannya untuk orang Melayu. Dalam masa yang sama ia turut menjaga kaum kaum lain tak kira lah kaum Cina ka, India ka atau kaum mana sekalipun. Tapi asas UMNO itu adalah Melayu maka yang patut di gembeling seluruh tenaga dan sebagainya adalah perjuangan untuk orang Melayu.
Sedih bila UMNO sekarang ini yang sedaya upaya menjaga hati kaum Cina. Apa istimewanya mereka dengan kami orang Melayu ini? Apa kami orang Melayu ini tak mengundi ke?
Ingat lah wahai pemimpin UMNO, PRU12 yang lalu UNDI Protes kerana kepimpinan Lemah PAK LAH dan Menantunya Khairy Jamaluddin. Bukan kerana Pakatan DAP,PAS dan PKR itu kuat. Tapi kerana undi Protes lah Barisan Nasional tewas beberapa buah negeri dan kurang Majoriti 2 /3 kerusi Parlimen.
Jengok jengok lah Orang Melayu yang ada ni, Pada siapa lagi nak kami pohon bantuan dalam menyuarakan hak kami orang Melayu kalau tidak UMNO?
PAS sudah kata dengan jelas mereka tidak memperjuangkan Melayu dan sekarang ini pun mereka lah juga bermati matian untuk menghilangkan hak Kuasa orang Melayu. PKR sudah tentu tidak akan membantu Melayu kerana matlamat mereka hanya ke PUTRAJAYA tidak kira depan atau Belakang. Jadi pada siapa lagi nak Melayu ini harapkan?
Takkan lah kami orang Melayu nak harapkan MCA.DAP.GERAKAN.PPP pula?
SOLAT JUMAAT : ISLAM DIAIBKAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU MUTIARA
(petikan Mingguan Malaysia 22 Ogos 2010)
Sebelum GWM melangkau lebih jauh lagi dengan isu ini, ada lebih baiknya kita renungkan kembali apakah pengertian dan maksud khutbah jumaat dan rukun khutbah jumaat secara terperinci.
Khutbah Jumaat ialah dua khutbah yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jumaat dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat.
Manakala Rukun khutbah Jumaat adalah:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Alhamdulillah".
2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
(Pengertian di atas di ambil dari buku yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus)
Sekarang sudah jelas apakah Khutbah Jumaat dan Rukun Khutbah Jumaat. Kontroversi doa khutbah kepada bukan muslim (terutamanya kepada Lim Guan Eng) di Pulau Pinang perlu dilihat dari konteks ilmiah dan politik itu sendiri.
Dari Sudut Ilmiah
Apabila di sebut rukun maka ianya wajib dilaksanakan, bukannya sunat atau harus. Jika dari konteks ilmiah dan fardhu atau wajib telah ditinggalkan secara sengaja, bukankah sudah menjadi kerugian kepada para jemaah yang mengerjakan solat jumaat pada hari tersebut?
Khatib yang membacakan khutbah pada hari tersebut wajib bertanggungjawab di atas kekhilafannya, jika terlupa. Bagaimana pula jika sengaja berbuat demikian?
Apa perlu didoakan kepada bukan Muslim sedangkan di dalam solat seharian kita sering membaca Doa Iftitah. Doa yang sering dibaca sebelum membaca Surah Al Fatihah ini adalah Aku Janji bahawa kita tidak mahu tergolong di dalam Golongan Kafir.
Di Politikkan?
Awal awal lagi Harakah sudah memperlihatkan isu kontroversi ini dimainkan oleh UMNO sebagai lanjutan isu perkauman yang dimainkan oleh MCA (UMNO dituduh bertindak sedemikian sebagai langkah politic desparation).
Dalam hal ini, GWM membidas PAS dan Harakah kerana juak juak ini yang sebenarnya mensensasikan isu yang sudah menjadi kontroversi.
Mengapa pula UMNO dipersalahkan atas dasar membangkitkan isu doa kepada Lim Guan Eng. Pada hakikatnya PAS terlupa bahawa merekalah yang memulakan langkah mengaibkan Islam dan mempolitikkan agama.
Naib Yang Dipertua Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang dan juga Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, saudara Mohamad Hafiz Nordin mengaku pernah berdoa kepada Lim Guan Eng semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Hashim Yahya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).
Siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu, siapa sebenarnya yang memperalatkan Islam demi rakusnya kuasa undi bukan Muslim?
Jika dibenarkan sekalipun berdoa untuk bukan Muslim, apakah layak manusia yang bernama Lim Guan Eng ini didoakan sedangkan umum mengetahui pelbagai perkara yang dilakukan oleh manusia yang di angkat sebegitu tinggi darjatnya oleh PAS ini, terlalu banyak memudaratkan umat Islam.
Apakah tidak cukup lagi dengan peristiwa yang telah berlaku di Perak tempoh hari sebagaimana doa untuk Sultan Perak, sesama Muslim, juga ditinggalkan oleh juak juak ini. Begitu biadab!
Jika sekalipun PAS menuduh UMNO cuba bermain dengan api perkauman melalui pembohongan dan fitnah, bagaimana pula dengan saksi saksi yang menunaikan Solat Jumaat, yang sanggup memberi keterangan terhadap perisitwa yang berlaku di Masjid Jamek Jelutong.
Satu kebetulan? satu permainan politik silap mata oleh UMNO? atau sememangnya perkara ini berlaku? Tidak mungkin ramai saksi yang sanggup tampil memberi keterangan jika dipanggil ini pekak dan tuli dan jahil belaka.
Menutup kepincangan
Agak melucukan apabila Anwar Ibrahim turut menganggap doa khutbah ini adalah fitnah dan permainan politik perkauman sempit oleh UMNO. Beliau mendakwa telah membaca teks khutbah berkenaan yang diedarkan kepadanya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).
Mungkin beliau terlupa akibat permainan politik sempit dan kuat berjanji beliaulah timbulnya isu penduduk bangsa India di Kampung Buah Pala dan bagaimana umat Melayu terus dipinggirkan dan ditindas oleh parti dominan di dalam Pakatan Rakyat, DAP.
Adakah ianya juga mainan politik sempit UMNO dan BN?
Anwar Ibrahim begitu pantas membuat kesimpulan bahawa isu doa kontroversi ini adalah mainan politik UMNO. Walhal beliau terlupa bahawa MAIPP masih meneruskan siasatan ke atas isu ini. Bagaimana boleh terus menerus membuat kesimpulan sedangkan siasatan masih dijalankan?
Anwar Ibrahim dilihat mahu menutup setiap lubang kelemahan dan kepincangan dengan kadar yang segera kerana tidak mahu Pakatan Rakyat goyah di Pulau Pinang.
Biarkanlah siasatan rapi terus dijalankan. MAIPP juga perlu memanggil saksi saksi Solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong yang terlibat untuk di ambil keterangan.
Anwar Ibrahim tidak perlu menjadi juri dan hakim di dalam satu masa semata mata untuk menutup kerosakan yang telah berlaku ( damage has been done ). Jika mahu dilihat adil, siasatan terperinci perlu dijalankan secepat mungkin.
Di Politikkan atau Kebenaran?
GWM tidak pernah berasa terkejut jika isu ini sememangnya terjadi akibat kebobrokan penyokong Pakatan Rakyat yang terlalu jumud dan fanatik mempertahankan seorang manusia bernama Lim Guan Eng.
Ini kerana PAS adalah parti politik, parti yang menggunakan Islam sebagai lencana, parti yang telah merosakkan keindahan Islam itu sendiri.
Maka tidak hairan jika sembahyang dua imam nyata dan sememangnya di juarai oleh PAS sejak dahulu lagi. Inikan pula tindakan kontroversi meninggalkan doa terhadap pemerintah Muslim dan mengaminkannya, Yang Di Pertuan Agomg.
MELAYU ATAS PAGAR
Saturday, August 21, 2010
BANGSA YANG TIDAK MENGENANG BUDI : BHGN 2
Seperti yang diduga, bangsa yang tidak mengenang budi ini semakin serius mencabar kewibawaan dan semangat setiakawan di dalam BN malah semakin berani mencabar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Presiden pertubuhan bangsa yang tidak mengenang budi ini lupa dengan kekayaan dan kemewahan bangsanya adalah hasil dari perkongsian nikmat produk DEB selama ini.
Kekayaan 10 jutawan bangsa yang tidak mengenang budi ini berjumlah USD 34.49 billion (RM 113.81 billion) cuba didiamkan dan dialihkan perhatian demi tuntutan yang semakin bukan bukan.
Mengapa ekuiti 30% kuota bumiputera diberikan perhatian penuh kononnya dengan menghapuskan dasar tersebut maka ekonomi negara akan lebih berdaya saing. Apakah cukup hanya sekadar melupuskan ekuiti ini nasib bangsa yang tidak mengenang budi ini lebih terjamin dari segi hak kesamarataan.
Persoalan yang lebih penting adalah sanggupkah bangsa yang tidak mengenang budi ini melakukan perkara yang sama atas dasar hak kesamarataan.
Kita cabar Presiden pertubuhan bangsa yang tidak mengenang budi ini melihat dari perspektif yang lebih tepat tentang komposisi orang Melayu dan bumiputera dalam pemilikan syarikat syarikat bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Kita juga mencabar beliau untuk mendedahkan kepada umum berapa ramaikah konglomerat Melayu dan bumiputera yang diberikan tempat dalam pengurusan syarikat syarikat bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Kita pertikaikan kesanggupan bangsa yang tidak mengenang budi ini untuk membuka peluang seluas luasnya pemilikan ekuiti orang Melayu dan bumiputera di dalam Public Bank, Hong Leong, Berjaya Group, Sunway Group, Tanjung Group, YTL Corporation, IOI Group dan sebagainya.
Dedahkan nama nama orang Melayu dan bumiputera yang mendapat hak kesamarataan ini jika benar dan berani.
Mungkin bangsa yang tidak mengenang budi ini terlupa bahawa nama nama seperti Robert Kuok, Yeoh Teong Lay, Vincent Tan dan ramai lagi diberi peluang sejak awal oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk berkongsi kekayaan dan kemewahan melalui perlaksanaan DEB.
Malangnya bangsa yang tidak mengenang budi ini tidak sanggup berkongsi kekayaan bersama orang Melayu dan bumiputera sehingga sanggup menukar syarikat yang disenarai awam (public listed) kepada syarikat persendirian (private company).
Yang dipersalahkan akhirnya dalam hal ini adalah Tun Dr Mahathir yang didakwa mendapat kemewahan dan bantuan kewangan berterusan dari bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Bangsa yang tidak mengenang budi ini tidak akan berpuas hati selagi tuntutan demi tuntutan mereka tidak penuhi oleh Kerajaan.
Cara yang paling mudah adalah dengan memberi undi kepada petualang petualang Melayu (seperti gambar blog di atas) sehinggalah strategi untuk menguasai politik dan ekonomi di Malaysia berjaya sepenuhnya.
MELAYU ATAS PAGAR
Friday, August 20, 2010
Lim Guang Eng Semakin Berani Menghina Islam Hasil Bantuan PAS
memaklumkan perkara ini kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)
untuk tindakan.
Namun tiada sebarang respon yang diambil oleh pihak MAIPP.
Tindakan Zakaria Ahmad juga disahkan oleh kariah tempatan, Shuib Saad dan juga Rozali Ismail yang juga merupakan diantara jemaah pada hari tersebut.
Klik Artikel Selanjutnya
Panglima Perang Cyber
Thursday, August 19, 2010
Ahli Majlis PBT Selangor Raih Pendapatan RM100 Ribu
Untuk makluman semua Pada waktu ini setiap Ahli Majlis PBT di bayar Gaji berserta Elaun dan Kos sampingan sebanyak RM 100 Ribu Setahun!
Terdapat 8 PBT di Selangor yang mana setiap PBT di anggotai oleh 22 Ahli Majlis! Dengan Pendapatan Rm100 Ribu setahun bagi Ahli Majlis PBT maka menjadikan jumlah keseluruhan Wang Rakyat Selangor yang di gunakan untuk membayar gaji Ahli Majlis PBT ini RM 17 Juta 600 Ribu!
Jumlah ini merupakan sekali ganda daripada Gaji yang di bayar kepada Ahli Majlis PBT Sewaktu Kerajaan Barisan Nasional Mentadbir.
Adalah Jelas di sini bahawa Kerakusan pihak Kerajaan Pakatan DAP,PAS dan PKR dalam mengaut Wang Rakyat Selangor semakin menjadi jadi. Tidak cukup dengan Wang Songlap Hasil Pasir yang di korek, ini pula di tambah oleh mereka!
Kita desak agar pihak Khalid Gagap Menteri Besar Selangor menjelaskan mengapa di peruntukkan sebegitu banyak Wang Rakyat Selangor dalam membayar Ahli Majlis PBT itu! Apakah bayaran sebanyak RM 100 Ribu setiap orang Ahli Majlis itu berpatutan dengan tugas mereka?
Harap Rakyat Selangor sedar hal ini! Penasihat Keewangan Selangor Anwar Ibrahim perancang Kerakusan Mengaut Wang Rakyat Selangor!
WHO IN THE BLUE HELL IS NAZIR RAZAK
Jika mengikut tafsir Dewan Bahasa dan Pustaka bastard bermaksud anak haram atau bajingan. Bastardisation boleh ditafsirkan dipernyataan-haramkan atau pernyataan yang diselewengkan.
Mengapa Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group dan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak begitu biadab sekali melabelkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai bastardisation.
Beliau cukup tidak adil apabila dilihat sebagai menentang dasar DEB pada Kongres Ekonomi Cina setelah 50 tahun dasar ini menjadi penggerak kepada proses pembangunan orang Melayu untuk mencapai ekuiti 30% kuota dalam kek ekonomi dari segi infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan sosio ekonomi.
Walhal Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa beliau, adalah pengasas DEB yang dilancarkan pada 1971 sebagai jawapan kepada ketidakseimbangan sosio ekonomi antara kaum malah sebagai pelan tindakan afirmatif (affirmative action plan) yang disediakan khas untuk Orang Melayu dan Bumiputera bertepatan dengan hak hak istimewa (Artikel 153) yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Begitu mudah bagi insan bernama Nazir Tun Abdul Razak yang lahir hasil dari produk DEB, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, mendapat peluang keemasan menjadi investment banker dan melakukan kerja Corporate Advisory untuk CIMB sehinggalah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, merendahkan martabat DEB semata mata untuk menjaga hati bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Tidak salah jika insan yang bernama Nazir Tun Razak ini dikatakan sebagai pengkhianat dan tidak mengenang budi pengasas DEB itu sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak.
Beliau perlu mencermin kembali dirinya, ingat kembali apa yang diucapkannya pada Kongres Ekonomi Cina, kerana secara tidak langsung beliau telah mencabar arkitek dan penggerak DEB ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sepatutnya beliau lebih matang dalam membicarakan hal sebegini dari bertengkar dan mencanai DEB dari perspektif yang begitu sempit kerana pendirian beliau sebagai seorang Melayu Liberal.
Yang pasti nya, sudahlah orang Melayu yang semakin skeptikal dengan dasar Model Ekonomi Baru (MEB) hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ditambah lagi dengan pandangan bajingan beliau mengenai DEB, maka Kerajaan atau UMNO kini semakin kehilangan sokongan dari orang Melayu secara perlahan lahan dan secara tidak sedar.
Apakah beliau tidak malu apabila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa cukup menentang dan mengutuk sekeras kerasnya perbuatan bangsa yang tidak mengenang budi ini untuk menghapuskan ekuiti 30% kuota Bumiputera.
Timbalan Presiden PAS ini sudah nampak betapa bajingannya bangsa yang tidak mengenang budi ini dalam menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan dalam pada masa yang sama parti PAS sudah menang dari segi moral kerana dilihat bertindak memperjuangkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Malang sekali insan yang bernama Nazir Tun Abdul Razak, seperti kata hikmat Tun Dr Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa, bahawa DEB yang telah memberikan tongkat dan jambatan kesenangan kepada beliau.
Jangan kerana beliau sudah tidak lagi memerlukan tongkat dan jambatan itu, beliau telah membakar tongkat dan jambatan kerana masih ramai orang Melayu yang memerlukan tongkat dan jambatan untuk dijadikan tempat bergantung.
Beliau secara tidak sedar telah meletakkan sebutir peluru di kepala abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak jika itulah kemahuan beliau untuk menamatkan karier dan riwayat politik abangnya dengan kadar segera.
Jika tidak kerana DEB … who in the blue hell is Nazir Razak !!!
MELAYU ATAS PAGAR
Wednesday, August 18, 2010
D.S.Najib Perlu Bersemuka Dan Menjelaskan Kepada Bumiputera Khusunya Orang Melayu
Ihsan The Flying Kick
BANGSA YANG TIDAK MENGENANG BUDI
Artikel 153
Yang Dipertuan Agong atas nasi¬hat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak den¬gan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan bi¬asiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.
Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan ini ditujukan khas kepada bangsa yang tidak mengenang budi orang orang Melayu. Dengan lebih tepat lagi bangsa Cina.
GWM ingin memberi sedikit buah tangan kepada bangsa yang bebal sejarah ini, sengaja membutakan diri dari fakta sejarah dan kenyataan ekonomi tahap pencapaian ekonomi kaum bumiputera.
Bangsa Melayu terlalu banyak berkorban dan bertolak ansur sejak Kemerdekaan lagi dengan dasar ‘quid pro quo’ terhadap kemasukan bangsa Cina ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Sudah masuk 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, namun bangsa yang tidak mengenang budi ini masih lagi menuntut apa saja yang difikirkan mampu memberi kepuasan nafsu rakus dan tamak haloba sehinggalah kuasa ekonomi dan politik menjadi milik mutlak bangsa yang tidak mengenal budi ini.
Selagi mampu, bangsa yang tidak mengenang budi ini akan terus bermain dengan isu kesamarataan dan pelbagai desakan yang menguntungkan bangsa yang tidak mengenang budi ini seperti yang dilakukan oleh Ziong Dong dan Dewan Perniagaan Cina.
GWM paparkan carta dibawah supaya bangsa yang tidak mengenang budi ini faham maksud kesamarataan. Statistik statistik yang dikumpulkan jelas menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya bangsa yang tidak mengenang budi ini acap kali membuat tuntutan.
PRU 13 nanti sudah jelas menunjukkan bangsa yang tidak mengenang budi ini tidak akan memberi undi kepada Kerajaan BN berdasarkan kepada:
1. Persempadanan kawasan pilhanraya yang jelas memberi advantage kepada bangsa yang tidak mengenang budi ini menjadi penentu parti mana yang akan menang.
2. Model pemerintahan Pakatan Rakyat cukup menguntungkan bangsa yang tidak mengenang budi ini seperti yang telah berlaku di Perak sebelum ini.
3. Yang paling nyata, PRU 13 sebagai peluang terbaik untuk bangsa yang tidak mengenang budi ini berkuasa kelak.
Seperti yang telah Tun Dr Mahathir perjelaskan, kuasa mengundi orang Melayu sudah terbahagi kepada tiga parti yang jelas akan menguntungkan bangsa yang tidak mengenal budi ini.
Setiap kali orang Melayu dibantu, semakin menyalak bangsa yang tidak mengenang budi ini menuduh Kerajaan memberi tongkat hikmat kepada orang Melayu. Apabila Kerajaan membantu bangsa yang tidak mengenang budi ini, didiamkannya sahaja.
Walhal Kerajaan terlalu banyak memberi peluang perniagaan kepada bangsa yang tidak mengenang budi ini sehingga mereka memonopoli bidang perniagaan gula, stesen TV satelit, stesen janakuasa bebas (IPP) dan sebagainya, menjadi kaya raya tetapi mengalihkan berbillion ringgit keluar dari Malaysia.
Bangsa yang tidak mengenang budi ini bijak bermelodrama dan bijak berpecaturan. Kuota bumiputera selagi mahu wajib dihapuskan selagi tidak menggangu kartel perniagaan mereka.
Dan apa yang paling jelas dan semakin nyata adalah bangsa yang tidak mengenang budi ini akan terus membuat percaturan sehinggalah kuasa politik akan terus jatuh ke dalam genggaman.
Dan tinggallah orang orang Melayu yang sudah teruk berpecah belah merempat dan mengemis dari bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Ini adalah hakikat… apakah orang Melayu sanggup menerima sesuap nasi dari tangan bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Itupun jika bangsa yang tidak mengenang budi ini memberi sesuap nasi? Bagaimana jika keadaan menjadi sebaliknya!
MELAYU ATAS PAGAR
Tuesday, August 17, 2010
TOLONG!!! Sebarkan Pada Yang Perlu Memahaminya
Mengapa dua ekor monyet ini hanya memijak gambar YB berbangsa Melayu!
Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010
Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.
Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.
Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu.
Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.
Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.
Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya.
Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?
Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara.
Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.
Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.
Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.
Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.
Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.
Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.
Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya.
Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.
Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?
Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.
Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini?
Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?
Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut.
Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.
Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.
Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.
Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.
Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi.
Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.
Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.
Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.
Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.
Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka.
Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis