UMNO & KERIS & MELAYU Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.
Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).
Pendidikan sangat penting kepada mana-mana bangsa yang hendak menjadi 'first world mentality'. Kepada Melayu liberal, bergembiralah, doa anda sudah dimakbulkan. Saya sendiri tahu lambat laun tongkat tidak diperlukan. Tidak sangka ianya secepat ini. Maafkan saya bangsaku kerana tidak boleh berbuat apa-apa.
dari blog Penarik Beca.
Apa sudah jadi? Apa yang berlaku sehinggakan begitu drastik pemotongan demi pemotongan yang di lakukan kepada Hak orang Melayu? Apakah ini kerana 1 Malaysia? Apakah ini demi meraih undi kaum Cina? Apa yang sebenarnya berlaku?
Udah udahlah tu UMNO oiii...Cukup cukup lah nak jaga hati kaum lain yang dah terang terang tidak akan menyokong BN. Usah usahlah nak menagih simpati pada kaum tertentu ini kelak yang ada ni pun LARI MALAM.
UMNO itu perjuangannya untuk orang Melayu. Dalam masa yang sama ia turut menjaga kaum kaum lain tak kira lah kaum Cina ka, India ka atau kaum mana sekalipun. Tapi asas UMNO itu adalah Melayu maka yang patut di gembeling seluruh tenaga dan sebagainya adalah perjuangan untuk orang Melayu.
Sedih bila UMNO sekarang ini yang sedaya upaya menjaga hati kaum Cina. Apa istimewanya mereka dengan kami orang Melayu ini? Apa kami orang Melayu ini tak mengundi ke?
Ingat lah wahai pemimpin UMNO, PRU12 yang lalu UNDI Protes kerana kepimpinan Lemah PAK LAH dan Menantunya Khairy Jamaluddin. Bukan kerana Pakatan DAP,PAS dan PKR itu kuat. Tapi kerana undi Protes lah Barisan Nasional tewas beberapa buah negeri dan kurang Majoriti 2 /3 kerusi Parlimen.
Jengok jengok lah Orang Melayu yang ada ni, Pada siapa lagi nak kami pohon bantuan dalam menyuarakan hak kami orang Melayu kalau tidak UMNO?
PAS sudah kata dengan jelas mereka tidak memperjuangkan Melayu dan sekarang ini pun mereka lah juga bermati matian untuk menghilangkan hak Kuasa orang Melayu. PKR sudah tentu tidak akan membantu Melayu kerana matlamat mereka hanya ke PUTRAJAYA tidak kira depan atau Belakang. Jadi pada siapa lagi nak Melayu ini harapkan?
Takkan lah kami orang Melayu nak harapkan MCA.DAP.GERAKAN.PPP pula?
Pilihan kita makin terdesak selagi kita merasakan terpaksa jadi terbuka. Nyata sekali kita sudah tiada pilihan melainkan menyatukan semua Melayu.
ReplyDeleteSudah sudahlah berselisih sesama sendiri dan mencari kemenangan dengan cara bergantung dengan pihak pihak lain. Kita dulu yang kena bersatu.
Pihak lain akan terpaksa akur dengan kita apabila kita sudah bersatu dan menjadi kuat dari segi bilangan.
Salam.
ReplyDeletePohon kebenaran menyiarkan artikel ini didalam blog melayupasirgudang.blogspot.com
Bagaimana nak bersatu kalau pemimpin UMNO pun bangsat? mereka tidak membela bangsa pun
ReplyDeleteDimana kekuatan UMNO?Terasa macam tidak nampak.Di persidangan cakap berapi-berapi.Pelaksanaan tidak nampak.Contoh program Juara Rakyat.Apa tujuan sebenarnya?Memberikan orang Melayu berniaga disekitar tapak program juara rakyat yang diadakan?Adakah itu UMNO mampu buat?Bengang rasanya kerana UMNO tidak membantu Usahawan Melayu.Apa kata UMNO tubuhkan satu konsortium perniagaan.Pilih usahawan muda Melayu yang ingin membuka pasaraya.pasar borong,kedai servis kereta,kedai tayar,kedai hardware,kedai cat,kedai pemborong barang2x binaan,kedai komputer, atau apa2x perniagaan yang jarang Melayu buat?Ada ke tidak UMNO buat sebegitu?Buat pada setiap satu pekan di setiap daerah disetiap negeri?Apatah lagi dibandar2x besar?Ada ke tiada?Kalau tiada memnag betullah UMNO sudah tidak bernafsu membantu Melayu..
ReplyDelete