Tuesday, August 24, 2010

KONTROVERSI ISU PASIR DI SELANGOR : REALITI ATAU MAINAN POLITIK?


Sabtu yang lalu, bloggers GWM telah membuat temu janji bersama dengan tiga orang bekas gerakan reformis yang telah sekian lama menyepikan diri dari senario politik tanah air.

Pertemuan ini cukup bermakna atas dasar GWM masih belum berpuas hati dan yakin dengan isu kontroversi pasir di Selangor yang telah menggegarkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim, semata mata disebabkan oleh amalan kronisme dan nepotisme di bawah Pakatan Rakyat.

GWM masih merasakan ada isu lain di sebalik pendedahan di media massa dan di alam siber (blogger blogger pro kerajaan) yang telah menyentak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Mustahil begitu mudah para bloggers mendapat maklumat sulit (private & confidential) dalam isu pasir di Selangor.


The Untold Story

GWM menyifatkan tiga abang reformis ini sebagai The Real Otai kerana mereka ini telah bersama sama berjuang bersama Anwar Ibrahim, Amin Ali dan Ezam Mohd Noor sejak tertubuhnya Gerakan Reformasi sekitar tahun 1998, setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO.

Pertemuan selama 1 jam di kedai mamak di Bangsar nyata membuka mata dan minda GWM yang selama ini hanya diaktifkan sebanyak 30% mendedahkan isu kontroversi ini. Terasa kecil diri bloggers GWM dengar penjelasan ini.

“Betul ke Bro? Ke saja saja buat cerita ni ... boleh dipercayai ke? ... ada sumber dan bukti yang boleh diketengahkan nanti?”

“Betul, betul dan betul” seperti apa yang dinyatakan oleh Bro A. “Segala apa yang berlaku di Selangor adalah mainan Azmin Ali ... It has been masterminded by Anwar Ibrahim and himself” begitu tegas jawapan Bro A. Bro B dan Bro C mengangguk tanda bersetuju. Ketegasan dan mimik muka ketiga tiga mereka ini tidak menampakkan sebarang keraguan.

“Azmin dah guna UMNO, bloggers dan jentera BN untuk membuat kerja indirectly untuk kepentingan politik beliau”.

“Azmin sememangnya bijak, malah cukup bijak jika dibandingkan dengan UMNO politicians. Ahli politik UMNO sudah dibangsatkan untuk memainkan isu ini. Dia dah rancang game ini sejak dari bulan Mei lagi. “

“Jeneral yang menjadi conduit untuk menyebarkan segala maklumat sulit ini adalah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin). Mamat ni lah yang sebarkan sedikit demi sedikit maklumat sulit di internet, so bloggers just take it, make an adaption and publish the story”

Machiavellian Theory

“Kami memang dah lama tahu permainan politik Azmin sejak Khalid Ibrahim dilihat gagal mentadbir Selangor dan seringkali membelakangkan orang Melayu dalam bab pengagihan kekayaan dan kontrak Kerajaan Negeri. Lu orang pun boleh nampak berapa banyak DAP kenyang dengan affirmative action Khalid Ibrahim.”

‘Azmin memang bijak Bro, anak didik Anwar Ibrahim sejak dari IKD (Institut Kajian Dasar) lagi. Every political theory and warfare games has been taught by Anwar.” Cerita Bro B sambil menyalakan api rokok gudang garam.

‘Tapi bukankah ini mendedahkan kebodohan PKR sendiri? Mengapa perlu menyingkap kain pelikat Khalid Ibrahim dan melondehkan kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat” sampuk GWM.

“Machiavelli Bro ... Machiavelli . You’re not an intelligent and smart politician if you have not learn from it. Khalid maybe a good businessman but he’s a god damn clumsy and not bright politician.”

“Azmin dah praktikkan apa yang dia belajar dari sifunya. When a politician has seen his enemy becomes a obvious threat. Afirmative action will be taken to kill his enemy silently. Kita orang dulu masa dalam IKD pun memang di ajar dengan fahaman ini. Ada fasilitator yang akan educate dan brainwash you with all political theory and games. Orang UMNO je yang masih bodoh tak belajar benda alah ni. Nasib la!” terang Bro B.

“Takkan Khalid sebodoh tu kot? We don’t think so” GWM tidak berpuashati dengan penjelasan Bro B.

Ally and Enemy in Politics

“Siapa kata Khalid bodoh .. gua tak cakap .. lu yang cakap” bertambah pening GWM lagi.

“It has been strategised by Anwar and Azmin from the beginning ... untuk tutup kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim. Macam ni lah ... orang Melayu sudah semakin tawar hati dengan Pakatan Rakyat, polisi dan tindakan yang dibuat oleh Khalid. Khalid sebenarnya dah terperangkap dengan situasi yang banyak bagi advantage kepada DAP dan businessman Cina di Selangor.”

“Sokongan orang Melayu dah goyang beb! That’s why Anwar try to deviate the issues kononnya mencari kembali sokongan orang Melayu di Selangor. Pakatan Rakyat sudah hilang lebih kurang 60 – 70% sokongan orang Melayu.”

“Khalid sebenarnya dah jadi scapegoat, tapi scapegoat yang merestui tindakan Anwar Ibrahim demi undi orang Melayu. Lu mau tau macam mana strategi Anwar, Azmin dan Khalid?.” Bro A menyampuk kerancakan Bro B bercerita.

“Cerita bang ... cerita!” topik sudah menjadi hangat. GWM pun nak tau juga mainan wayang tiga frontman PKR ni.

“Simple. Nanti sewaktu pemilihan di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2010, akan muncul undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Usul undi tidak percaya ini akan diterjemahkan dengan penyingkiran Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor.”

Brilliant Strategy?


“Lu orang agak siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Menteri Besar baru yang akan di bawa usul untuk watikah perlantikan oleh Sultan Selangor”.

“Azmin Ali!” jerit GWM bloggers. Orang ramai mula memandang kami. Persetankan!. “Apa moral of the story ni bang!”

“Setelah Azmin Ali dilantik, tugas utama Azmin ialah menarik kembali sokongan orang Melayu melalui pemberian kontrak direct nego, pelbagai kontrak dan tender kepada orang Melayu. Azmin akan cuci balik taik taik yang Khalid dah buat. Anwar akan buat negotiations dengan DAP untuk projek projek tertentu. Tak bagi nanti hilang support DAP Bro?”.

“Khalid Ibrahim akan buat press conference untuk membuat penerangan bahawa tindakan MPP menunjukkan betapa suburnya demokrasi di dalam Pakatan Rakyat. Macam macam bullshit nanti Khalid Ibrahim akan cerita .. tak kecik hati la, bersetuju dengan tindakan MPP la, tumpukan kepada kerusi Parlimen la .. lu orang tengok nanti!”.


“Bergaduh? ... memang Khalid tak pernah ngam dengan Azmin, Azmin pun sama jugak. But this is politics. There is no ally and enemy in politics as long as the main objective has been achieved. Dan objektif utama adalah menarik kembali sokongan orang Melayu. Simple je Bro!.”

“So ... apa moral of the story?. All this while Azmin has spoonfed every information to UMNO leaders and to all bloggers. Meaning ... UMNO dan bloggers dah buat kerja free untuk Azmin. UMNO dan bloggers yang jadi reporter dan journalist tak bergaji untuk PKR ... cerdik ke tak cerdik tu?”.

“Cerita berapa banyak ADUN menyokong dan berdiri di belakang Azmin Ali semua dah plan daripada awal lagi. Strategi cantik akan menjadi kenyataan dan UMNO dok sibuk buat roadshow satu Selangor akan jadi bahan jenaka nanti”.

"Bila kesemua isu mengenai orang Melayu sudah diselesaikan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13, UMNO nak buat apa lagi? Dok menonong aje la! Ngkorang bukan tak nampak berapa lembab UMNO Selangor buat kerja. That is the fact!"

“UMNO Selangor boleh berjuang lagi, boleh!, sempat! Tapi untuk PRU ke 14 nanti la! PRU 13 ... Selangor masih lagi dibawah Pakatan Rakyat, tak percaya ... lu orang boleh saksikan nanti”.

Political Arrangement

“Bro C ... senyap je, tak de nak cerita sikit. Tokok tambah ke?”. Sampuk GWM.

“Sori la Bro ... gua datang pun nak bukan cerita. Sahabat sahabat aku ni yang nak bercerita. Aku ni teman setia mamat dua ekor ni. Tak ada aku, dua ekor ni tak ada la transport nak balik rumah”.

Apa nak di kata! UMNO dan bloggers pro kerajaan sudah kena main dari awal lagi. Kesemua plot cerita sudah di atur dengan cukup baik. Sebenarnya, bloggers lah yang paling penat membuat kerja 24 jam memainkan isu pasir di Selangor.

Walhal, Anwar, Azmin dan Khalid telah menggunakan sepenuhnya para bloggers pro kerajaan sebagai buah catur. Segala percaturan politik sudah direncanakan sejak awal lagi.

Tidak mengapa. Sekurang kurangnya para bloggers pro kerajaan telah mendedahkan isu yang benar walaupun ianya adalah mainan politik tiga ekor petualang Melayu!.

Gambar Ihsan:
GAP
The Star

MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

  1. rileks bro..insyaallah kita boleh menang..anuar tu bukan hebatpun..hati manusia kita tak boleh duga..kalau anuar pusing macam manapun, kalau dah orang tak suka, dia tak menang juga..

    dan sekarang umno kena tumpukan pada orang melayu..sebab orang melayu dah benci dengan pkr selangor..jangan diharap pada cina sebab sekarang duit banyak masuk poket mereka.

    Kalau anuar rasa tipu daya dia hebat, tipu daya Allah lagi hebat. Insyaallah semua permainan dia akan balik semula pada dia.

    ReplyDelete
  2. takpe la bro ...

    apa yang lu orang buat ni dah kira jihad. sama mcm bloggers lain mcm gap, unspinners, etc.

    gau setuju dengan yb raz. at least lu bloggers semua dah tunaikan tanggungjawab dgn sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  3. wow... semakin kompleks nampaknya. Mmg nampak Azmin nak jadi hero melayu, sebab dalam beberapa acara pkr, dia ada sebut perkara tentang melayu terpinggir...

    apapun, PKR atau Fuckatan bukanlah alternatif!!!

    ReplyDelete