Monday, September 16, 2013
Najib Tun Razak ... "ABU MAYAT CHIN PENG TIDAK LAYAK DISEMADIKAN DI BUMI BERTUAH INI"
KOTA KINABALU 16 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia pagi ini di Bangkok, Thailand.
Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu.
sumber : UTUSAN MALAYSIA
Kita ucapkan terima kasih di atas ketegasan Perdana Menteri yang tidak akan berkompromi dan bersikap apologetik dengan permintaan dan hasrat keluarga mendiang PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG.
Ini bukan soal RASIS, ini adalah soal yang melibatkan MARUAH NEGARA dan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sebenarnya.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG bukanlah seorang warganegara Malaysia kerana mendiang tidak pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan hak kerakyatannya di negara ini.
Dan semasa hayatnya, beliau tidak pernah mendapatkan kerakyatan MALAYSIA ketika menyertai PARTI KOMUNIS MALAYA. Dan sehingga kini, tidak ada sebarang maklumat untuk mensahihkan beliau juga telah mendapat kerakyatan THailand.
Tidak timbul soal mendiang PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG mahu abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Setiawan, Perak. Ketegasan Perdana Menteri juga banyak bersangkut paut dengan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
MARUAH NEGARA
Kerajaan juga tidak pernah melupakan HAKIKAT bahawasanya sudah TIGA KALI kerajaan perlu melakukan rundingan dengan Parti Komunis Malaya (PKM); ... Rundingan Baling pada 1955, rundingan kedua selepas kemerdekaan dan rundingan ketiga (Perjanjian Damai) di Hatyai pada Mac 1989.
Dalam pusingan ketiga rundingan tersebut, PARTI KOMUNIS MALAYA dibawah kepimpinan PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baru iaitu Parti Buruh Sosialis Malaysia (SLPM) berlandaskan ideologi MARXIST.
Dalam rundingan itu juga PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG tidak mahu membubarkan parti yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat negara ini sebelum Kemerdekaan.
Jika sebelum 1989, tumpuan komunis hampir semuanya di hutan. NAMUN HAKIKATNYA KINI, apabila operasi ketenteraan berakhir, isu itu berpindah ke bandar-bandar.
Kerajaan juga sedar bahawasanya Mahkamah Persekutuan SUDAH MEMUTUSKAN mengenai kes PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG dan ia tidak perlu dikhuatiri sebagai sesuatu yang 'sub-judice' lagi.
Tidak timbul soal penyesalan paling besar mendiang PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG jika mayat abunya tidak disemadikan di negara ini. Tidak timbul soal RASIS sekalipun.
Ini soal melibatkan MARUAH NEGARA dan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Terima kasih PM di atas ketegasan anda ...
aku sokong kenyataan DSN tu 100%. Malangnya ada yang tak sedaq diri macam geng-geng sesat PR tu yang sanjung sangat bapak kominis ni. Depa tu semua otak dah dikepala juboqkan.....bodoh punya olang...kharrk ptiuihhhh...
ReplyDeleteSokong kenyataan PM 100%... sepatutnya semua pemuja bapak komunis itu pun berambus keluar dari bumi Malaysia ini...
ReplyDeleteEsok cuti di Selangor, Penang & Kelantan kerana kematian idola mereka, Chin Peng
ReplyDeleteUpacara pasang lilin akan diadakan selama 44 malam berturut-turut dan akan diketuai oleh PAS
Memang kita sokong agar abu CP tu tidak masuk Malaysia. Syabas PM kerana tegas !!!
ReplyDeleteTapi kenyataannya, ade lebih 1 juta PATI dalam negara. Orang hidup pun boleh lolos !!!
Pengganas Suluk pun boleh lolos sempadan Malaysia !!!
Adakah abu tak boleh lolos ?
betul...
ReplyDeletesaya sokong chin peng dan abu nya tak masok ke sitiawan, perak...
tapi hasil usaha barua mcm mahthir , bodowi n nejib rosama, berjuta 2 pendatang asing hidup senang lenang kt msia.....
setiap bulan berbillion2 duit transfer ke negara asing.. dan rakyat di ajar malas bekerja dan hidup mengemis dengan BR1M dengan pendidikan tiada kualiti....
Bangkrap la mcm ni kalau berterusan
kampuag halaman chin peng di cina buakan di setiawan.kau org semua buta sejarah ke...dia jadi komunis sebab jepun nak potong kepala.masa tu chin peng warganegara cina.
ReplyDelete