Tuesday, September 17, 2013

Masa depan UMNO ... BERANI ATAU TIDAK AHLI UMNO SANGGAH KENYATAAN INI


SAYA berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.


Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri.

Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.


Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah.

UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.


Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanah air tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

Ramai yang membongkok di sekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.


Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambil kira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

Malangnya, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.


Kata pepatah Inggeris "Money is the root of all evil" (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah Pilihan Raya Umum Ke-13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.


Justeru kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

sumber : UTUSAN ONLINE



Rasanya sudah puluhan dan ratusan kali teguran Tun Dr Mahathir terhadap ahli UMNO untuk berubah secara total ... namun ramai ahli UMNO yang buat DUNNO.
Barangkali juga sudah puluhan dan ratusan artikel 'teguran berbudi bahasa' yang telah dikeluarkan oleh blogger-blogger pro UMNO ... namun ramai ahli UMNO yang buat DUNNO.
Teguran demi teguran demi teguran demi teguran berpuluh ratus teguran... namun ramai ahli UMNO yang buat DUNNO.
Barangkali ramai ahli UMNO yang buat DUNNO menganggap teguran dari mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden parti sebagai bahan lawak jenaka menjelang pemilihan dan Perhimpunan agung UMNO kelak.
Begitu juga dengan peringatan berulangkali dari blogger-blogger pro UMNO ... "Alah, buat DUNNO jelah. Blogger ... Apa Class"? 
Terpulanglah kepada ahli UMNO untuk berubah secara total. Jangan kata TIADA TEGURAN yang telah diberikan selama ini ...



11 comments:

  1. PEMUDA UMNO YANG BERDIRI ATAS USAHA YG MURNI DAN NIAT YANG IKHLAS!!!BKN PEMUDA YG MASUK UMNO NK CARI KUASA UNTUK TUNJUK KAYA RAYA,NAK CARI PROJEK DAN NETWORKING,SEMUA PROJEK NAK SAPU, MINUM KOPI DI HOTEL2,GELAK KUAT2 SBB INGAT BAGUS,PAKAI KERETA BESAR MASUK KAMPUNG,ADA ESCORT 4WHELL WARNA HITAM BERBIJI2,BERFIKIRAN LIBERAL,SIBUK BUAT BISNES TUK KWN2 DAN DIRI SENDIRI,LANGGAR ORG TAK BAGI SALAM,BERGAYA MCM UMNO NI BAPAK DIA PUNYA,BILA PEMBANGKANG BUKA ISU SEMUA YG KONON ADA TELOR NI SEMUA BISU..NI LAH CONTOH CIRI2 PEMUDA YANG DOK ADA DLM UMNO

    IPOHMARLEY

    ReplyDelete
  2. UMNO oh UMNO. Generasi muda tidak berminat dgn UMNO? Betul ke? Kekadang kita sbg anak juga tidak dapat menerima cara pemikiran ibubapa kita, inikan pula sebiah parti yg besar. Yg semakin kecil. Kecil dari segi apa? PENYOKONG!!!

    ReplyDelete
  3. UMNO oh UMNO. Generasi muda tidak berminat dgn UMNO? Betul ke? Kekadang kita sbg anak juga tidak dapat menerima cara pemikiran ibubapa kita, inikan pula sebiah parti yg besar. Yg semakin kecil. Kecil dari segi apa? PENYOKONG!!!

    ReplyDelete
  4. UMNO oh UMNO. Generasi muda tidak berminat dgn UMNO? Betul ke? Kekadang kita sbg anak juga tidak dapat menerima cara pemikiran ibubapa kita, inikan pula sebiah parti yg besar. Yg semakin kecil. Kecil dari segi apa? PENYOKONG!!!

    ReplyDelete
  5. Memang betul saranan Tun Mahadhtir sebab berasaskan kepada pemikiran yg panjang.Bentuk2 kekangan yg membantutkan usaha dan hala tuju masa depan negara.Walaupun ada gagasan yg besar utk negara bangsa di masa hadapan,faktor cuak terhadap kepimpinanpun menjadi penghalang juga, kerana amal2 yg tidak sihat utk membentuk sebuah pasukan.Ini akan mempengaruhi keyakinan rakyat yg boleh terjerumus kancah politik di PRU 14.Ini bukan perkara main2 dan suka2 kerana memiliki asas kepimpinan yg kukuh dan baik,adalah selari dgn pembinaan tamadun bangsa di korea dan jepun.

    ReplyDelete
  6. umno dah maut lama dahhh....

    mampus cepatx lagi bagus

    ReplyDelete
  7. Perlu ada pasukan yg berjiwa besar,muda,petrotik dan berpandangan jauh dlm mengharungi masa depan negara.Umno bukanlah satu parti yg di gunakan utk memenuhi kepentingan diri dan kuasa politik berpanjangan, tetapi ia sepatutnya lebih menjurus kepada kepentingan bersama umat melayu islam utk menongkah arus di masa hadapan yg jitu dan mengecapi kesejahteraan dan keamanan bersama rakyat malaysia.Sejarah politik dunia telah membuktikan keamanan yg berpanjangan oleh negara2 maju blok barat dan timur dgn gaya politik yg sihat dan berfikiran jauh serta merendah diri, yg lebih mengutamakan kepentingan rakyat.Walau krisis ekonomi melanda di negara eropah di sebabkan masaalah teknikal, namum mereka menghadapi dgn tabah dan berani.

    ReplyDelete
  8. Dalam menempuh ketidaktentuan ekonomi dunia semasa,maka kita boleh mempraktikan 2 sistem ekonomi berteraskan subsidi iaitu kapitalis dan islamic.BR1M bermaksud ketidakadilan dlm sosial ekonomi.Subsidi petrol patut di terus sehingga menemui langkah2 drastik utk menjana pendapatan dlm aktiviti2 ekonomi bagi mengurang atau menghapuskan subsidi.Saya amat tertarik dgn skim subsidi utk 2/3 rakyat india miskin seperti beras,minyak masak dan gaslen yg melibatkan kos subsidi terbesar di dunia .Ianya amat baik dan tidak sesuai dlm sektor ekonomi kapitalis sehingga menyebabkan terbantutnya aktiviti2 ekonomi swasta. Malah ianya, agak sinonim dgn ekonomi islamic yg berteraskan hasil pendapatan zakat utk bantuan bulanan seperti subsidi makanan utk golongan asnaf, bagi mewujudkan keadilan sosial, ekonomi tempatan dan memberi tekanan pada harga barang makanan tempatan.Ianya berlndaskan kepada pengeluaran dan permintaan barang makanan keluaran hasil tani dan industri makanan tempatan.

    ReplyDelete
  9. Mintak tolong kerajaan utk bina rumah teras murah(green house).Pailing utk rumah 2 tingkat tetapi rumah teras setingkat.Tanpa atap tapi konkrit rata.Kontrak utk agriculutre dgn teknologi terkini selama 10 tahun,termasuk kontrak menaik taraf rumah ke 2 tingkat di atas rumah tersebut.Bayangkan,berapa jumlah tan hasil tani dapat di keluarkan setiap setahun sekiranya pembinaan rumah mencapai 500,000 unit.Pemasaran sangat senang berhampiran kawasan majoriti penempatan.Risiko tetap ada,ttpi boleh difikirkan dgn syarat dan perundangan.

    ReplyDelete
  10. Saudara Blogger

    Mohon anda siarkan posting ini yang sebelumnya telah saya kirim ke Blog Ridhuan Tee sebagai respon kepada artikel beliau bertajuk Mengubat Hati Melayu. Saya mahu supaya semua melayu yang terlalu ghairah dengan Tahalus Siasi PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP. Berbanyak terima kasih dari saya jika anda sudi menyiarkan.

    TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which ? (Yang mana satu ?)

    (Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee

    Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........

    Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.

    Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...

    " Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "

    Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :

    MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.

    Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.

    Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.

    Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.

    Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).

    Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.

    Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

    Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

    Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

    Ana Muslimah

    ReplyDelete
  11. Kepada Tun M dan orang UMNO. Ramai orang muda yang bergerak aktif dalam UMNO. Betul mereka muda. Tapi semangat perjuangan mereka tak sama seperti zaman Tun atau sebelum merdeka. Dulu orang muda aktif berjuang untuk merdekakan Negara dari penjajahan bangsa asing. Tapi anak-anak muda sekarang aktif UMNO berjuang jugak, tapi berjuang untuk mendapat kekayaan....semakin tinggi dan hebat jawatan, semakin banyak dan cepat mendapat kekayaan, mengejar rumah besar, keta besar, enjoy clubbing, enjoy holiday, cerut club, dela biznes sana sini....Di mana ajer ada pemimpin besar pergi, dia yang akan sibuk tunjuk muka. Mereka lebih sibuk melobi dari berkerja untuk parti dan rakyat, dan ahli UMNO. Kalau lah tak ubah, memang akan terkubur lah UMNO. Tapi Tun, mereka yang mengejar kekayaan atau yang dah kaya, mereka tak kisah UMNO nak mati ke atau tidak kerana boleh cabut ke tempat lain, atau dia orang akan lonjat join parti lain. Maaf, ini realiti pemimpin UMNO...kebanyakkan nya dan memang ramai. Yang ikhlas? sikit sahaja.

    ReplyDelete