Monday, September 23, 2013

146,500 Perwakilan 'KINGMAKER' UNTUK UBAH UMNO


Memang meriah suasana di pusat-pusat penyerahan borang pencalonan Pemilihan UMNO 2013 kelmarin di seluruh negara. Cukup meriah untuk melihat perebutan bagi jawatan tertinggi di peringkat pusat mahupun di peringkat bahagian.

Paling signifikan adalah pindaan Perlembagaan UMNO itu sendiri membolehkan mana-mana ahli UMNO untuk mencabar Presiden mahupun Timbalan Presiden, walaupun Najib dan Muhyiddin telah diberi laluan untuk kekal jawatan masing-masing sehingga tahun 2016.

Jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Ketua Puteri menyaksikan pertandingan terbuka diantara beberapa penjuru. Semakin terbuka ruang lingkup demokrasi dalam UMNO.

Satu perkara yang cukup menarik adalah kuasa dari 21,078 cawangan untuk menentukan barisan pemimpin tertinggi parti. Kita bercakap mengenai kuasa 146,500 perwakilan akar umbi.

Lebih tepat lagi 146,500 KINGMAKER UMNO ...

Telinga ni dah bingit mendengar cakap-cakap mengenai proses peremajaan UMNO, meremajakan UMNO, meng'awetmuda'kan UMNO dan bermacam-macam lagi proses yang perlu diperlakukan. Persoalannya ... sudah bersediakah 146,500 KINGMAKER UMNO untuk MENGUBAH UMNO buat selama-lamanya.

Kita tidak mahu bercakap mengenai sejarah penubuhan UMNO, UMNO banyak berjasa kepada orang Melayu, UMNO telah menjadi KAPAL INDUK ‘armada’ PERJUANGAN MELAYU dan sebagainya jika sekiranya 146,500 KINGMAKER UMNO gagal melakukan perubahan yang dituntut oleh orang Melayu.

Banyak sebenarnya perubahan yang dituntut orang Melayu yang mahukan UMNO benar-benar menjadi milik orang Melayu. 146,500 KINGMAKER UMNO ini perlu melihat pemilihan kali ini bukan sekadar pemilihan 'ala kadar' barisan pemimpin tertinggi parti. Ruang lingkup pemilihan kali ini sebenarnya akan melibatkan pemerhatian serius dan kritikal kumpulan PROFESIONAL MUDA dan ATAS PAGAR mengenai UMNO.

UMNO BUKAN PARTI MILIK WARISAN / DINASTI

UMNO tidak perlu menjadi tempat pemimpin PUSAKA TURUN-TEMURUN

Ini soal kemampuan barisan pemimpin tertinggi UMNO untuk menarik kembali dan memberi ruang kepada penyertaan kumpulan PROFESIONAL MUDA dan ATAS PAGAR yang disifatkan sebagai "PENENTU KUASA POLITIK UMNO".

UMNO seringkali dimomokkan dengan imej Parti Anak Beranak, Parti Bangsawan mahupun Parti Warisan oleh pembangkang. Kita tidak payah bercakap mengenai parti pembangkang kerana puak-puak ini sememangnya mengamalkan DINASTI PARTI ANAK BERANAK.

Suka atau tidak, UMNO amat memerlukan kumpulan PROFESIONAL MUDA berusia dalam 45 tahun ke atas dan ATAS PAGAR bagi menggantikan muka-muka lama yang sudah sepatutnya mengundurkan diri dari kerusi empuk. Kerusi pun sudah tidak mahu puak-puak ini lagi.

Hakikatnya ...

Majoriti kumpulan PROFESIONAL MUDA dan ATAS PAGAR masih melihat UMNO sebagai 'Parti Pusaka' dan 'Parti Warisan'. Ini bukan omongan, ini adalah hasil kajian oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam [ Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara - UiTM ) dan Dr Ma'rof Redzuan [ Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia ].

Kepimpinan tertinggi UMNO tidak seharusnya terus menjadi tapak PUSAKA TURUN-TEMURUN. Kita tidak menafikan jasa bakti pemimpin PUSAKA TURUN-TEMURUN ini terhadap UMNO. Namun situasi ini tidak akan membawa KEUNTUNGAN JANGKA PANJANG kepada UMNO. Macamlah sudah tidak ada pemimpin lain yang boleh mengangkat martabat UMNO dimata orang Melayu.

UMNO tidak perlu dilihat lagi sebagai tempat melahirkan pemimpin PUSAKA TURUN-TEMURUN. UMNO bukan parti PUSAKA TURUN-TEMURUN. UMNO adalah parti milik orang Melayu. Biarlah pembangkang mencipta DINASTI PARTI ANAK-BERANAK. Biarkan perkataan NEPOTISMA ini sinonim dengan pembangkang, namun tidak kepada UMNO.

146,500 KINGMAKER UMNO ini perlu melihat sokongan dari kumpulan PROFESIONAL MUDA dan ATAS PAGAR sebagai penentu kuasa kerajaan pada masa akan datang. Barisan kepimpinan tertinggi yang terpilih ini akan memberi 'refleks' kepada pemerhatian dan pandangan golongan di atas ini.



No comments:

Post a Comment