sumber : TUKAR TIUB
Malam ini Hishamuddin Rais menjanjikan sekali lagi satu perhimpunan haram besar-besaran di Dataran Merdeka. BAPOK TUA ini akan mengajar anak-anak muda untuk menyerap roh dan semangat komunisme, sosialisme yang menolak agama.
Malam yang sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat betapa perit dan jerih dalam menuntut kemerdekaan akan DILACURKAN sekali lagi dengan desakan menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera puak-puak berhaluan kiri termasuklah Parti Komunis Malaysia sebelum Merdeka satu ketika dahulu.
Malam yang seharusnya diingati dengan menyambut semangat kemerdekaan bakal bertukar menjadi medan untuk membangkitkan semangat sosialis dan komunis di dalam jiwa generasi muda.
Percayalah ...
Gerombolan-gerombolan anak didik penganut fahaman sosialis dan komunis ini pasti akan melakukan onar dan pesta khianat pada lewat malam ini.
Apakah rakyat akan sekali lagi disajikan dengan perbuatan liar dan biadab anak-anak muda mengoyak dan memijak gambar Perdana Menteri?
Malam ini juga bakal menyaksikan anak-anak muda dibangkitkan dengan semangat anti nasionalisme. Inilah yang cuba diterapkan kembali oleh BAPOK TUA.
Perlukah rakyat Malaysia masih lagi mahu berdiam diri dengan anasir subversif yang cuba ditanam ke dalam jiwa anak-anak muda ini.
Rakyat tidak perlu lagi dipertontonkan dengan adegan BAPOK TUA yang MELACURKAN anak-anak muda, demi mencari publisiti murahan yang menjijikkan.
PDRM, sila ambil serius perkara ini ...
