"Kalau pemimpin bersin pun ahli UMNO akan tepuk tangan."
"Mereka akan sokong tanpa bersoal jawab lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosakkan parti."
"Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi, apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam UMNO."
"Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya, dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli ke dalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa barulah diluluskan, begitu seterusnya cikgu pula enggan orang yang lebih berpendidikan darinya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan."
"Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan."
"Dulu waktu saya jadi Presiden, MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan, malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa."
"Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkannya, malah keadaan bertambah buruk."
"Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang."
"Lihat sahaja isu EC yang diserah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat, begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan."
"DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi."
"1 Malaysia tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagainya."
"Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang di dengar oleh pemimpin."
"Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu. Ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam."
"Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya."
"Saya didatangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib, malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib dilanggar."
"Banyak pihak yang berjumpa dengan saya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang cina. Malah mereka ini sangat dilayan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya."
"Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan."
"Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti dikata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja."
"Apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu."
"Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada."
"Adakah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu? Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga, tapi malangnya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu."
"Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib."
"BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya."
"Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi. Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina."
"Saya akan terus bersuara untuk Bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, ya saya akan kata saya rasis."
sumber : PANEH MIANG
Harapan kita agar Datuk Seri Najib menjadi lebih berani. Berani melakukan TRANSFORMASI dalam erti kata yang sebenar. Berdirinya beliau hari ini dengan jawatan Perdana Menteri adalah kerana UNDI MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA.
Tanpa undi dari MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA, UMNO dan BN sudah pastinya TERSUNGKUR sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau harus SEDAR puak CINA KIASU telah menolak bulat-bulat kerajaan dibawah kepimpinan MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA.
Tidak perlu lagi terhegeh hegeh untuk mendapatkan undi daripada puak CINA KIASU. UMNO dan BN harus sedar dan berpijak di bumi yang nyata.
DAP telah berjaya menghasilkan TSUNAMI CINA dengan menanamkan sifat anti ISLAM dan MELAYU. TSUNAMI CINA ini tidak akan padam dan luntur selagi MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA tidak akan tunduk sujud kepada mereka.
Terpulanglah sama ada mahu menganggap luahan kata Tun Dr Mahathir sebagai TEGURAN atau AMARAN KERAS agar Datuk Seri dan UMNO berubah secara total ...
Saya setuju dengan keadaan hari ini kata2 Tun itu memang benar, saya rakyat biasa nak jumpa Datuk Seri Najib nak cadang satu agenda perkukuhkan hartanah bumiputera dan peniaga bumiputera di Pulau Pinang demi survival orang Melayu, sedangkan saya serah nota tulisan tangan sendiri kepada Datuk Seri Najib minta temujanji 5 minit saja untuk jumpa PM dah lima bulan masih tak boleh jumpa, tapi berbeza bila saya nak jumpa Tun Mahathir temujanji 5 hari dah dapat jumpa dengan pertemuan lebih 32 minit
ReplyDeleteSememangnya ada kebenaran akan kata kata Tun itu. Namun Tun juga seharus nya bertanggungjawap kerana Tun yang menyinkir Anuar dari UMNO. UMNO lemah bilamana Anuar disingkirkan. Tun jangan hanya nak salahkan Pak Lah semata mata. Tun harus ingat yang Anuar masih dalam politik kerana dendamnya pada diri Tun.
ReplyDeleteKerana ksihnya pd survival politik org Melayu maka setiap lontaran katanya merupakan sebuah keramat walau pahit utk di telan.. 22 thun memerintah, segala onak dan duri di rasa dan amt bertepatan skali tegurannya itu disaat kelemahan dan ketamakkan kuasa org Melayu yg melanda hari ini. Pemimpin yg ada hari ini msti melihat tegurannya itu sekirannya sygkan bangsa Melayu. Beliau prnah di jemuh dgn brbagai gelaran! Bkn kerana apa, tapi takutkan ketegasannya di pihak lawan. Beliau juga prnah digelar "Ditaktor" olih puak2 yg gerunkannya.. Tapi prlu diingat kerana ketegasannya itulah yg mmbawa Malaysia cemerlang di zamannya dan di segani olih pihak lawan..terimalah tegurannya dgn brlapang dada kerana hanya Jauhari saja yg kenal Manikam...
ReplyDeleteSaya cadangkan supaya Dato Seri Najib berundur diri dari menjadi Perdana Menteri. Saya lebih sanggup melihat Perdana Menteri ditukar dari menunggu kejatuhan kerajaan BN/UMNO
ReplyDeleteMasa Tun M hathir Mana ada satu menteri berani bcakap meberi kritikan nasihat terbuka seperti nie pendek rezki la jawabnya .Semua menteri "katak bawah tempurung + macam lembu cucuk hidung" dizaman nya lawan tokeh pendek rezeki mereka silap2 masuk kandang besi Dato Seri Najib terlalu mempercayai kumpulan orang2 tertentu selalunya orang2 kepercayaan ini juga lah mengaut keuntungan berjuta masuk poket/kantungnya dan kumpulan2 terpilih sahaja (orang laen apa pun tak bleh) dbelakang hari timbul macam2 hal pecah amanah dan sebagainya menikam belakang Dato Najib itu sendiri. Minta ampun dan minta maaf PM dan Tun Mahthir yee.. Mudah2an Malaysia mampu kekalkan warisan melayu. "selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"
ReplyDeleteasalam...
ReplyDeletemohon share..
terimakasih
SALAM zm.azami ...
ReplyDeleteAMBIKLAH, SHARELAH MANA-MANA YANG PATUT ...
mahathir jgn belagak. jgn nak salahkan pak lah. sbnrnya dr zaman dia lg umno dah mula teruk, setelah berkembangnya produk DEB yg menyuburkan politik wang.
ReplyDeleteAnon 12.36 &1.03,
ReplyDelete-TDM dah tegaskan bahawa pemecatan Anwar bukanlah satu kesilapan.
-Jangan nafikan bahawa kejayaan Melayu pada hari ini adalah kerana DEB.
-DEB menyuburkan politik wang? Siapa yang memulakan?
Dear everyone,
ReplyDeleteCareful of YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) because this man is cheating and disturbing of many people’s wives, and also cheating of Buddhist Temple (SAMNAK SAMBODHI)’s money.
Recently, many people know in what he”yip” did, please stay far from him. He is lawyer, Datuk, MCA Chairman and etc. or everyone can research at Website “YIP KUM FOOK”
Loh Guan Lye
Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
assalamualaikum...apa yg diluahkan oleh tun M seharusnya kita ambil kira...cakap mahluk ALLAH yg bernama tun M ni bukan cakap tong kosong walau ada cacat celanya dia ..tentulah sekali kerana beliau juga manusia...beliau juga yg membawa negara kita naik 3ke 4 tangga keatas...APA YG DIPERKATAKAN ITU LEBIH BAIK KITA FIKIRKAN MENGENAI ISINYA TANPA MENGIRA SIAPA YG MEMPERKATAKANNYA..FIKIRKAN ISINYA DGN JIWA YG RASIONAL MENGENAI KEBENARAN FAKTANYA......pada pendapat peribadi saya kita ni belum layak untuk memperlekehkan beliau...... bayangkan apakah sumbangan kita untuk memakmurkan org2 di sekeliling kita berbanding dgn beliau....pada saya apa yg diperkatakannya banyak kebenaran yg baru saya sedar selepas membacanya...selama inipun memang terasa macam ada yg tak kene tapi dimana tak kenenya saya tak nampak...bila baca apa yg di perkatakan tun M barulah terungkai sedikit kekusutan itu...walaupun begitu bukan itu bermakna kita kena menolak pemerentahan DSN beliau tetap pemimpin kita yg dihormati...cuma diharap DSN juga meluangkan sedikit masa untuk mencari kebenaran kata2nya sebagai org yg pernah memimpin negara kita yg tercinta ini......wassalam
ReplyDeleteBegini lah orang UMNO sekarang dan begitulah pandangan majoriti pengundi melayu yang menyokong DS Najib.Secara peribadi pandangan dan teguran Tun Dr. Mahathir Mohamad itu benar dan telus dan berani.Apa nak jadi dengan Dato Najib? Harapkan pagar, pagar makan padi....DSN kena peka ..dengan keluhan akar umbi..jangan nanti PRU yang akan datang UMNO tinggal nama di Pusara saja..Masa baru naik PM kita harap DSN dapat membawa bangsa Melayu dan UMNO ke satu tahap yang lebih dinamik..sekarang baik sikit saje dari Pak Lah...Kami nak ingatkan DSN bagilah muka sangat dengan Kiasu-kiasu yang melampau...kerana merekalah yang telah mengundi Najib dan menyokongnya sehingga menjadi PM..bukan ahli-ahli UMNO yang haprak macam kami.. saya harap Najib terbaca keluhan ini...nak tweetdengannya setakat buang masa ...patut ditukar kot...renung-renungkan.....
ReplyDeleteLebih rela bagi anuar jadi perdana menteri.kalaupun pentadbiran beliau lebih kurang sama kelak,biar la, drpd DS Najib yg dh puas boroskan duit kerajaan, apa lagi menjelang pilihan raya. Janji pun tak ditepati dh.sejak tu dh xda feel dah nk indi BN.
ReplyDeleteAskm n salam semua Malaysia bukan (1Malaysia)...Mengapa saya berkata demikian!? Kerana slogan Si Najib ini tidak bole digunapakai!
ReplyDeleteSaya dari SABAH... Mungkin ada yg tidak sependapat saya... Tapi kita perlu sependapat ini "Najib tolong undur diri dari tampuk pemerintahan negara"
Tidak pernah ada dalam lipatan sejarah negara Malaysia ini menjadi seteruk ini.
Tolong lah Najib....
Tolong lah untuk negara ini.. Bukan untul kepentingan diri kamu sendiri!
Wslm.