Wednesday, July 17, 2013

Duta Vatican City Biskop Joseph Marino mohon maaf atas sokongan terhadap pendirian Gereja Katolik Malaysia dalam isu penggunaan Kalimah Allah ... MANA DIA KENYATAAN DAN SURAT RASMI DARI VATICAN CITY ?




July 16, 2013 - The first Vatican envoy to Malaysia apologized Tuesday for the "misunderstanding" that sparked calls from Muslim groups for his ouster following his remarks supporting the use of the word "Allah" by non-Muslims.

The apology came after the Apostolic Nuncio, Archbishop Joseph Marino, was summoned by Malaysian Foreign Minister Anifah Aman on Tuesday.

According to a statement from Anifah, Marino was "advised to be mindful of the religious sensitivities of the host country" and "asked to observe the basic principles in diplomatic practices and non-interference with the domestic affairs of the host country."

sumber : GLOBAL POST

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino hari ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari, kata Anifah dalam kenyataan di sini.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'Allah' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Sokongan terbuka Marino itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Pada pertemuan itu, Anifah menjelaskan kepada duta berkenaan bahawa kenyataannya telah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan bantahan keras daripada orang ramai.

"Biskop Marino dinasihati supaya peka dengan sensitiviti agama di negara tuan rumah dan isu yang diulasnya itu masih pada peringkat Mahkamah Rayuan.

"Dalam hal ini Biskop Marino diminta berpegang kepada prinsip asas amalan diplomatik dan tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara tuan rumah," katanya.

sumber : BERNAMA



Apa sebenarnya yang tidak kena dengan petikan artikel di atas ? Dimanakah kekurangan atau cacat cela dengan permohonan maaf oleh Biskop Joseph Marino ? ...

Cuba fahami, baca dan hayati petikan artikel dibawah ini ...

Bandingkan perbezaan permohonan maaf oleh Biskop Joseph Marino dengan pernohonan maaf oleh Pope Benedict XVI ...


The apology is the second for the pope in two days after a statement was released yesterday through the Vatican in which the pope reiterated his respect for Islam and said he was sorry his speech had been interpreted in a way he hadn't intended.

Permohonan maaf itu adalah yang kedua oleh Pope dalam tempoh dua hari selepas satu kenyataan dikeluarkan hari ini melalui Vatican di mana Pope mengulangi rasa hormat terhadap Islam dan berkata beliau maaf ucapannya telah ditafsirkan dan beliau tidak bertujuan untuk menghina.

sumber : BLOOMBERG



Jika Pope Benedict XVI memohon maaf atas keterlanjuran beliau menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan rasmi dari Vatican City, mana dia kenyataan rasmi permohonan maaf oleh Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino ?


Rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam di negara ini mahu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memastikan satu kenyataan rasmi permohonan maaf oleh Biskop Joseph Marino keluar dari Vatican City.

Umat Islam di negara ini tidak boleh menerima 'cakap-cakap' tidak rasmi diantara beliau dan Biskop Joseph Marino ... Itu 'cakap-cakap kedai kopi, borak kosong. 

Mana dia permohonan maaf secara rasmi dari Vatican City ...




1 comments:

Anonymous said...

Kami tak akan percaya selagi Wisma Putra tidak mengeluarkan dan menunjukkan surat permohonan maaf dari kapir harbi ni atau pengakuan maaf dari mulut si kapir ini. Setakat kenyataan akhbar kami tak percaya.

Wisma Putra ada berani? Jangan harapkan duit elaun luar negeri jer banyak...tapi nak jaga agama tak reti langsung!