Seharusnya pemimpin yang dilantik sebagai Menteri perlu menonjolkan kematangan dan kepantasan berfikir, bukannya bersandarkan kepantasan lidah untuk mengeluarkan kenyataan yang mampu 'backfire' Perdana Menteri.
Mengkritik bukan bermaksud membenci dan memperbodohkan. Kritikan dan sindiran blogger pro-kerajaan juga bukan bermaksud untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti seorang Menteri. Namun kritikan yang dilemparkan perlu dilihat secra positif dan berlapang dada.
KIta sebenarnya tidak mahu Perdana Menteri pening lalat dengan gelagat beberapa Menteri dalam kabinet beliau yang kurang arif dan tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Seharusnya pemimpin yang dilantik sebagai Menteri bagi kementerian berkaitan perlu menonjolkan kematangan dan kepantasan berfikir, bukannya bersandarkan kepantasan lidah untuk mengeluarkan kenyataan yang mampu 'backfire'.
Tolonglah jaga kredibiliti dan air muka 'boss' yang melantik anda sebgai Menteri Kabinet ...
KUALA BESUT – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai ‘menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
“Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
sumber : HARIAN METRO
Soalan mudah untuk Menteri berkaitan ...
Sudahkah menganalisa secara terperinci harga ikan dan daging di pasaran jika benar mahu mengajak orang ramai menggunakan kuasa membeli untuk 'menukar selera' daripada membeli ayam akibat kenaikan harga yang melampau ?
Daging segar tempatan sebelum ini dijual RM16 sekilogram (kg), bagaimanapun meningkat RM6 kepada RM22kg sejak beberapa hari sebelum Ramadan. Tinjauan mendapati peniaga menaikkan harga daging lembu kepada RM22 berikutan permintaan tinggi, malah penjaja daging di tepi jalan juga tumbuh bagai cendawan.
sumber : BERITA HARIAN
Kita andaikan harga daging yang naik secara mendadak pada Julai 2012 tidak berubah sepanjang tahun ini ...
Jika harga daging lembu adalah RM22.00 satu kilogram, wajarkah Menteri berkaitan mengajak orang ramai untuk terus tidak membeli ayam yang berharga RM10.00 satu kilogram ? Dimana letaknya rasional kenyataan yang dikeluarkan ?
Begitu juga dengan saranan Menteri berkaitan untuk 'menukar selera' agar orang ramai dan pengguna membeli ikan sebagai alternatif kepada ayam.
Barangkali Menteri berkaitan boleh 'recommendation' spesis ikan yang mana satu perlu dijadikan alternatif terbaik. Atau Menteri berkaitan boleh menyarankan kepada kerajaan agar diberikan subsidi untuk mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera ?
Bagaimana jika sekiranya harga beras naik mendadak selepas ini ... orang ramai tidak perlu makan nasi ?
Harga gula naik ... orang ramai tidak lagi perlu menikmati teh tarik, kopi ?
Harga petrol naik, orang ramai tidak perlu menggunakan kereta ?
Harga kain naik, orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakai baju ?
Jika begini cara penyelesaian, darah rakyat akan naik juga dengan mendadak sepertimana dengan kenaikan harga ayam RM10.00 secara mendadak. Jangan sampai rakyat mula mempertikaikan duit pembayar cukai untuk membayar gaji Menteri ...
Sebenarnya, dalam isu kenaikan harga ayam, Menteri berkaitan perlu lebih serius mengekangnya. Menteri berkaitan perlu 'hands on' dengan cara berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Jangan sampai rakyat melihat Menteri berkaitan 'buntu'.
Tak habis-habis bagi amaran demi amaran kepada pemborong dan peruncit ...
Jangan sampai rakyat mempertikaikan kementerian yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 anggota Majlis Penasihat Harga Barang yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian serta enam wakil terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri serta empat pegawai kerajaan TIDAK BUAT HOMEWORK.
Rakyat difahamkan, di dalam kementerian itu terdapat sekurang-kurangnya 10 anggota Majlis Penasihat Harga Barang yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian serta enam wakil terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri serta empat pegawai kerajaan - yang dapat menentukan sama ada peniaga melakukan pencatutan atau mengaut keuntungan secara berlebihan.
Bukankah sudah ada akta-akta berada di bawah bidang kuasa kementerian itu boleh diambil terhadap puak-puak ini ? Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 ... Mengapa tidak digunakan ?
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 ini berasal dari Akta Kawalan Harga (1946) yang dipinda bagi memasukkan langkah-langkah anti pencatutan memandangkan aduan yang diterima setiap kali menjelang musim perayaan berhubung kegiatan pencatutan oleh peniaga.
Lupakah Akta Anti Pencatutan ini pernah digunakan buat pertama kali pada 2011 apabila tiga penjual ikan di Pulau Pinang dituduh menjual dengan harga berlebihan.
Puak-puak ini diberikan notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 yang baru dilaksanakan.
Kalau ditinjau selangkah ke depan, kita akan dapati bahawa isu harga ayam hanya tercetus ketika Ramadan dan menjelang Hari Raya. Isu harga ayam tidak berlaku menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Pemborong dan peruncit tidak melalak meminta harga ayam dinaikkan menjelang Tahun Baru Cina.
Kenapa? ...
Tolonglah jaga kredibiliti dan air muka 'boss' yang melantik anda sebgai Menteri Kabinet. Tolong jangan malukan BN dan UMNO, please ...
Tuesday, July 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
ni menteri cap ayam....semoga najib cepat-cepat humban ke reban ayam
Analisis yang baik. Keep it up!
kenapa tak suruh rakyat makan sayur je....
cina raya ayam tak naik sbb depa mkn babi
Samalah dengan pihak jakim dan majlis agama yang meminta orang ramai supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum makan dimana-2 restoran yang ada logo halal, samaada logo tersebut asli atau palsu. Begitu juga dgn produk-2 makanan di pasaraya. Kalau orang kata bodoh atau gila, mereka melenting. Kenapa tak Jakim atai pihak berkuasa agama yang dibayar gaji pergi siasat setiap inci kilang atau dapur restoran... jika ada pemalsuan, maka haramkan terus mereka dari mengilang atau berniaga atau hukum penjara supaya mereka tak berani nak permainkan makanan halan orang islam.
DATUK MENTERI,,'SAYA X MAKAN IKAN DAN DAGING BOLEH MAKAN AYAM JE,,SAYA NAK TUMPANG MAKAN AYAM KT RUMAH DATUK MENTERI BOLEH,HARGA AYAM NAIK DATUK KISAH APA KAN....'
---MCMMANA BOLEH JADI MENTERI PN AKU X PAHAM LA...
He he he menteri ayam. Kalau rumah mahal ajak rakyat jangan beli rumahlah. Kalau tambang bas naik ajak rakyat jangan naik bas, kalau harga baju mahal jangan beli bajulah...... he he menteri bangang yg PM Najib lantik!
Senang btul jd menteri di bawah kepimpinan Najib nie...nasib la rakyat dh menteri mcm nie..dh boss dia pn "bapok" ank buah besaq kepala laa..Najib bapok nie mmg kena sumpahan kot aku rasa..apa2 isu suara dia dh tk kedengaran dh..elok ko berambus la laa najib..menteri ko jd mcm nie sbb ko tuh semakin bapok...ptuiii
jom ramai-ramai pegi open house raya kementerian dibawah menti ni...bila lagi nak rasa makan ketupat dengan rendang ikan....
MAKIN PELIK-PELIK JE JAWAPAN BAGI SETIAP PERMASALAHAN RAKYAT SEKARANG NI....TOLONG LA WAHAI PAK-PAK MENTERI...KAMI DULU BERMATIAN BERDEBAT DGN RAKAN2 DARI PARTI PEMBANGKANG UNTUK MENDOKONG KALIAN...SEKARANG? JANGAN KHIANATI KAMI....
relax la, korang nak marah kenapa, ni kan menteri UMNO, bersyukurlah sebab najib bijak dalam memilih menteri, bersyukurlah kita masih aman walaupon ayam naik harga
p.s ikhlas dari Macai ......
kalau harga pakain naik nanti dia cakap elak pakai pakaian aka bogel.... camni punya mentaliti pak menteri yg najib lantik pun ada kat tanah melayu ni!
Post a Comment