Sejak dari 5 Mei 2013, Anwar Ibrahim dan pembangkang MASIH GAGAL memfailkan PETISYEN dakwaan 40,000 warga BANGLADESH adalah pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.
Jika dihitung secara congak, sudah masuk hari ke-54 Anwar Ibrahim dan pembangkang masih belum memfailkan lagi petisyen yang bakal menjahanamkan Barisan Nasional. Sekaligus memudahkan Ketua BABUN Pembangkang ini menjawat taktha Perdana Menteri.
Semakin tidak sabar para penyokong BABUN untuk sujud dan mencium tanah di Putrajaya ...
Ketua BABUN Pembangkang ini juga yang mendedahkan Jabatan Perdana Menteri terlibat membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu. Secara tidak langsung beliau mempunyai BUKTI KUKUH bahawa Barisan Nasional telah mengaturkan 16 penerbangan sehari dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan PENGIRAAN kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA SETIAP HARI. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan BERMULA 25 April lalu. “Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS TERLIBAT selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia. “Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar. - KEADILANDAILY, 2 MEI 2013.
Ini baru melibatkan pengiraan 40,000 pengundi warga Bangladesh, belum lagi melibatkan warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang, yang masih belum dikira, mengikut dakwaan Ketua BABUN Pembangkang ini.
Barangkali jika dikira secara keseluruhan, angka 40,000 boleh meningkat kepada 60,000 atau mencecah sehingga ke 100,000. Mungkin juga masih belum muktamad pengiraan yang dilakukan, maka Ketua BABUN Pembangkang masih belum memfailkan petisyen tersebut yang bakal menjadikan jumlah keseluruhan petisyen kepada 30 daripada 29 yang telah difailkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga dengan penuh minat, masih menunggu dengan penuh sabar petisyen keramat ini ...
Selaku Ketua BABUN Pembangkang, Anwar Ibrahim seharusnya tidak melengah-lengahkan memfailkan petisyen teragung ini. Anwar juga tidak seharusnya membiarkan para penyokong BABUN resah gelisah dengan kelewatan yang berlaku.
Para penyokong PEMBANGKANG bersiap siaga menunggu arahan Ketua BABUN Pembangkang untuk demonstrasi dan tindakan provokasi seterusnya di hadapan Parlimen dan di jalan raya.
Para pemimpin BABUN pembangkang lain juga tidak seharusnya berpeluk tubuh dan membiarkan Anwar Ibrahim keseorangan mengumpul segala bahan bukti 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah pengundi hantu warga Thailand, Kemboja, Pakistan, Myanmar dan Indonesia seperti yang didakwa.
Tampil dan bantu Anwar untuk memudahkan dan mempercepatkan petisyen ini difailkan dengan segera. Heret Malaysia Airlines dan Air Asia untuk tampil membantu memberikan bukti. Heret juga Angkatan Tentera Malaysia yang didakwa terlibat menggunakan pesawat C130 Hercules membawa pengundi-pengundi hantu ini. Gunakan kepakaran Majlis Peguam untuk memohon arahan penghakiman jika syarikat penerbangan dan pasukan keselamatan ini tidak mahu membantu.
Jangan biarkan Ketua BABUN Pembangkang GAGAL memuktamadkan petisyen ini ...
fear of god outlet
ReplyDeletehermes outlet
kyrie 5 spongebob
yeezy
goyard bag
golden goose outlet
off white
air jordan 1
jordan travis scott
kobe