Ura-ura mahukan satu parti politik sahaja, perlu dibuat kajian yang amat teliti, mendalam dan serius. Cadangan ini telah kita ketahui telah lama disarankan oleh parti Gerakan setelah mereka kalah dalam PRU-12.
Kita sebagai orang Melayu dan parti UMNO khasnya haruslah memikirkan dari segi untung ruginya jika satu parti sahaja diwujudkan iaitu Barisan Nasional (BN).
Sudah tentu tiada lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak!
Parti-parti ini umumnya berjuang dan berpaksikan kepada satu kaum atau bangsa dan aspirasi perjuangan bangsa sejak sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Berdasarkan masyarakat majmuk di Malaysia, adakah cadangan ini baik atau menguntungkan orang Melayu dan Islam? Jika kita mahu mengambil contoh negara lain atau negara jiran terdekat seperti Thailand dan Filipina, mereka terdiri daripada kaum sama atau setidak-tidaknya mereka berfahaman dan menganut agama sama.
Di negara kita amat berbeza sekali kerana majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala kaum minoriti orang Cina dan India pula yang berfahaman dan menganut agama yang berbeza.
Keputusan PRU-13 yang lepas kita telah menyaksikan berlaku tsunami orang Cina mengundi pembangkang terutama DAP.
Parti komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Jika tanpa sokongan orang Melayu yang menjadi majoriti senyap, maka parti UMNO pun sudah lama 'bungkus'.
BN pun pasti rebah dan tumbang menyembah bumi jika tanpa bantuan orang Melayu, bumiputra Sabah/Sarawak dan segelintir orang India.
Jadi kita rasa jika sistem satu parti atau parti tunggal dipersetujui, maka yang untung bukanlah orang Melayu tetapi orang bukan Melayu atau orang Cina dan India!
Sejak PRU pertama selepas Merdeka, UMNOlah yang mempunyai calon ADUN dan Parlimen yang ramai kerana mewakili majoriti penduduk Malaysia.
Wakil UMNO yang menjadi majoriti dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti menteri-menteri kerajaan BN.
UMNO mendominasi dan menjadi tulang belakang parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang!
Jika hanya ada parti tunggal adakah perkara ini akan diteruskan?
Platfom manakah mereka mahu berkumpul dan bincang hal agenda Melayu seperti persidangan tahunan UMNO?
Adakah kita sudah menganggap agenda bumiputra sudah selesai? Cukup setakat ini sahaja kita tolong orang Melayu? Tahap ekonomi Melayu sudahkah mencapai 30 peratus?
Sudah tertubuhkah universiti berteknologi tinggi untuk anak-anak Melayu atau universiti UMNO?
Kita jangan lupa MCA dan MIC telah lama ada universiti dan institusi pengajian tinggi mereka sendiri!
Agenda mereka mungkin sudah selesai, kerana hampir keseluruhan perniagaan di negara ini telah dikuasai mereka! Apakah kita sudah mahu mentalkinkan UMNO sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh DAP?
Tanpa UMNO, adakah orang Melayu perlu pergi mengadu kepada Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain?
Atau orang Melayu akan kecewa dan beralih angin ke parti lain seperti Pas pula atau menubuhkan sebuah parti Melayu baru?
Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh pemimpin politik kita sebelum keputusan muktamad diambil. Beberapa tabung uji perlu dikaji dan diselidik dalam makmal yang akan ditubuhkan.
Patut diingat dengan adanya satu parti, maka pihak yang kalah dan minoriti akan sentiasa terselamat dan menjadi penumpang kepada parti lain lebih dominan iaitu UMNO!
Sekiranya wakil kaum ini tidak menang, tiada siapa pun boleh mempertikaikan kerana yang kalah adalah calon parti sama?
Jadi, apabila susunan Kabinet jemaah menteri dibuat, maka orang Cina dan India akan juga dilantik mengikut kouta yang dipersetujui walaupun mereka kalah teruk!
Bagaimanakah pula jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Jika telah dalam satu parti, maka orang Cina dan India juga berminat jawatan-jawatan tersebut. Apa alasan kita jika mengatakan mereka tidak layak?
Sedangkan mereka juga berada dalam parti sama? Apakah Perlembagaan Malaysia juga nanti perlu dipinda? Kita juga harus ingat adakah telah terjamin jika kita adakan parti tunggal, orang Cina akan mengundi BN nanti pada PRU-14?
Begitu juga orang Melayu, adakah mereka akan terus menyokong BN jika bukan lagi atas nama UMNO?
sumbangan : SHARIALOMAR AL-MUNSYI
Perkongsian kuasa adalah formula terbaik.ini semua cakap-cakap atau cadangan orang yang melindungi kelemahan sendiri.
ReplyDeleteParti Tunggal = UMNO selamat Tinggal
ReplyDelete-Rakyat Kelantan-
Gerakan prestasi macam hampeh...nak bagi nasihat pada orang.
ReplyDeleteSokong membawa rebah.
Jelas nak mencairkan kuasa politik UMNO dan melayu. Bodoh kalau nak ikut cadangan macam ni. Entah-entah diam-diam sekongkol dengan DAP.
kalu tau nk buat single party,time nk merdeka dulu x yah ada nye UMNO,MCA,MIC.bodo btol yg bg cadangan 1 parti.semua ada udang dsebalk mee!
ReplyDeletegerakan dan mca adalah parti yg majoritinya cina. dlm pru12 dan pru13 dua2 parti ni memberi sokongan pd dap utk hancurkan umno/melayu. kuasa politik msia masih dipegang oleh umno/bn walaupun 95% undi cina dpat kat dap dgn bantuan mca dan gerakan. so apa lagi usaha cina utk dpt kuasa politik setelah gagal dalam pru??? satu lg usaha utk menjatuhkan umno adalah dr dalam bn tu sendiri dgn cadangan bn jd parti tunggal. liciknya permainan bangsa cina. tak boleh jatuhkan umno dr luar maka cina sedang berusaha utk menjatuhkan serta menghapuskan umno dr dalam BN tu sendiri. sedarlah wahai pemimpin umno. jgn syok sendiri.
ReplyDeletePemimpin2 UMNO jangan jadi bodoh dan dicucuk hidung,ikut telunjuk Cina2 yg tak setia ni.Cukup,cukupla beralah dan bertolak ansur.Depa dah kenyang pun sekarang dgn tauke perut2 buncit! Ini masanya tolong lah org Melayu yg sentiasa sokong UMNO sebelum mereka merajuk dan berpaling tadah...kita sekarang bukan sedang bermimpi lagi !!!!!!!!!!Bukan cobaan lagi...
ReplyDeleteVery nice bblog you have here
ReplyDelete