Sunday, April 7, 2013

AKU JANJI BN ... Kesinambungan DASAR dan TRANSFORMASI Sepanjang 5 Tahun

Rekod Kerajaan BN menunaikan janji CUKUP JELAS. Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai - NAJIB TUN RAZAK, 6 ARPIL 2013







AKU JANJI BN a.k.a. MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN sebenarnya memberi penekanan yang bakal dilaksanakan bagi tempoh 5 tahun akan datang. Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono, tidak seperti MANIFESTO BUKAN JANJI pembangkang, sekadar satu manifesto untuk MENGUTIP sokongan dan undi rakyat dan MENGHALALKAN seorang PELIWAT sebagai Perdana Menteri.

Pendekatan AKU JANJI BN dilihat sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

AKU JANJI BN ini adalah 150 komitmen baru terhadap rakyat jika BN sekali lagi diberi mandat untuk mentadbir negara selepas PRU13. Perlu diingat, 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.



AKU JANJI 1 - MENANGANI KOS SARA HIDUP
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam menangani kos sara hidup rakyat ...

• Memperuntukkan RM6.4 bilion pada 2012-2013 untuk BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan
• Membelanjakan RM586 juta dalam tempoh dua tahun terakhir untuk Skim Penyeragaman Harga bagi memastikan harga barangan asas di Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Semenanjung
• Membuka 85 KR1M di seluruh negara
• Membuka empat jelapang padi baharu dengan gabungan keluasan 19,000 hektar
• Membelanjakan RM134.8 bilion sejak 2010 bagi pelbagai subsidi seperti beras, tepung, gula, bahan api dan bahan tenaga serta bantuan pendidikan dan kebajikan sosial
• Memperuntukkan RM150 juta untuk mewujudkan 100 buah Pusat Internet 1Malaysia dalam bandar untuk manfaat golongan miskin bandar
• Melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan
• Memperkenalkan geran pelancaran RM10,000 dan pengecualian cukai untuk penubuhan pusat jagaan harian dan pendidikan awal kanak-kanak


AKU JANJI 2 - MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam meningkatkan kehidupan warga bandar ...

• Membuka 3 Anjung Singgah yang menyediakan perlindungan sementara, makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan gelandangan
• Membuka 6 lagi Anjung Singgah di kawasan bandar
• Menambah peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia kepada RM40 juta pada 2013
• Membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memastikan kelancaran perkhidmatan awam dan swasta di Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh
• Membuka 6 lagi UTC di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching
• Melaksanakan Skim Insurans Berkelompok penjaja dan peniaga kecil


AKU JANJI 3 - MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat ...

• Komited membina 23,000 pangsapuri kos rendah dan sederhana, Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik pada 2013
• Memperuntukkan RM543 juta untuk 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bagi pembinaan 20,500 unit rumah
• Memulihkan 126 projek perumahan terbengkalai melibatkan 30,000 unit
• Menyediakan RM307 juta pada 2012-2013 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai
• Menyediakan kemudahan tabung RM1.2 bilion untuk PR1MA bagi pembinaan 80,000 rumah di lokasi permintaan tinggi pada 2013
• Memberi pengecualian duti setem sebanyak 50% bagi pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah pertama bernilai sehingga RM400,000


AKU JANJI 4 - PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam menyediakan peluang perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat ...

• Memperuntukkan RM66.1 bilion untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dari 2010-2013
• Komited untuk menaik taraf 350 klinik Kerajaan dan membuka 70 buah lagi Klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada pembinaan 175 buah klinik itu pada akhir 2012
• Menyediakan kemudahan ujian urin dan kolesterol di Klinik 1Malaysia
• Memperuntukkan dana membeli 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan di seluruh negara
• Memperkenalkan program tukar jarum dan penggantian methadone bagi mengurangkan kes-kes baharu HIV sejak 2005


AKU JANJI 5- KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam meningkatkan kecekapan pengangkutan awam ...

• Memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura
• Melaksanakan projek MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, Komuter, Monorel dan rangkaian bas bandar
• Mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti tinggi menerusi RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan
• Menyediakan kemudahan pinjaman mudah untuk pengusaha bas antara bandar, bas mini dan bas sekolah menerusi Tabung Pengangkutan Awam berjumlah RM150 juta yang diuruskan oleh Bank SME
• Menambah 478 bas baharu untuk RapidKL dan memperkenalkan enam laluan Transit Bas Ekspres Lebuh Raya untuk mengurangkan masa perjalanan bas-bas awam


AKU JANJI 6 - PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam membangunkan infrastruktur dan transformasi luar bandar ...

• Memansuhkan tol di Jalan Kuching, Kajang dan Cheras
• Mengurangkan kadar tol Plaza Petaling Jaya Selatan 2 di Lebuh Raya Pantai Baru dan Plaza Sunway dan Kemuning di Lebuh Raya Kesas
• Membekukan selama 5 tahun kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Lebuh Raya Link Kedua, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu
• Memperuntukkan RM18.7 bilion pada 2010-2013 untuk pembangunan infrastruktur luar bandar
• Komited untuk membina 441km jalan raya menghubungkan kampung dan kawasan luar bandar pada 2013 untuk faedah 220,000 penduduk kampung
• Memperluaskan bekalan air kepada 24,000 rumah dan bekalan elektrik kepada 19,000 rumah pada 2013
• Memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar bagi memastikan penekanan sama rata diberikan untuk pembangunan kawasan luar bandar
• Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan perkhidmatan perniagaan bersepadu


AKU JANJI 7 - MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam membina ekonomi lebih mapan, dinamik dan inovatif ...

• Menubuhkan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion untuk menggiatkan dana aktiviti penyumberan luar dan pengambilalihan teknologi oleh syarikat Malaysia
• Menyediakan kemudahan pinjaman kepada penjaja kecil dengan pinjaman sehingga RM25,000 untuk licensees dan RM500,000 kepada licensors
• Menyediakan tabung untuk SME menerusi dana RM1 bilion yang diuruskan oleh Bank SME
• Menubuhkan TERAJU sebagai unit setempat untuk melaksanakan dan memantau agenda Bumiputera
• Memperkenalkan dasar bersaing sesama sendiri dan berasaskan merit untuk semua projek melebihi RM500 juta bagi syarikat Bumiputera
• Menyediakan RM2 bilion dari 2008-2013 kepada TEKUN untuk usahawan kecil, termasuk peruntukan khusus RM50 juta kepada komuniti India pada 2013 sahaja
• Menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan kemudahan kredit mikro sehingga RM8 bilion terutama untuk usahawan kecil wanita
• Menyemak semula Akta Bankrap bagi memberi peluang kedua kepada golongan yang diisytihar bankrap dan mereka yang disenarai hitam
• Menyediakan dana tambahan RM600 juta pada 2013 untuk pembangunan komuniti perniagaan Bumiputera


AKU JANJI 8 - MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara ...

• Memperuntukkan RM2 bilion dari 2012-2013 untuk menaik taraf dan memperbaiki semua sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
• Menyediakan RM500 juta pada 2013 untuk mempertingkatkan latihan guru dan memperkenalkan laluan segera kenaikan pangkat guru berasaskan prestasi
• Melonjakkan bilangan guru Bahasa Inggeris kepada 70,000 orang dengan 14,000 orang guru dilatih untuk tahun 2013 sahaja
• Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran dengan menyediakan lebih ramai pembantu pentadbiran di semua sekolah untuk mengurangkan beban guru
• Memulakan projek perintis prasekolah khas untuk golongan yang mengalami ketakupayaan belajar
• Menyediakan RM3.7 bilion untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan kemahiran vokasional
• Memperuntukkan RM1.7 bilion untuk menaik taraf kemudahan di Pusat Latihan Industri dan Institut Kemahiran Belia Negara dari 2010-2013
• Merangka Pelan Induk Pekerjaan Siswazah dan Pasukan Tindakan Khas Siswazah Menganggur bagi membantu mereka mencari pekerjaan
• Memperuntukkan RM2.6 bilion kepada geran per kapita, Program Bantuan Makanan Asrama, Program Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan kewangan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah



AKU JANJI 9 - MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam memperhebatkan keselamatan dan ketenteraman awam ...

• Mengisytiharkan Zon Selamat Timur Sabah membabitkan 10 daerah dan menempatkan 5 batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am di samping membina balai polis tambahan
• Mengaktifkan Kawalan Keselamatan Timur Sabah di Lahad Batu
• Menghapuskan ISA, Perintah Kediaman Terhad dan 3 Ordinan Darurat, dan menggantikannya dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
• Menggubal Akta Perhimpunan Aman dan Akta Rela yang baharu
• Menyediakan RM6 juta untuk menambah anggota polis dan memasang kamera CCTV di 25 buah kawasan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara
• Menambah Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis dari segi jumlah, kemahiran, latihan dan profesionalisme
• Memulakan kerjasama strategik dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk meletakkan lebih banyak anggota keselamatan membuat rondaan
• Memperkenalkan sistem biometrik untuk warga asing di semua laluan masuk negara
• Melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan kekuatan 1,000 buah motosikal


AKU JANJI 10 - MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam memperkasakan penyertaan wanita ...

• Meluluskan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
• Meluluskan garis panduan tentang gangguan seksual di tempat kerja dalam Perkhidmatan Awam
• Menambah jumlah cuti bersalin untuk wanita dalam sektor awam kepada 90 hari
• Melaksanakan dasar bagi memastikan penyertaan wanita dalam pembuatan keputusan korporat dengan menggalakkan pelantikan wanita sehingga 30 peratus daripada jawatan-jawatan tertinggi korporat
• Mengumumkan sekurang-kurangnya seorang wanita dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat GLC
• Memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) yang menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada ibu-ibu tunggal
• Mewujudkan program Get Malaysian Business Online (GMBO) dengan peruntukan RM50 juta untuk membantu usahawan wanita meningkatkan jualan produk-produk mereka secara online
• Menyediakan pemeriksaan percuma mamogram untuk wanita dan imunisasi HPV kepada remaja perempuan


AKU JANJI 11 - MEMENUHI ASPIRASI BELIA
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun untuk para belia di negara ini ...

• Menubuhkan Yayasan Usahawan Baharu (NEF) untuk inisiatif ICT dengan peruntukan sebanyak RM50 juta
• Mewujudkan Tabung Tindakan Strategik Untuk Golongan Muda (SAY 1Malaysia) sebanyak RM200 juta bagi menyediakan latihan kemahiran kepada belia yang terpinggir daripada arus pembangunan perdana
• Memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk menyediakan bakal-bakal ahli sukan lelaki dan wanita bertanding dalam sukan di peringkat antarabangsa
• Memperkenalkan Tabung Modal MyCreative sebanyak RM200 juta untuk tujuan menghimpunkan idea dan inovasi baharu daripada belia
• Mewujudkan Tabung Modal Dre1M sebanyak RM130 juta bagi menyokong aktiviti kesukarelawan dalam kalangan golongan muda


AKU JANJI 12 - MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam meningkatkan jaringan keselamatan sosial ...

• Melancarkan KAR1SMA yang mendapat peruntukan RM3.67 bilion pada tahun 2010-2013 untuk menyediakan bantuan kepada golongan tua, kanak-kanak dan pekerja kurang upaya selain mereka yang menghidap penyakit kronik
• Meningkatkan bantuan Jaringan Keselamatan Sosial bulanan daripada RM80 hingga RM300
• Memperkenalkan 1AZAM dengan tabung permulaan RM400 juta bagi menyediakan peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan
• Menghadiahkan pembayaran sekali sahaja sebanyak RM1,000 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia
• Memperuntukkan RM138 juta untuk menyediakan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada Orang Asli pada tahun 2013


AKU JANJI 13 - MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM, KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam mempromosikan Islam, kebebasan dan keharmonian agama ...

• Memperoleh pengiktirafan global berhubung keharmonian agama di negara kita
• Mengiktiraf perayaan keagamaan sebagai acara negara dan cuti umum
• Menjadikan Tabung Haji sebagai model badan pengurusan haji yang paling cekap
• Memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai model negara membangun dan penyumbang idea-idea kepada negara-negara Islam lain
• Mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin dunia dalam pasaran modal dan kewangan Islam, pendidikan Islam dan sebagai hab halal antarabangsa
• Menyediakan bantuan kewangan kepada pelbagai badan keagamaan untuk pembinaan rumah ibadat
• Memperkenalkan perbincangan antara agama untuk terus memupuk keharmonian
• Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Vatican


AKU JANJI 14 - MEMERANGI GEJALA RASUAH
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam menangani gejala rasuah ...

• Mewujudkan aku janji dengan komuniti perniagaan untuk menyemai sikap antirasuah
• Melaksanakan aku janji integriti yang ditandatangani calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum
• Menambah peruntukan kepada SPRM untuk membesarkan keanggotaan dan aktiviti
• Menubuhkan 14 buah mahkamah khas rasuah di seluruh pelosok negara
• Mengetatkan langkah-langkah perolehan Kerajaan bagi mengurangkan perlakuan rasuah
• SPRM perlu berjawab kepada sebuah Jawatankuasa Bebas Parlimen


AKU JANJI 15 - MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN AWAM, MENAMBAH BAIK URUS TADBIR
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam memperkukuhkan perkhidmatan awam dan urus tadbir negara ...

• Memperkenal dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif lain yang berjumlah RM2 bilion
• Menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dalam jadual gaji berkuat kuasa 1 Januari 2013
• Menyeragamkan gaji anggota polis dan tentera supaya setara dengan anggota perkhidmatan awam bagi menyediakan gred gaji yang lebih tinggi
• Komited untuk menyediakan satu tambahan kenaikan gaji berdasarkan kadar semasa kenaikan tahunan mengikut gred yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013
• Memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk anggota tentera dan polis dengan peruntukan sebanyak RM12 juta
• Menyediakan pinjaman perumahan tahunan sehingga RM6 bilion untuk kakitangan kerajaan
• Melaksanakan kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus


AKU JANJI 16 - GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam menggerakkan kesederhanaan di peringkat global ...

• Mendapat pengiktirafan dan perakuan daripada ASEM, CHOGM dan ASEAN untuk Gerakan Kesederhanaan Global
• Membuktikan komitmen kita kepada perjuangan Palestin melalui program-program kemanusiaan kita
• Menjadi orang tengah dalam menandatangani Rangka Kerja Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
• Membantu Kerajaan Thailand dalam menstabilkan keselamatan dan membaiki pembangunan sosioekonomi melalui kerjasama bilateral
• Menubuhkan Universiti Xiamen China dan melancarkan Taman Perindustrian Malaysia-China di Kuantan
• Menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) dengan India melibatkan dagangan keseluruhan berjumlah AS$15 bilion


AKU JANJI 17 - MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI
Apa yang telah dilakukan BN sepanjang 5 tahun dalam memulihara alam semulajadi ...

• Memperkenalkan projek Sungai Nadi Kehidupan melibatkan peruntukan RM500 juta untuk mentransformasikan Sungai Klang dan persekitarannya menjadi kawasan yang ceria, hidup dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi
• Menubuhkan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui secara efisien
• Menubuhkan Skim Kewangan Teknologi Hijau bernilai RM3.5 bilion untuk menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang menyumbang kepada pengeluaran dan penggunaan produk-produk berasaskan teknologi hijau
• Menggubal Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 sebagai komitmen secara sukarela untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau sehingga 40% intensiti karbon menjelang tahun 2020



Apa yang telah dilakukan oleh pembangkang dalam melaksanakan manifesto PRU 2008 sejak 5 tahun yang lalu ...







No comments:

Post a Comment