Tuesday, March 19, 2013

Yuktes Vijay ... SAYA CABAR ANWAR SAMAN SEKARANG

Anwar adalah seorang penipu tegar. Saya cabar beliau menyaman saya - FREE MALAYSIA TODAY, 19 MAC 2013



Kenapa Anwar tidak memberi keterangan ?
Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh Datuk Yusoff (pendakwaraya) yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.

1) Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pangsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;

2) Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?;

3) Keterangan video yang dihantar ke makmal-makmal Gandhi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;

4) Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;

5) Pembantu Anwar terbaru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?

Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat dengan lagaknya seperti Mandela. Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bijak.



Dana untuk pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.

Dari manakah sumber kewangan untuk membayar penginapan tersebut ? Adakah Anwar yang membayar dengan duit poket beliau sendiri? Tidak, malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.

Sebenarnya, ada Datuk-Datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim. Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.

Masalahnya sekarang jika PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak dipersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar luar negara tersebut ? Sekiranya seorang bekas banduan dan ketua pembangkang ada Datuk-Datuk untuk membiayai kos guamannya, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM ?



Saiful
Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful. Apa yang saya boleh katakan di sini, dia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira mengabaikan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau sendiri.

Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.

Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.

Oleh itu, hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.


Read More, AIDC

8 comments:

  1. aku berani sunat lagi 3 kali sampai tinggal keradut telur kalau si Pengemar Bontot ni berani SAMAN!!!orang yg cabar dia suroh SAMAN dia GIGIL..org yg dia RASA dia BOLEH GIGIT kemain lagi..U Ulang I Saman U....wakakakakaka

    ReplyDelete
  2. Mampos la ko Nuar kali ni!!!..Mana mau lari hah!!!...Selama ni ko cukup takut bersumpah!..Saiful smpi ke Mekah dia bersumpah!...Ko, jd sesumpah je la!!!...Ko mmg xmmprcayai org2 tua kita...mereka dh brpesan 'SEPANDAI2 TUPAI MELOMPAT, AKHIR NYA JATUH KE TANAH JUA'.

    ReplyDelete
  3. Anwar, asainya aku defend hang habis-habisan...tapi bila banyak orang-orang yang rapat dgn hang mula bongkaq kelaku hang, hang dok diam, nak bersumpah hang tak berani, kalau betoi tak bersalah hang saman Nallakarupan dan Eskay tu, gitu jugak dengan lawyer hang ini, tunggu apa lagi...hang saman laa. Kat bawah ni, aku tak larat nak defend hang lg. Last last dgn aku & keluarga takut nak undi hang dan PKR. Sebab nyata hang penakut.. atau memang betoi hang kemaruk sex kat lelaki & cina doll.

    ReplyDelete
  4. Wahai Anwar Ibrahim... bila hang nak tibai pungkoq aku ni?????

    ReplyDelete
  5. mcm syo jer ak baca ada org nk sunat sampai 3x 2... so, skrng anuar dah failkan saman... bilaa hang sunat 3x...???

    ReplyDelete
  6. Blog ni penuh dengan ke'porno'an. persoalan yang ada dalam benak fikiran blogger ni pun nampak macam tidak mempunyai ilmu yang baik yang mencukupi di dalam akalnya.
    apabila mata digunakan untuk melihat perkara yang sia-sia,
    apabila akal diisi dengan hanya ilmu keduniaan tetapi kekurangan ilmu rohani,
    apabila nafsu diberi hak untuk memberi pandangan,
    pandangan hati sudah tidak lagi bersih dan pandangannya bukan lagi kebenaran.

    ReplyDelete