Friday, March 15, 2013
Anwar Ibrahim ... "Selepas Bala, DEEPAK PULA AKAN DIKORBANKAN"
Kematian penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal yang menggemparkan negara menerusi Akuan Bersumpahnya yang terang-terang menuduh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shiiribu. Lebih menggemparkan lagi ialah apabila dia sanggup membiarkan dirinya dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memanjangkan fitnah yang dicetuskan demi mewujudkan kekacauan dan huru-hara di dalam negara.
Para pecacai Pakatan Rakyat sudah mula menggembar-gemburkan kematian Balasubramaniam sebagai berpunca daripada pengkhianatan sekalipun semua orang tahu, Balasubramaniam berada di dalam jagaan PKR sepanjang masa.
Atau dengan kata lain, tiada sesiapa pun yang dapat mengusik, mendekati dan mengganggu fikiran Balasubramaniam melainkan Anwar Ibrahim.
Dan menariknya, sudah ada pecacai Pakatan yang cuba mendapatkan simpati daripada masyarakat Melayu-Islam dengan mengeluarkan cerita kononnya, Balasubramaniam telah memeluk agama Islam beberapa hari sebelum kematiannya.
Sungguh hebat cita-cita dan ceritera mereka!
Walau apa pun yang berlaku, yang sahnya Balasubramaniam telah meninggal dunia. Walaupun para pemimpin Pakatan seperti Sivarasa Rasaiah dan peguamnya, Americ Shindu cuba untuk menegaskan bahawa Balasubramaniam sehingga ke saat-saat terakhir hayatnya masih lagi menyatakan Najib dan Rosmah adalah pembunuh Altantuya Shiiribu, namun sudah pecah pula berita dari dalam PKR sendiri bahawa Balasubramaniam sebenarnya tidak mahu lagi meneruskan permainan tersebut. Sebaliknya mahu hidup aman tanpa gangguan daripada orang politik yang berkepentingan.
Bagaimanapun, disebabkan hutang yang terlalu banyak dengan Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak, Bala terpaksa membenarkan dirinya dipergunakan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Apatah lagi dengan fakta bahawa Balasubramaniam pernah mencuri RM50,000 wang Altantuya Shiiribu yang kemudian disambung pula dengan kematian model Mongolia tersebut.
Di bawah kawalan dan penjagaan PKR, Balasubramaniam a/l Perumal mati. Walaupun dikatakan, punca kematiannya adalah sakit jantung, namun berdasarkan kepada senario semasa di mana Anwar Ibrahim kelihatan sangat terdesak untuk bangkit semula setelah dia tertekan menerusi laporan-laporan oleh agensi-agensi dan portal-portal berita asing, tidak mustahil sekiranya kematian Balasubramaniam itu dikatakan sebagai sebuah sandiwara yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim demi mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia menjelang PRU13.
Persoalannya ialah, bagaimana orang yang PKR jaga dan amat diharapkan oleh Anwar Ibrahim untuk menumbangkan Najib Abdul Razak, boleh mati akibat serangan jantung? Tidakkah PKR yang mempunyai barisan peguam-peguam yang hebat, turut mempunyai barisan pakar-pakar perubatan yang tidak akan membiarkan satu-satunya peluang untuk Anwar Ibrahim membuktikan kebenaran kata-katanya sendiri?
Selain Balasubramaniam a/l Perumal, seorang lagi ‘orang harapan’ Anwar Ibrahim adalah Deepak Jaikishan. Deepak Jaikishan yang diketahui mempunyai masalah kewangan yang sangat teruk dan berhutang beratus juta dengan sebuah institusi kewangan luar negara, akhirnya memilih untuk bersama-sama Anwar Ibrahim.
Berbanding Balasubramaniam, Deepak pula kelihatan bersendirian dan kurang dipedulikan. Semuanya kerana sikapnya yang berbolak-balik. Deepak sebenarnya lebih kerap menyakitkan hati Anwar Ibrahim sebelum dia memilih untuk mengubah fokusnya apabila tuntutan dan rengekannya kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai ‘pertukaran’ kepada pengakuannya, tidak dipedulikan.
Apakah selepas Balasubramaniam ‘dikorbankan’, giliran Deepak pula tiba?
Deepak khabarnya bergegas ke kuil untuk berdoa dan memohon keselamatan dirinya sebaik-baik sahaja mendapat tahu tentang kematian Balasubramaniam. Dia sewajarnya perlu berasa takut dan gentar kerana Anwar Ibrahim dan pihak yang sedang ‘membelanya’ sekarang, bukanlah malaikat sebaliknya makhluk yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mendapatkan kuasa.
Timbul persoalan, adakah selepas Balasubramaniam, giliran Deepak pula akan tiba? Adakah Deepak akan mati kerana penyakit sawan yang dihadapinya, menjadi bertambah-tambah teruk sehingga jantungnya kejang dan nafasnya terputus?
Eloklah Deepak bersiap-sedia dari awal sebab konco-konco Anwar Ibrahim sudah tentu sedang menanti-nanti peluang untuk mendapatkan sokongan dan simpati terbesar dari rakyat Malaysia demi PRU13. Mereka sudah menjadi gila apabila tarikh pilihanraya yang dinujumkan selama ini tidak menjadi kebenaran dan mereka semakin gila apabila Najib buat tak peduli tuntutan dan desakan mereka agar Parlimen dibubarkan segera.
Justeru, Pakatan tidak mempunyai pilihan lain kecuali…
DEEPAK SUDAH BOLEH MENEMPAH DI MANA JASADNYA HENDAK DIKUBURKAN!!!
sumber : SELANGOR DAILY
lagi satu tu bila pula nak gi jumpa anak mongolia tu?
ReplyDelete