Sunday, March 3, 2013

Anwar DAH PANIK ... Najib Dan Tun Mahathir Setuju "CARI DAN SERANG PENGKHIANAT"

Najib arah pihak risikan siasat dakwaan ada pemimpin pembangkang terlibat ... Mahathir mahu kerajaan melancarkan serangan balas bagi menghapuskan sama sekali pasukan penceroboh bersenjata di Sabah.


PM arah siasat penglibatan pemimpin pembangkang

KANGAR 3 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.

"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.

"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas laporan media asing bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu.

Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas “jemputan" seorang ahli politik pembangkang Malaysia.

Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang.

Najib berkata Presiden Benigno S. Aquino III juga mengarahkan agensi perisikannya untuk menyiasat dan mencari kebenaran di sebalik insiden itu.

"Ia (dakwaan itu) perlu disokong dengan bukti. Gambar-gambar dan bukti berdasarkan keadaan. Kita perlu bukti kukuh untuk mengetahui siapa sebenarnya dalang di sebaliknya. Seperti yang saya sebut, mengapa semua ini (berlaku) secara tiba-tiba. Masanya begitu dekat dengan pilihan raya," katanya.

Katanya beliau merasakan kumpulan itu mempunyai perancangan besar untuk mengganggu gugat keamanan dan kestabilan di Sabah yang dikecapi selama ini.



Kerajaan perlu serang balas ke atas penceroboh - Tun M

BAGAN SERAI 3 Mac - Kerajaan sudah tidak ada pilihan lain melainkan melancarkan serangan balas bagi menghapuskan sama sekali pasukan penceroboh bersenjata di Sabah, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tindakan kekerasan itu sudah tidak dapat dielakkan kerana kumpulan pengganas itu tidak menghargai usaha baik kerajaan untuk menyelesaikan situasi itu melalui pendekatan diplomasi dan rundingan.

"Kerajaan cukup berhati-hati dalam perkara ini pada mulanya kerana berharap dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah tetapi malangnya ini tidak dihargai oleh pasukan Sulu ini dan mereka sanggup membunuh pasukan keselamatan kita.

"Sekarang ini, saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini, walaupun dengan ini ramai daripada mereka terbunuh tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya.



6 comments:

  1. Jika benar sebagai yang digembar gemburkan, Anwar buka saja perlu ditolak malah ianya perlu dipijak-pijak sampai lumat sehingga mati oleh rakyat SabahSeruan Kepada Semua Rakyat Sabah

    ReplyDelete
  2. masa utk menggunkan kekerasan telah tiba.. hutang nyawa dibalas nyawa

    ReplyDelete
  3. Perbuatan Pembangkang yg sangat jijik. Treason.

    ReplyDelete
  4. Aku sangat setuju saranan Tun agar PDRM/ATM serang balas, dan PM wajib arah siasat siapa dalang peristiwa ini!!!
    Kalau terbukti Anuwar sebagai dalang
    dan jika dia masih diluar Negara, kita sambut dia balik dengan jaring besar, kalau tak balik biar dia mati kering diluar Negara!!!!!

    ReplyDelete
  5. Setuju....masa berlembut dan berdiplomasi sudah tamat....pengorbanan wira2 kite harus di bayar dan di tebus...

    DAN DALANG PENGKHIANAT YG DALAM NEGARA KITE JUGA WAJIB DI HAPUSKAN...
    Jom ramai2 kite rakyat Malaysia lakukn spt yg di buat oleh penduduk kg kat Semporna tuh...GANYANG BEB...

    ReplyDelete
  6. HAPUSKAN PENGKHIANAT ....AKU SAYANG MALAYSIA LEBIH DARI INDIVIDU ....

    ReplyDelete