Thursday, February 14, 2013

UMNO Fitnah Saya Mahu BUBAR DUN SELANGOR - Khalid Ibrahim

Saya cakap, selepas sambutan Chap Goh Mei, kita akan buat pengumuman, bukan ‘dissolution’ (pembubaran) - ANTARAPOS, 14 Februari 2013




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan. Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). "Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu. - SINAR HARIAN, 30 Januari 2013










Khalid Ibrahim ... Lu memang FLIP FLOP !!!



1 comment:

  1. Elok Khalid ni saman je akhbar Sinar yang membuat fitnah tersebut..

    ReplyDelete