Monday, February 4, 2013

Tidak Cukup KELDAIKAN PAS ... Kit Siang Mahu KELDAIKAN Institusi Kerajaan




Barangkali panik dan gusar dengan isu kalimah Allah bakal menjahanamkan sokongan terhadap pembangkang, bapa 'Tokong Besar Pulau Pinang' ini bertambah kalut dengan sebuah institusi kerajaan ... JASA.

Serangan terbaru Lim Kit Siang kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan masih belum surut.

Minggu lalu, Bapa Chauvinist Malaya ini menyerang Fuad Hassan hanya kerana Ketua Pengarah JASA berkata bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Marah dengan kenyataan Fuad Hassan, Bapa Chauvinist Malaya ini, melalui twitter terus menyerang Fuad Hassan dengan menuduh beliau menyalahgunakan dana kerajaan kononnya melakukan kempen pilihan raya di Johor.


Yang sebenarnya, Fuad Hassan hanyalah seorang penceramah yang dijemput untuk memberikan pandangan pada majlis media sosial rakan-rakan dan aktivis di Johor.

Pelik ... takut juga Kit Siang dengan kenyataan oleh Fuaf Hassan?

Langkah JASA untuk menghasilkan buku panduan untuk menjawab isu berbaur fitnah oleh pembangkang seolah-olah cukup mencemaskan Bapa Chauvinist Malaya ini.

Ambiga dan Jawatankuasa Bersih turut tumpang semangkuk mendakwa langkah JASA sebagai membazirkan wang pembayar cukai. Rupanya pembangkang gagal untuk menyedari bahawa rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat betul berkaitan fitnah yang dilemparkan pembangkang.

Sifat hipokrit pembangkang nyata cukup jelas dengan menyebarkan fitnah melalui media, bahan bercetak malah melalui roadshow. Oleh itu, langkah oleh JASA untuk menghasilkan buku panduan bagi menyebarkan kebenaran bagi kerajaan.

Apa yang tidak kena dengan langkah yang diambil JASA ?


Cukup aneh sifat dan sikap pembangkang memandangkan fitnah yang diwar-warkan melalui media, bahan bercetak dan roadshow tidak pula dianggap membazirkan wang pembayar cukai?

Lebih teruk lagi, apabila Imam Mahdi PKR, Anwar Ibrahim cukup mewah dan bergaya menggunakan jet peribadi, tidak pula mendapat bantahan puak-puak pembangkang.


Tidak pula dikatakan sebagai membazirkan wang pembayar cukai ...

Bukankah pembangkang menggunakan wang pembayar cukai daripada lima kerajaan negeri yang dikuasai untuk melambung fitnah melalui media, bahan bercetak dan roadshow? What the hell ? ...

Jika pembangkang mengatakan 'fitnah yang dijenamakan sebagai kebenaran', apakah kerajaan juga tidak mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kebenaran kepada rakyat ?

Bukankah ini 'fitnah yang dijenamakan sebagai kebenaran' oleh pembangkang ...


Jika pembangkang bebas untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah melalui serangan peribadi, apakah kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyebarkan kebenaran kepada umum.

Rakyat semakin bijak dengan permainan kotor pembangkang yang mahu mengajar erti demokrasi walhal puak-puak ini tidak pernah bersedia untuk melaksanakan prinsip-prinsip demokrasi.

Rakyat tahu bagaimana kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang mengharamkan media dan akhbar tertentu dari membuat liputan sidang akhbar.

Cukup memalukan apabila wartawan meminta penjelasan mengenai isu tertentu, wartawan pula diheret dan diejek sebagai agen BN dan kerajaan.

Inilah kerja Anwar Ibrahim dan puak-puak pembangkang ...






Takut benar pembangkang dengan JASA ...



No comments:

Post a Comment