Jika pencawang tersebut gagal dibina, ia bukan sahaja menyebabkan krisis tenaga tetapi menjejaskan operasi bekalan air Loji Langat 2
Keengganan Kerajaan Selangor membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membina laluan pencawang akan menyebabkan Lembah Klang menghadapi krisis tenaga elektrik dalam tempoh lima tahun akan datang.
Naib Presiden (Penghantaran) TNB Datuk Rozimi Remeli berkata, laluan pembinaan pencawang tersebut bagi membolehkan bekalan tenaga elektrik sebanyak 1,000 megawatt dialirkan dari stesen janakuasa yang baru dibina di Manjung, Perak ke Lembah Klang.
Katanya kawasan pencawang tersebut hanya membabitkan laluan sejauh satu kilometer sahaja di Rawang.
"Jika pencawang tersebut gagal dibina, ia bukan sahaja menyebabkan krisis tenaga tetapi menjejaskan operasi bekalan air Loji Langat 2.
"Ini kerana bekalan tenaga elektrik dari Manjung itu akan dihantar ke projek talian TNB Mahkota Cheras sebelum ia diagihkan kepada beberapa kawasan lain termasuk membekalkan elektrik bagi membolehkan Loji Langat 2 beroperasi kelak," katanya.
Read More, KHALID KAKI GADUH
No comments:
Post a Comment