Friday, February 22, 2013

SEBARKAN ... Kezaliman PAS Kelantan RAMPAS HAK RAKYAT - Abdul Rahman Samat

Tapak Persatuan Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh (PKSJPP) akhirnya diarahkan kerajaan PAS Kelantan untuk membayar sewa setelah PAS memenangi pilihanraya umum pada tahun 1990.




Betapa hebatnya cara pentadbiran Islam PAS Kelantan menindas rakyat negeri itu dengan cara ugutan halus dan memulas tangan rakyat negeri sendiri.

Tapak dan lokasi sekangkang kera yang diberi percuma oleh UMNO Kelantan kepada Persatuan Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh (PKSJPP) sewaktu mentadbir Kelantan sebelum tahun 1990, mahu dirampas kerajaan PAS Kelantan.

Tapak persatuan ini akhirnya diarahkan kerajaan PAS Kelantan untuk membayar sewa setelah PAS memenangi pilihanraya umum pada tahun 1990.

Pemandu teksi dikenakan tekanan untuk berpindah disebabkan sikap kerajaan PAS Kelantan mahu memberikan tanah ini kepada segelintir orang kaya dan orang Cina.

Persatuan pemandu teksi mengutip dana RM1.00 setiap sebuah teksi untuk menampung pembiayaan membayar sewa seperti yang diarahkan oleh kerajaan PAS Kelantan namun mereka tetap dikenakan tindakan untuk berpindah.


Persatuan pemandu teksi turut menerima surat dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dipaksa untuk membayar harga sewaan tanah atau terpaksa membayar harga tanah jika mahu terus kekal beroperasi.

Niat sebenar PKINK adalah mahu mengambil tanah untuk tujuan pembangunan malah pegawai majlis daerah turut dikerah untuk mengugut secara halus agar Persatuan berpindah mencari tapak dan lokasi baru.

Namun hasrat PKINK ditentang hebat oleh PKJSPP, walaupun terpaksa bergolok gadai demi mempertahankan tapak tanah yang telah diberi percuma oleh UMNO Kelantan sebelum 1990.


Mahu tidak mahu, persatuan ini terpaksa memohon untuk membeli tanah tersebut dengan harga penilaian sebanyak RM150,000 sekalipun tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk terus kekal beroperasi di tapak yang telah diberi percuma oleh UMNO Kelantan.

PKSJPP turut meminta jasa baik kerajaan PAS Kelantan untuk menurunkan harga hartanah ini kepada RM100,000. Malangnya permohonan persatuan ini dipandang remeh serta tindak mendapat sebarang maklumbalas.

Buntu dengan permainan politik kotor PAS Kelantan, PKSJPP akhirnya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak untuk membantu persatuan.

Serta merta DS Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM150,000 kepada PKSJPP agar persatuan ini boleh turs kekal beroperasi dan menduduki tapak yang pada awalnya diberi percuma oleh UMNO Kelantan sewaktu mentadir Kelantan.


PKSJPP mampu menarik nafas lega dengan bantuan peruntukan khas DS Najib Tun Razak sebanyak RM150,000 kini tapak dan lokasi tersebut telah menjadi hakmilik persatuan. Malah turut dibangunkan pejabat PKSJPP yang baru.





Seekor Lembu Sedang Menerima Bantuan Kerajaan - Menurut Fatwa Terkini Nik Aziz



Padanlah takut sangat Nik Aziz dengan bantuan kerajaan ...



1 comment: