Tuesday, February 26, 2013

Manifesto Rakyat ... Ulang Tayang WAYANG KULIT PORNO Dengan Barisan Pelakon CHINA DOLL Baru


Pakatan pembangkang telah melancarkan manifesto baru yang menjanjikan bintang dan bulan ... ya ... sekali lagi, sama seperti pakatan lakukan dalam pilihan raya umum 2008 dan tiada sesuatu pun belum dipenuhi ... hanya anggaran 15 peratus.

Kali ini manifesto adalah lebih halus dan terperinci yang jelas boleh menarik rakyat yang tidak tahu asa ekonomi atau pengiraan asas pada gaji berbanding kos sara hidup.

Dan sudah tentu, ini boleh menarik rakyat yang terlupa pakatan pembangkang ... masih belum memenuhi janji-janji kepada pengundi yang mengundi pakatan haranm ini pada 2008.


Cuma kali ini manifesto berwajah baru, dengan penampilan pelakon baru dan persembahan baru namun jalan cerita masih sama dengan menggunakan tuan direktor lama.



Jadi apa yang baru dalam manifesto? Malah janji air percuma untuk golongan miskin di Selangor tidak dipenuhi, apatah lagi tentang elaun untuk ibu pelajar, tunggal dan sebagainya.

Menakjubkan ... pembangkang mampu mengeluarkan tawaran menarik seperti menurunkan harga kereta, siling pendapatan bercukai yang lebih tinggi, menghapuskan PTPTN, penurunan dalam harga bahan api, tarif elektrik dan banyak lagi.

Cantik dan menarik ... pakej yang direka cukup mantap yang hanya kelihatan cantik di luar, menarik untuk dilihat dan dipertontonkan kepada umum.

Kononnya Manifesto Rakyat ini menggabungkan kandungan-kandungan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (dilancarkan 2009), Buku Jingga (dilancarkan 2010) dan Bajet-Bajet Alternatif Pakatan untuk 2012 dan 2013.

Manifesto Rakyat mahu menghapuskan PTPTN. Namun dalam Buku Jinggay menegaskan "mengurangkan beban pinjaman dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap" ... Apa yang pakatan pembangkang merepek menggabungkan kandungan-kandungan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (dilancarkan 2009), Buku Jingga (dilancarkan 2010) dan Bajet-Bajet Alternatif Pakatan untuk 2012 dan 2013.

Agak melucukan , sebelum ini Menteri Besar Selangor telah mendakwa bahawa “sebuah manifesto bukanlah janji” sebagai respon terhadap tuntutan air percuma oleh rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto 2008.

Akibat keceluparan mulut Khalid Ibrahim, rakyat mulai mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor. Itu baru Selangor, bagaiman pula dengan dengan kerajaan negeri PAS Kelantan yang sudah pun 22 tahun mentadbir namun sehingga kini gagal menunaikan 22 janji.

Tampak Manifesto Rakyat lebih bersifat sebuah manifesto sebagai alat untuk memenangi pilihanraya. Rakyat perlu membuka mata dengan seluas-luasnya agar tidak ditipu sebagaimana manifesto tahun 2008 yang lalu.


Yang sebenarnya pakatan pembangkang masih menawarkan pakej serupa cuma kali ini pelakon baru digunapakai untuk meningkatkan sokongan dari golongan muda.

Kita yakin pengundi muda semakin bijak dan matang dalam erti kata politik kerana mereka tahu penipu dan penyangak melalui manifesto yang disampaikan.

Pengundi muda tidak mudah terpengaruh dengan 'ulang tayang WAYANG KULIT PORNO dengan barisan pelakon CHINA DOLL baru' kerana golongan ini telah menghafal skrip lama dan memahami garis-garis cerita wayang pembangkang.

Warga marhaen juga tidak mudah terpengaruh dengan 'ulang tayang WAYANG KULIT PORNO dengan barisan pelakon CHINA DOLL baru' ...


2 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    JUTAAN TERIMA KASIH dengan info yang berguna diberikan kepada semua...

    Tidak dapat dinafikan lagi akan info anda telah memberi idea dan peransang untuk meneruskan perjuangan bersama.

    Blog anda juga sangat mengagumkan..

    Saya telah link blog anda di blog pilihan Macam Di KK
    ..

    Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

    Blogger Hidup Di Sabah

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Saya cuma nak mintak tambahan bagi penurunan harga:
    i. Petai
    ii.Jering
    iii.Budu
    iv.Ikan Masin
    v.Tempoyak.
    Agak2 berapa persen PR nak turunkan harga barang2 ni,kalau boleh turun 50% semua orang kampung aku nak undi PR.
    HIDUP BNNNNNNNNNNNNNNNUMNOOOOOOOO.
    PAS,PKR,DAP jahaneeeeeeeehabis kerana mu.

    ReplyDelete