Saturday, February 9, 2013

Khalid Ibrahim ... BUKAN MASALAH SAYA Harga Rumah SELANGOR Melambung




Antara faktor yang menyebabkan harga rumah di Selangor melambung tinggi ialah kenaikan harga pasir di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebelum pakatan pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor harga pasir satu lori 30 tan ialah RM300 namun Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) harganya meningkat kepada RM800 satu lori 30 tan sejak perniagaan pasir dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri, .

"Bila pasir mahal harga rumah menjadi mahal. Oleh kerana bekalan air di Selangor hanya mencukupi untuk kegunaan semasa, pembinaan rumah-rumah baharu tidak dapat dilaksanakan bagi menampung peningkatan permintaan dan ini boleh menyebabkan harga rumah melambung.


"Oleh kerana itu, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek mitigasi bekalan air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta dan pada tahun lepas sebuah loji air baharu di Sungai Labu siap dibina dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan," katanya semasa Debat Jom Tolak Pakatan Rakyat yang turut disertai Penaung Waris Malaya Senator Mohd Ezam Mohd Noor di Alam Megah di sini anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan malam tadi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menjelaskan, Kerajaan Pusat telah meluluskan bantuan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengatasi masalah air di Selangor.


Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan harga rumah di Selangor adalah kerana permintaan hartanah yang tinggi daripada kalangan pelabur biarpun harga tanah semakin meningkat.

Mohd Ezam pula berkata pengundi perlu terus menyokong pemerintahan BN dalam pilihan raya umum ke-13 bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia yang mempertahankan pendirian berkecualinya daripada pengaruh kuasa-kuasa besar dan dihormati oleh negara-negara membangun.


Read More, KOREK SAMPAI SELANGOR BERLUBANG



No comments:

Post a Comment