Tuesday, February 5, 2013

Khalid BOHONG Lagi ... Ilham Marzuki KAYAKAN KRONI LAGI

Terlalu banyak penyelewengan dana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor terutamanya di bawah pengawasan Ilham Marzuki.


Sebelum melangkau lebih jauh, sudah terlalu banyak penyelewengan dana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor terutamanya di bawah pengawasan Ilham Marzuki.



18 Mac 2011 - Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor pada 18 Mac 2011.

Anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor membelanjakan peruntukan belanjawan kerajaan negeri hampir RM1 juta semata-mata bagi meraikan majlis Ulang Tahun ke-40 badan itu yang melibatkan Jamuan DiRaja.

Barangkali rakyat perlu diingatkan kembali (refresh) salahgunakuasa Ilham Marzuki ... Mengkayakan Kroni Sebelum Barangan Dibekalkan.



Diantara kandungan Laporan Audit yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 18 Mac 2011 ...

1) Tiada peruntukan khas disediakan dari Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.

2) Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.

3) Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.

4) Tender berjumlah RM387,232.00 (38.8 peratus dari RM996,472.00) kos Majlis Makan Malam Perdana diberikan kepada Drift Z Enterprise sebagai pengurus acara di Hotel Concorde. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung, yang hanya dihadiri kurang dari 1,000 orang jemputan.


Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan tidak sampai setahun di mana pemiliknya masih setahun jagung dalam perniagaan dibayar deposit sebanyak 2 kali (RM 270,750.00 – 90.25% dari jumlah kontrak bernilai RM 300,000.00) oleh Yayasan Selangor.

5) Yayasan Selangor gagal mendapatkan kembali wang pendahuluan 95% yang diberikan kepada Drift Z Enterprise. Tuanku Sultan Selangor enggan hadir ke majlis tersebut setelah mengetahui pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor.

6) Tiada rekod dan bukti pembelian cenderamata bernilai RM52,900 oleh TL Tinala Enterprise, yang dilantik oleh Yayasan Selangor pagi pengurusan pembelian cenderamata.



Satu lagi pendedahan melibatkan Skim Mengkayakan Kroni, melibatkan Ahli Parlimen Pas Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, dalam tahun yang sama.

Skim Mengkayakan Kroni Sebelum Barangan Dibekalkan ...



Keterangan dokumen 1

Sebutharga dari syarikat adik kepada kenalan rapat Hatta Ramli kepada YS yang bertarikh 15 Oktober 2010

Ruangan payment terms: Pembekal menyatakan 50 % dari jumlah bayaran pesanan perlu dibayar pada keesokan harinya iaitu 19 Oktober 2010 dan bakinya perlu dibayar semasa penghantaran Al Quran.

Terdapat catitan dibahagian bawah yang menyatakan “untuk mengelakan kelewatan sila urus pembayaran mengikut jadual”. Dicatatkan oleh Pengurus Besar YS , Ilham Bin Marzuki (IBM) pada 18.10.2010.

ys_1



Keterangan dokumen 2

Memo memohonan kelulusan daripada timbalan pengurus besar kepada pengurus besar 18 Oktober 2010.

Dibahagian bawah ruangan diluluskan telah dibulat oleh oleh Ilham Marzuki dan dicatitkan “Ini adalah program sempena 40 tahun YS. YS akan menyembah senaskah Al Quran kpd DYMM Tuanku Sultan dan 10,000 naskah kepada rakyat di 9 daerah negeri Selangor. Moga diberkatinya” Bertarikh 18.Oktober.2010

Timbalan pengurus besar kembali memohon kelulusan pengurus besar untuk melantik syarikat berkenaan sebagai pembekal. Sedangkan dokumen 1 secara jelas menunjukkan bukan sahaja pengurus besar telah bersetuju , malah telah mengarahkan timbalan pengurus besar menguruskan pembayaran mengikut jadual.

Masing-masing cuba bermain jalan selamat (play safe)

Dokumen 1 menunjukkan minit yang dicatitkan oleh pengurus besar tidak mempunyai tandatangan. Hanya dicatat IBM.

Timbalan pengurus besar bimbang beliau dipersalahkan jika timbul isu kerana kontrak diberi kepada syarikat kroni pengurus besar tanpa melalui tender terbuka , lalu dia memilih untuk mendapat kelulusan secara sah dari pengurus besar.

ys_3


Keseluruhan proses ini daripada saat pengurus besar menerima sebut harga kepada mengeluarkan surat tawaran dan sehinggalah kepada proses pengeluaran bayaran penuh semuanya selesai dalam masa satu hari pada 18 Oktober 2010.

Sebelum barang yang dipesan diterima oleh YS , bayaran 100 % telah diproses dan dikeluarkan.


Read More, KHALID GANGNAM STYLE



Terlalu banyak penyelewengan dana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor terutamanya di bawah pengawasan Ilham Marzuki.

Persoalan menarik...

Mengapa Ilham Marzuki tidak dipecat sedangkan beliau sebagai peneraju Yayasan Selangor nyata melakukan banyak penyelewengan kuasa dan dana ?



3 comments:

  1. LID GAGAP..! KAU NI BETUL KE BOHONG...? GUA KENAL MAK LU...! MAKCIK..! DUDUK DULU DAN JANGAN BERGERAK..!

    ReplyDelete
  2. fuhyoo.. lagi kuat punya sakau pkr ni
    habis semuanya disedut, ingatkan pasir je yg kena sedut..
    cakap tak serupa bikin.. dah sakau puas2 lepas tu salahkan umno plak
    hampehh.. punya pkr.. cakap tak serupa bikin

    ReplyDelete
  3. KASI SAPU BERSIH LA SEBAB LEPAS PRU13 NI DAH TAK DAPAT MEROMPAK LAGI DALAM JUMLAH JUTA-JUTA !!! KENA KUMPULKAN HASIL ROMPAKAN DARI SKRG SEBAB BAS MEWAH PUN NAK KENA BAYAR ANSURAN, LOAN BERJUTA2 UTK SAHAM DULU DGN BANK ISLAM YANG DAH TURNED NPL TU DGN BANK ISLAM PUN SATU HAL LAGI ... SEMUA NAK PAKAI DUIT BEB !!! HEHEHE

    ReplyDelete