Friday, February 22, 2013

Anwar TERKENA Lagi ... Hadi Awang TIKAM BELAKANG Perlahan Lahan


DAP bercadang mahu bertanding lebih 150 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta.

Timbalan Pengerusinya Tan Kok Wai berkata senarai calon parti itu sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen.

Beliau berkata parti itu akan mengumumkan manifesto pilihan raya, Isnin ini, di venue yang belum ditentukan.

Tan, yang juga Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsaan DAP, berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kempen mengutip dana parti itu di sini, hari ini.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRU13.

Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi DUN. - ANTARAPOS, 22 FEBRUARI 2013





Sumber memberitahu The Malaysian Insider persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada The Malaysian Insider.

“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.


Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul dua minggu lalu apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.



DAP tidak mahu Hadi Awang, PAS tidak mahu Anwar Ibrahim, letak Kit Siang ... lagi menyebabkan PR kalah teruk pilihanraya umum kali ini. Tidak ada persefahaman dan konsistensi ... totally out!

Lebih baik angkat calon luar yang pernah berselingkuh dalam selimut dahulu sewaktu Gagasan Rakyat diasaskan mejelang pilihanraya umum tahun 1990.

Jikalau benar sumber dari sebuah laman portal Pro Pembangkang ini, diharap Ku Li berpegang pada kenyataan terbarunya yang menyokong kepimpinan Najib.



3 comments:

  1. Kesian PAS dan PKR..lebih biak jadi kuda dari jadi ayam laga untuk DAP

    ReplyDelete
  2. Mat Sabu menggelar Anwar Ibrahim dgn nama AL-JUBURI. Si Al-juburi pula menggelar Nik Aziz WALI TEROMPAH. Sekarang mereka bersekutu dgn tujuan utk menumbangkan kerajaan. Tidak lain dari hanya utk memporak-perandakan negara & menyusahkan rakyat sedangkan hakikatnya mereka tidak mempercayai satu dgn lain.

    ReplyDelete
  3. Incredible! This blog looks just like my old one!
    It's on a totally different topic but it has pretty much the same layout and design. Superb choice of colors!

    my homepage; blackjack for money
    my site :: real online blackjack

    ReplyDelete