Thursday, February 28, 2013
Siapa Arah Bunuh Altantuya : BALA GAGAL KEMUKA BUKTI ... Sebarkan FAKTA Ini
Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam malam tadi jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa Najib terlibat dengan kes itu, namun menarik kembali tuduhan berkenaan dalam SD kedua telah tiba di tanah air Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa orang pemimpin parti pembangkang.
Penyiasat persendirian itu gagal mengemukan bukti mendakwa Najib terlibat dengan kematian Altantuya dengan memberi alasan bahawa kes itu sudah lama berlaku dan sudah lupa.
"Minta maaf, sudah lama…jadi saya lupa," katanya dihadapan hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.
Read More, ANWAR DIBALIK TADBIR PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Mengapa P.Balasubramaniam masih lagi GAGAL MENGEMUKAKAN BUKTI mengaitkan DS Najib dalam isu pembunuhan Altantuya
A) Kenyataan Balasubramaniam A/L Perumal (Bala) dalam siasatan kes kematian Altantuya –
i) Telah beri percakapan kepada pihak polis. Polis tidak memasukkan ceritanya berkenaan Najib. Percakapannya kepada polis tidak nyatakan apa – apa berkenaan Najib.
ii) Percakapan telah dibaca semula dan diterangkan. Beliau diberitahu hak untuk membuat pindaan atau tambahan. Beliau telah mengakui benar dan menandatangani pernyataan tersebut. (Sebagai bekas anggota polis, beliau tahu hak beliau untuk menyatakan segala keterangan dengan benar dan mengubah percakapan jika ada)
iii) Balasubramaniam telah memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau tidak langsung memberi keterangan berkaitan penglibatan Datuk Seri Najib. Beliau telah disoalbalas oleh peguambela dan tidak terdapat sebarang keterangan berkaitan perkara tersebut.
iv) Dalam keterangan Bala di Mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya, isu RM50,000.00 diminta oleh Altantuya bersama 3 tiket kapalterbang ke Mongolia sebagai syarat Altantuya tidak membuat laporan polis terhadap Razak Baginda.
v) DPP tidak tanya sebab Bala tak sebut apa – apa berkenaan Najib. Bala telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 17 tahun dan jawatan terakhir adalah di Cawangan Khas.
B) Perakuan Bersumpah (SD) Balasubramaniam -
i) SD1 dibuat pada 3/7/2008.
ii) SD2 dibuat pada 4/7/2008.
C) Kenyataan Suresh A/L Subramaniam –
i) Pada bulan Mei 2008 beliau berjumpa dengan Bala di sebuah PubBulldog di Hartamas. Di sana beliau telah diperkenalkan dengan beberapa orang termasuk Ahli Parlimen Sivarasa dan peguam Amrick Singh Sidhu. Mereka membincangkan kes Altantuya dan bertanya sama ada beliau tahu tentang kes tersebut.
Suresh menyatakan beliau tidak terlibat dalam ke situ. Mereka meminta Suresh untuk membuat Pernyataan Bersumpah (SD)untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Razak Baginda dalam kes Altantuya. Suresh menyatakan beliau tidak berminat dengan cadangan mereka.
ii) Pada 2/7/2008, Bala meminta bantuan Suresh untuk menghantarnya ke Corus Hotel di hadapan KLCC. Dalam perjalanan telah singgah di DUO Residency yang mana Bala mengambil satu envelope yang ditinggalkan oleh peguam Amrick Singh. Bala memaklumkan “something big is going on tomorrow”. Suresh telah menonton berita dan mendapati Balasubramaniam telah membuat pengakuan bersumpah melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang mana semasa tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim berada di sebelah Bala.
iii) Selepas itu, Bala menghubungi Suresh menyatakan beliau takut dan telah pergi bersama ke pejabat Amrick Singh di Ampang. Amrick Singh memujuk Bala agar jangan takut dan meminta pembantu Bala bernama Suras Kumar juga membuat Penyataan Bersumpah bagi mengaitkan TPM dengan Altantuya dan Razak Baginda. Suras enggan walaupun Amrick Singh menyatakan akan membincangkan bayaran kepada Suras kemudiannya.
iv) Bala telah memaklumkan kepada Suresh bahawa pihak Amrick Singh dan PKR telah menjanjikan RM700,000 dan peluang perniagaan kepada Balasubramaniam bagi membuat Penyataan Bersumpah tersebut. Bala juga menyatakan beliau bersetuju memberi Penyataan Bersumpah tersebut kerana marahkan pihak polis yang telah menangkap beliausemasa siasatan kes Altantuya dan menyebabkan pendapatannya hilang.
v) Berkaitan RM50,000 Suresh dimaklumkan oleh Bala bahawa Altantuya mengugut untuk mendapatkan jumlah wang tersebut, jika tidak Altantuya akan mencolek anak Razak Baginda.
D) Kenyataan Suras Kumar (Pembantu Bala dalam tugas sebagai penyiasat persendirian) -
i) RM50,000.00 – Altantuya sendiri memaklumkan kepada beliau bahawa Altantuya memerlukan wang itu untuk merawat anak dan emaknya serta membayar hutang.
ii) Sepanjang bertugas dengan Bala, beliau tidak pernah dimaklumkan apa –apa tentang penglibatan Datuk Seri Najib.
E) Kenyataan Abdul Razak bin Abdullah (Razak Baginda) -
Dalam penyataannya kepada pihak polis, beliau menafikan dan menyatakan tidak memberitahu Bala sepertimana dalam SD1 mengenai penglibatan Datuk Seri Najib.
F) Penyataan Bersumpah Kedua -
i) Menurut Bala, dalam siasatan peguam Arulampalam yang menyediakan Penyataan Bersumpah (SD2) tetapi disangkal oleh peguam tersebut. Bala menyatakan bahawa dia bertemu dengan peguam Arulampalam pada 3/7/2008 di Lotus dan peguam tersebut yang membawa ke Hotel Prince pada 4/7/2008. Manakala peguam tersebut menyatakan dia bertemu kali pertama dengan Bala di Prince Hotel atas permintaan Bala dan di situ, Bala menunjukkan SD2 tersebut dan Bala memberitahu dia bahawa dia membuat atas paksaan (duress), oleh kerana itu Bala hendak menarik balik SD1.
ii) Menurut Bala lagi, beliau membuat SD2 kerana marahkan pihak PKR mengadakan kenyataan akhbar sepanjang penyataan SD1 bagi mempolitikkan perkara tersebut. Sebaliknya Peguam Amrick Singh Sindhu dan peguam Sivarasa menyatakan bahawa Bala sendiri bersetuju membuat kenyataan akhbar tersebut.
G) Perjumpaan di The Curve –
i) Dalam kenyaaan Bala, beliau menyatakan terdapat 6 orang hadir dalam perjumpaan tersebut iaitu Bala, Suresh, Deepak, Dhanesh, Datuk Nazim dan isteri Datuk Nazim.
ii) Suresh menafikan ada perjumpaan di The Curve pada malam3/7/2008.
iii) Dhanesh Jaikishan A/L Jaikishan Rewathand menafikan ada hadirperjumpaan tersebut.
iv) Deepak menafikan ada perjumpaan tersebut.
v) Datuk Nazim juga menafikan berlakunya perjumpaan tersebut.
H) Keterangan Pegawai –
Pegawai polis yang menjalankan soal siasat ke atas Bala dalam kes Pembunuhan Altantuya. Mereka menafikan bahawa Bala ada menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes berkaitan Altantuya.
Fakta-fakta di atas adalah penyebab mengapa P.Balasubramaniam sehingga kini GAGAL MENGEMUKAKAN SEBARANG BUKTI.
Rakyat perlu mengetahui dengan jelas setelah lama menghilangkan diri, P.Balasubramaniam muncul di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum.
Ini bukan andaian namun hakikat sebenar permainan politik licik Anwar Ibrahim dan PKR untuk menjatuhkan DS Najib sejak beliau memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.
Mana dia bukti-bukti kukuh DS Najib terlibat ? Anwar Ibrahim jangan lari dari persoalan ini ...
Anwar Tu Penyangak, Hadi Awang Tu Penyamun ... DAH KENA DAH, PENYANGAK JUAL PENYAMUN
Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.
"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.
"Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyatae (kenyataan) itu Pas setujulah (sebab) kenyatae ia, Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri penerange (penerangan) pada dia.
"Jadi ambo terang kepada Kit Siang (penasihat DAP), Kit Siang kata begini, ini (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata insya-Allah saya nak pergi, kita tak hukum dia kerana dia sebut dengan molek.
"Jadi apabila syarat-syarat itu dia tanya, saya kata beginilah, kita pakatan, kita setuju jangan dok baloh (berbalah) soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi hok Isle (Islam), biarkan kita bagi penjelase (penjelasan).
"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (Tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan dan DAP," katanya ketika ceramah di Ketereh malam tadi.
sumber : UTUSAN MALAYSIA
Siapa sebenarnya yang telah diperbodohkan hidup-hidup oleh Anwar Ibrahim ...
Dari Presiden, Timbalan Presiden, Mursidul Am, Naib Presiden hinggalah kepada ahli dan penyokong PAS, kesemua perlu menerima hakikat mereka telah diperbodohkan awal-awal lagi oleh Ketua Umum PKR ini.
Bagaimana Hadi Awang layak bergelar Perdana Menteri jika begitu mudah sekali di'game'kan oleh Anwar. Kerja Anwar selesai, buat satu statement dan cuci tangan. PAS juga yang perlu membersihkan berak dan najis merata-rata yang ditinggalkan oleh Anwar dan DAP.
Jangan mimpilah mahu menjadi parti dominan jika profesion tetap PAS dalam Pakatan Rakyat sekadar tukang cuci segala bentuk najis.
Ibarat Anwar itu Penyangak, Hadi Awang dan PAS adalah Penyamun ... DAH KENA DAH, PENYANGAK JUAL PENYAMUN.
Wednesday, February 27, 2013
Altantuya ... Nik Aziz TERIMA PAKAI SUMPAH MUBAHALAH P.I. BALA ?
Kemunculan semula P.Balasubramaniam, individu yang mendakwa PM Najib Razak terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya dan kemudian menarik semula tuduhan beliau.
Menghilangkan diri seketika ke luar Negara .. Tiba2 muncul kembali petang semalam di KLIA disambut pimpinan PKR.
Kepulangan Bala turut disusuli dengan sumpah laknat menjunjung Kitab Agama Hindu Bhagavad Gita 'kembali' menuduh Najib terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya.
3 kali membuat kenyataan bercanggah. Dan semua ini berlaku secara drastik akibat terkejar2 kan bahang PRU13. Perancangan agak 'kelam kabut'. Mungkin Anwar Ibrahim tiada waktu untuk menantikan saat membolot kuasa menawan Putrajaya.
Jikalau benar 'strategi sumpah' ini sasaran paling tepat menyatakan kebenaran dan keadilan, mengapa Anwar sendiri menolak untuk bersumpah meyakinkan rakyat bahawa dirinya bukan individu yang terpapar menerusi Video Seks yang didedahkan satu ketika dahulu?
Oh.. itu fitnah jahat. Mudah sungguh mencipta persepsi.
Mungkin selepas ini Anwar bakal beri kejutan baru bersumpah menggunakan Kitab yang dijunjung Bala semalam.
Jika hendak bicara soal sumpah, Najib sendiri pernah bersumpah satu ketika dahulu dengan menegaskan tidak pernah mengenali apatah lagi terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya. Sumpah Najib itu disebut mengikut tertib dengan melafazkan kalimah Wallahi... dengan rasa rendah diri pada Allah.. bertempat di Masjid Guar Perahu, Georgetown Pulau Pinang pada sekitar tahun 2009. TONTON VIDEO DI ATAS.
Sebagai individu berstatus Muslim, adakah Sumpah Najib dilihat 'jijik' jika dibandingkan dengan sumpah P. Bala semalam?
Oh lupa ...
Fatwa PAS boleh 'mengemaskini' isu sumpah ini. Mungkin Nik Aziz bakal mengeluarkan fatwa selepas ini bahawa sumpah Bala lebih releven dari Najib.
Klik untuk artikel dan kupasan menarik, GELOMBANG RAKYAT
Terkini ... Anwar Panggil MESYUARAT TERGEMPAR PKR Akibat Laporan SIN CHEW
BN akan menang dengan jumlah 123 kerusi parlimen - Sin Chew Jit Poh, 27 FEBRUARI 2013
Laporan Sin Chew Jit Poh hari ini, 27 Februari 2013, sudah cukup membangkitkan kegusaran Anwar Ibrahim. Ketua Umum PKR ini dilaporkan sudah menekan 'panic button' bagi PKR untuk 'counter back' laporan dari akhbar Cina ini.
Umum mengetahui Sin Chew Jit Poh merupakan salah satu media yang cukup gemar menghentam kerajaan BN dalam setiap artikel yang diterbitkan. Kebanyakan artikel media Cina ini banyak mengangkat Pakatan Rakyat sebelum ini.
'Swing' Sin Chew Jit Poh sudah cukup merosakkan 'markah PKR' sebelum pilihanraya umum. Dilaporkan Anwar telah mengarahkan satu mesyuarat untuk 'counter back' isu ini.
Agak hairan juga mengapa media Cina ini mengambil kajian politik yang dilakukan oleh ASLI (Asian Strategy & Leadership Institute).
BN dijangka akan menang 123 kerusi parlimen (BN hanya perlu mencari lagi 25 kerusi parlimen untuk menang majoriti 2/3).
Sudahlah BN dari awal-awal lagi diramal memenangi 123 kerusi parlimen ... Lagi teruk, 'partner in crime' DAP bakal memenangi 35 hingga 40 kerusi parlimen seterusnya menjadi parti paling dominan dalam pembangkang ... Apa lagi yang tinggal pada PKR ?
Kajian politik ASLI menyatakan BN akan menang dengan jumlah 123 kerusi parlimen. DAP tampil sebagai parti paling dominan di dalam Pakatan Rakyat dengan 35 hingga 40 kerusi parlimen. Orang Melayu dan India kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO dan BN, PKR tidak akan mencapai kejayaan pilihanraya umum 2008.
Anwar cukup tidak suka dengan laporan-laporan khususnya dari media Cina yang menyebelahi BN. Sukar untuk melakukan 'damage control' berbanding dengan media dan akhbar berbahasa Melayu.
Tak boleh hentam ... Anwar perlu sokongan dan undi masyarakat Cina. Kajilah sebelum ini, memang Ketua Umum PKR ini cukup takut menghentam dan mengkritik akhbar dan media Cina.
Menghentam Sin Chew Jit Poh bererti Anwar menempah maut.
DAP semakin dominan, memang Anwar Ibrahim patut panik ... Bila-bila masa DAP boleh 'swing' bakal calon PM Pakatan Rakyat.
Breaking News ... Peguam Nik Aziz SAMAN HARAKAHDAILY RM10 JUTA
Nik Abdul Aziz dalam reaksinya hanya dua hari selepas itu bagaimanapun tidak menafikan laporan Utusan Malaysia sebaliknya mempertahankan kenyataannya malah menuduh UMNO yang meletakkan taraf penerima bantuan wang seperti BR1M sebagai haiwan.
Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.
Itulah perumpamaan yang disimpulkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terhadap beberapa blog propembangkang yang mendakwa Utusan Malaysia telah memutar belit kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Jika tiga hari lalu, blog berkenaan mendakwa akhbar ini cuba memfitnah pemimpin itu, tetapi lidah rasmi Pas, Harakah dalam laporan muka depannya hari ini secara jelas melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengibaratkan BR1M sebagai 'hampas kelapa'.
Laporan bertajuk BR1M Ibarat Hampas Kelapa diletakkan di muka depan akhbar tersebut manakala laporan penuh di muka surat tiga menggunakan tajuk BR1M: UMNO anggap rakyat macam ayam.
Tindakan Harakah itu merupakan satu tamparan kepada penyokong Pas yang sebelum ini turut memasukkan rakaman penuh ucapan Menteri Besar Kelantan itu ke dalam YouTube kononnya untuk menepis fitnah terhadap beliau.
Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, penulis blog berkenaan dan penyokong tegar Pas sepatutnya berasa malu dan meminta maaf kepada Utusan Malaysia berhubung tuduhan mereka itu.
"Saya beli surat khabar Harakah hari ini dan hanya mampu tersenyum apabila melihat laporan muka depannya yang sama dengan Utusan Malaysia selepas mereka melakukan pelbagai tuduhan.
"Mereka sepatutnya malu dengan tuduhan itu dan meminta maaf kerana akhirnya tiada penafian oleh Nik Abdul Aziz sebaliknya kenyataan itu dikukuhkan lagi oleh Harakah," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar), Kamarudin Kassim pula menasihatkan penyokong Pas agar tidak mengeluarkan sebarang tuduhan secara membuta tuli.
"Inilah namanya ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Lain kali, jangan tuduh bukan-bukan sebab yang melebih-lebih hanya mereka, tetapi akhirnya akhbar yang sangat mereka sayangi telah memberi tamparan ke muka masing-masing," katanya dalam nada sinis.
Utusan Malaysia pada Khamis lalu melaporkan ucapan Nik Abdul Aziz yang menyamakan bantuan wang yang diberikan Kerajaan Pusat kepada rakyat sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.
Beliau dilaporkan berkata, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Laporan tersebut telah dipertikai beberapa blog propembangkang antaranya omakkau.blogspot.com, amenoworld.blogspot.com dan www.f8.com serta turut mendapat sambutan hangat di laman sosial Facebook.
Nik Abdul Aziz dalam reaksinya hanya dua hari selepas itu bagaimanapun tidak menafikan laporan Utusan Malaysia sebaliknya mempertahankan kenyataannya malah menuduh UMNO yang meletakkan taraf penerima bantaun wang seperti BR1M sebagai haiwan.
sumber : UTUSAN MALAYSIA
Ingatkan hanya Nik Aziz sahaja yang mengHAIWANkan penerima BR1M, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin PAS yang turut sama mengHAIWANkan penerima BR1M. Salah seorang daripadanya ...
Ooooooooooooooo ... Haram ye Pak Sheikh!
Lu sebat wang BR1M kira halal la ...
Apapun rakyat perlu diperlihatkan sikap pembangkang yang sebenar. Serban, ketayap dan berjubah sebagai hiasan untuk mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah Taala.
Rakyat perlu mencabar Mursidul Am PAS ini mengambil tindakan saman dan mahkamah terhadap lidah rasmi parti itu sendiri, Harakah, yang secara jujur melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz menganggap penerima BR1M sebagai ayam.
Jika Utusan Malaysia dilaporkan sebagai memutar belit kenyataan Nik Aziz, maka tidak ada bezanya dengan Harakah, yang turut sama memutar belit kenyataan Mursidul Am PAS.
Emmmm ... Betullah tu sindiran pedas Tun Dr Mahathir ...

Seekor Lembu Sedang Menerima Bantuan Kerajaan - Menurut Fatwa Terkini Nik Aziz

Tuesday, February 26, 2013
Manifesto Rakyat ... Ulang Tayang WAYANG KULIT PORNO Dengan Barisan Pelakon CHINA DOLL Baru
Pakatan pembangkang telah melancarkan manifesto baru yang menjanjikan bintang dan bulan ... ya ... sekali lagi, sama seperti pakatan lakukan dalam pilihan raya umum 2008 dan tiada sesuatu pun belum dipenuhi ... hanya anggaran 15 peratus.
Kali ini manifesto adalah lebih halus dan terperinci yang jelas boleh menarik rakyat yang tidak tahu asa ekonomi atau pengiraan asas pada gaji berbanding kos sara hidup.
Dan sudah tentu, ini boleh menarik rakyat yang terlupa pakatan pembangkang ... masih belum memenuhi janji-janji kepada pengundi yang mengundi pakatan haranm ini pada 2008.
Cuma kali ini manifesto berwajah baru, dengan penampilan pelakon baru dan persembahan baru namun jalan cerita masih sama dengan menggunakan tuan direktor lama.
Jadi apa yang baru dalam manifesto? Malah janji air percuma untuk golongan miskin di Selangor tidak dipenuhi, apatah lagi tentang elaun untuk ibu pelajar, tunggal dan sebagainya.
Menakjubkan ... pembangkang mampu mengeluarkan tawaran menarik seperti menurunkan harga kereta, siling pendapatan bercukai yang lebih tinggi, menghapuskan PTPTN, penurunan dalam harga bahan api, tarif elektrik dan banyak lagi.
Cantik dan menarik ... pakej yang direka cukup mantap yang hanya kelihatan cantik di luar, menarik untuk dilihat dan dipertontonkan kepada umum.
Kononnya Manifesto Rakyat ini menggabungkan kandungan-kandungan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (dilancarkan 2009), Buku Jingga (dilancarkan 2010) dan Bajet-Bajet Alternatif Pakatan untuk 2012 dan 2013.
Manifesto Rakyat mahu menghapuskan PTPTN. Namun dalam Buku Jinggay menegaskan "mengurangkan beban pinjaman dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap" ... Apa yang pakatan pembangkang merepek menggabungkan kandungan-kandungan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (dilancarkan 2009), Buku Jingga (dilancarkan 2010) dan Bajet-Bajet Alternatif Pakatan untuk 2012 dan 2013.
Agak melucukan , sebelum ini Menteri Besar Selangor telah mendakwa bahawa “sebuah manifesto bukanlah janji” sebagai respon terhadap tuntutan air percuma oleh rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto 2008.
Akibat keceluparan mulut Khalid Ibrahim, rakyat mulai mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor. Itu baru Selangor, bagaiman pula dengan dengan kerajaan negeri PAS Kelantan yang sudah pun 22 tahun mentadbir namun sehingga kini gagal menunaikan 22 janji.
Tampak Manifesto Rakyat lebih bersifat sebuah manifesto sebagai alat untuk memenangi pilihanraya. Rakyat perlu membuka mata dengan seluas-luasnya agar tidak ditipu sebagaimana manifesto tahun 2008 yang lalu.
Yang sebenarnya pakatan pembangkang masih menawarkan pakej serupa cuma kali ini pelakon baru digunapakai untuk meningkatkan sokongan dari golongan muda.
Kita yakin pengundi muda semakin bijak dan matang dalam erti kata politik kerana mereka tahu penipu dan penyangak melalui manifesto yang disampaikan.
Pengundi muda tidak mudah terpengaruh dengan 'ulang tayang WAYANG KULIT PORNO dengan barisan pelakon CHINA DOLL baru' kerana golongan ini telah menghafal skrip lama dan memahami garis-garis cerita wayang pembangkang.
Warga marhaen juga tidak mudah terpengaruh dengan 'ulang tayang WAYANG KULIT PORNO dengan barisan pelakon CHINA DOLL baru' ...
Monday, February 25, 2013
Nik Aziz SAMAN Tun Mahathir ... Gara Gara VIDEO INI ?
PORK NICK, PORK NICK ... Inilah akibatnya makan ubat tengah malam pagi hari merepek. Happy Birthday PORK NICK ...
Manila Times SAHKAN ... Anwar Ibrahim MEMANG TERLIBAT, DALANG KEMELUT LAHAD DATU
Pencerobohan ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat, mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.
Pencerobohan ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat, mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi - MANILA TIMES, 16 FEBRUARI 2013
Laporan mengatakan bahawa pasangan Cojuangco, bersama-sama dengan pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan bekas penasihat keselamatan kebangsaan Norberto Gonzales, menghasut Kiram untuk mendapatkan kembali Sabah dan mengagalkan usaha damai pentadbiran di Mindanao.
Laporan itu, memetik sumber-sumber yang sangat dipercayai, menyebut Aquino melihat langkah pasangan itu sebagai satu cara untuk mensabotaj inisiatif keamanan pentadbiran beliau dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).- MANILA TIMES, 20 FEBRUARI 2013.
Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno dan bukannya Reuters. “Itu kenyataan Umno bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya,” katanya selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam. - SINAR HARIAN, 22 Februari 2013
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Seorang lagi pegawai tentera Filipina berkata kumpulan tersebut adalah pengikut kepada waris Sultan Sulu - salah satu kepulauan di selatan Filipina - yang telah dijemput ke Sabah oleh ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu-isu tanah. - REUTERS, 14 FEBRUARI 2013
"The government of Malaysia has always been there, helping us resolve our Abu Sayyaf, MILF and earlier, MNLF problems. There are many Filipinos working in Malaysia and they will only be caught in the middle of this skirmish,” he added.
"Kerajaan Malaysia sentiasa berada di sana, membantu kita menyelesaikan Abu Sayyaf, MILF dan lebih awal, masalah MNLF. Terdapat ramai penduduk Filipina bekerja di Malaysia dan mereka hanya akan terperangkap dalam pertengahan pertelingkahan ini, "katanya. - MANILA TIMES, 20 FEBRUARI 2013.
Cukup-cukuplah rakyat diperbodohkan dengan politik jijik Anwar dan pembangkang. Kucing berak depan pintu rumah pun dituduhnya konspirasi UMNO.
Anwar Ibrahim memang terlibat dalam pencerobohan 150 orang di Lahad Datu ... Noktah.

I'll scratch your back if you scratch mine ... Auwww

Sunday, February 24, 2013
Datum Jelatek ... Syarikat RM 2.00 BIAYA PROJEK RM 1 BILION ? ... Khalid Ibrahim BUAT GILA
Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd, developer yang dilantik untuk membangunkan Tower A dan Tower C, yang telah dijual kepada pelabur / investor dari China.
Bagaimana sebuah syarikat pemaju, Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd , yang hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 mampu untuk membiayai dan membangunkan Projek Megalomania Datum Jelatek.
Benarkah dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek, Saleh Samad bahawa Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 ?
Mana mungkin sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 mampu untuk membangunkan sebuah projek yang mempunyai GDV (Gross Development Value) atau Nilai Pembangunan Kasar berjumlah RM 1 Bilion ?
Jika benar, maka rakyat perlu menyaksikan bagaimana kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini cukup hebat merompak dan menggadaikan tanah orang Melayu kepada bangsa asing ... rasuah dan kronisme.
Khalid Ibrahim perlu menepati janjinya dan melaksanakan pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah yang dijadualkan siap pada 2016 seperti yang dijamin oleh beliau sebelum ini.
Khalid Ibrahim pernah berjanji untuk membangunkan rumah mampu milik di atas tapak rumah pangsa itu sewaktu dirobohkan dua blok rumah pangsa dan dua blok lagi bangunan.
Tahun 2011 ...
60 kontraktor sebelum ini telah menyertai tender untuk merekabentuk 800 kaki persegi perumahan kos rendah di kawasan ini.
PKNS juga sebelum ini pernah berjanji 11,000 unit rumah kos rendah akan dibangunkan oleh 5 kontraktor yang layak dan terpilih dengan syarat, setiap rumah kos rendah perlu mencapai harga dibawah RM99,000 setiap unit.
5 kontraktor telah terpilih dan berjaya dalam tender tersebut, yang dilakukan oleh Unit Pembangunan Perniagaan (Business Development Unit) PKNS.
Dari sumber dalaman, 5 kontraktor yang telah terpilih ini telah dimajukan kepada Timbalan Pengurus PKNS, Abdul Ghani Bin Hashim namun telah ditolak oleh Timbalan Pengurus PKNS ini tanpa sebarang penjelasan.
Akhirnya projek perumahan kos rendah 11,000 unit ini telah ditukar kepada Projek Megalomania Datum Jelatek ini.
Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd, telah dilantik untuk membangunkan Tower A dan Tower C, ... yang kini telah dijual kepada pelabur dari China.
Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd telah menandatangani 'Heads Of Agreement' bersama PKNS dengan idea syarikat ini akan membangunkan empat 'Tower' pada asalnya namun diberikan projek untuk membangunkan Tower A dan Tower C sahaja.
'Heads Of Agreement' adalah sebuah 'non-binding document' yang menggariskan isu-isu utama yang relevan kepada perjanjian tentatif (perkongsian atau lain-lain).
Dokumen 'Heads Of Agreement' hanya akan berkuatkuasa setelah dimasukkan dan diguna pakai ke dalam kontrak utama dan kemudiannya dipersetujui. Sehingga kontrak utama dimeterai, 'Heads Of Agreement' ini tidak akan terikat kepada undang-undang.
Persoalan utama ... Mengapa PKNS sanggup menandatangani 'Heads Of Agreement' bersama Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat dengan modal berbayar RM 2.00 ?
Bukti Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd sebuah syarikat dengan modal berbayar RM 2.00 ...
Bukti Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd gagal mengemukakan audited accounts, malah tiada maklumat kewangan yang boleh diperolehi ...
Rakyat perlu bertanya kepada Khalid Ibrahim dan PKNS ...
1) Apa rasional PKNS melantik Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd sebagai pemaju untuk Tower A dan Tower C ... sebuah Projek Megalomania dengan GDV RM 1 Bilion dengan hanya modal berbayar RM 2.00 malahan tidak mempunyai maklumat kewangan yang kukuh untuk disandarkan ?
2) Nyata wujud unsur-unsur rasuah dan kronisme dalam melantik pemaju ... dengan hanya modal berbayar RM 2.00 malahan tidak mempunyai maklumat kewangan yang kukuh bagi membangunkan Projek Megalomania Datum Jelatek. Ini kerja gila ...
3) Siapa sebenarnya yang mendapat imbuhan dan komisyen tertinggi dari Projek Megalomania Datum Jelatek ?
Punaisihat kerajaan negeri Selangor yang gemar bermain punai ...
Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan PKNS perlu memberikan penjelasan kepada rakyat. Jangan main konar baring lagi ...