Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.
Isu yang mungkin nampak kecil namun mampu menunjukkan kerajaan masih lagi dihinggap penyakit FLIP FLOP. Penyakit was-was dengan setiap perancangan yang dilakukan.
Puas juga memikirkan rasional para penjual telefon mudah alih pintar mampu mengaut keuntungan secara berlebihan.
Barangkali SKMM boleh memberikan 'rasional paling maha rasional' ...
Sebuah blackberry curve 9220 dengan harga RM580 dan blackberry torch 9800 dengan harga RM1,460; masing-masing diberikan rebat RM200.
Cara dan jalan mana yang membolehkan para penjual telefon mudah alih pintar mampu mengaut keuntungan secara berlebihan?
Belia yang berusia diantara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. Permohonan di bawah Pakej KOmunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Read More, BEFORE FLIP FLOP
Apa kata Perdana Menteri sewaktu pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2011.
Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia.
Cukup jelas dan ringkas untuk difahami oleh golongan belia ...
1) Rebat RM200
2) One Off
3) Tiada ketetapan harga dan status kesemua model telefon pintar 3G (smart phone).
Read More, FLIP FLOP BEGINS
Agak malang ...
Dalam kerancakan kerajaan mahu mengimplimentasikan dan memenuhi konsep dan dasar 'Janji Ditepati', kerajaan jugalah yang telah melanggar dasar ini.
Rebat RM200 mula dihadkan kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.
Belia dan orang ramai mulai merungut. Media mula mendedahkan rungutan dan pandangan negatif sejurus SKMM menetapkan harga RM500 bagi mendapatkan rebat RM200 ini.
Golongan belia terutamanya kembali tersenyum apabila Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Januari.
Belum sempat golongan belia ini mengukir senyuman sampai ke telinga, SKMM pula 'potong stim' dengan mengumumkan satu panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.
Golongan belia mulai pening ... Jemaah Menteri bersetuju, SKMM pula potong stim.
Semakin bingit telinga apabila golongan belia mulai memperlekehkan Bajet 2013 sebagai 'Bajet Main Taram'. SKMM pula bingit telinga dan tidak mahu dipersalahkan semata-mata.
Golongan belia seolah-olah diandaikan sebagai anak-anak hingusan yang masih belum memahami daya kemampuan dan tahap kewangan yang dimiliki, sebelum memiliki telefon pintar ini.
Golongan belia disifatkan sebagai masih tidak memahami dengan perkhidmatan semua syarikat telekomunikasi (telco) yang kerap menimbulkan masalah kepada pengguna.
Kerajaan tidak seharusnya cuba merendahkan daya intelektual golongan belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun ini.
Soal panggilan terputus, kadar internet, kadar caj itu adalah urusan yang telah lama dibangkitkan sejak sekian lama dan sebelum pembentangan Bajet 2013 lagi.
Golongan ini sebenarnya bijak dalam menganalisa harga kos telefon pintar dan kos-kos perkhidmatan yang berkaitan.
Jangan sampai golongan ini mulai mempertikaikan keputusan kerajaan yang dianggap tidak cukup haul dengan setiap perancangan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment