Thursday, January 10, 2013

Kalimah Allah ... Mana Satu Tuhanku ... JESUS ? ALLAH ?

Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza - Paderi Greja Baptist Australia, Pastor Brutus Balan



Pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu satu langkah seolah-olah merelakan ALLAH Yang Esa dalam ajaran Islam itu disekutukan, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.

Oleh yang demikian katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam supaya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di kemudian hari.

"Jika kalimah ALLAH itu digunakan dalam Bible menggantikan 'God' sedangkan 'God' dalam Bible itu adalah 'Trinity', Tuhan yang ada anak, Tuhan yang ada bapa, Tuhan yang ada isteri, jadi beerti, andai kata kita redha kalimah ALLAH digunakan dalam Bible, maknanya kita telah pun merelakan ALLAH itu bukan lagi Esa," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam.


Meskipun begitu katanya, penggunaan kalimah ALLAH dalam keadaan-keadaan tertentu misalnya dibolehkan kepada penganut agama lain selain Islam.

"Kalau dia nak sebut, umpamanya kalau ditanya siapakah yang menciptakan langit dan bumi, kalau dia kata ALLAH, memang betul. Kalau orang kafir itu hendak sebut ALLAH, itu terpulang kepada dialah.

"Tetapi apa yang kita tekankan di sini ialah apabila kalimah ALLAH itu hendak digunakan dalam Bible bahasa Melayu kemudian perkataan 'God' itu ditukar dengan kalimah ALLAH, itu yang kita tidak setuju. Itu nanti yang akan mewujudkan kekeliruan," tegas beliau lagi.



Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kelmarin bersetuju kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.



Oleh sebab itu katanya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

“Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran,” ujarnya.

Anwar dan Kit Siang menyambut baik pendirian Pas itu.


Mengulas lanjut, Tamyes menegaskan sekiranya terjemahan 'God' dalam Bible itu digantikan dengan ALLAH, beliau khuatir anak muda yang cetek pengetahuan agama boleh terpesong akidahnya kelak.

"Anak muda yang cetek agama ini, mungkin sekarang belum lagi tetapi 10 tahun akan datang merasakan tidak ada beza ALLAH dalam Kristian dan ALLAH dalam Islam. Sama sahaja, kalimahnya juga sama," katanya.



Read More, ALLAH ATAU JESUS







13 comments:

  1. Sesungguhnya ...aq dah xbole tahan dgn 3 ekor tuh...N ajis, Hadi dan ANUwar...

    Krn mabok donia,,sgp beri dan gadai sgl2nya termasok kalimah Allah pada kafirun...

    Semoga Allah S.W.T yg membalasnya....

    ReplyDelete
  2. pihak Geraja masih nak berdegil.
    Cara lembut tak nak dengar apa dengan cara kasar baru nak dengar???

    ReplyDelete
  3. Pada pemimpin PAS yg setuju dgn guna nama Allah utk penganut Kristian, ANDA TELAH JATUH KAFIR. INI BUKAN PERKARA MAIN2..INI ADALAH PERSOALAN AKIDAH KAU ORG ITU SENDIRI KERANA TIDAK MEMPERTAHANKAN HAK2 ALLAH SBG TUHAN YANG MAHA ESA. SEGERALAH BERTAUBAT KPD ALLAH SWT SEBELUM AJAL MENJENGAH ANDA, DIKHUATIRI ANDA SEMUA AKAN MATI DLM KEKAFIRAN DAN TINGGAL DALAM NERAKA BUAT SELAMA2NYA.

    ReplyDelete
  4. Orang Kristian di Malaysia sibuk hendak menggunakan nama Allah di dalam Bible bukan tujuan apa, tapi sebenarnya untuk menyesatkan dan mengelirukan umat islam di Malaysia dan bertujuan untuk penyebaran agama kristian, jadi umat islam melayu yang jahil akan terpedaya. Satu dunia panggil tuhan mereka Jesus, paderi kristian di USA, Rome Europe mana ada yang pakai nama Allah, cuma di Malaysia dan Indonesia, tapi di sesetengah negara berbahasa Arab, penggunaan nama Allah adalah untuk tuhan, Tapi
    umat Kristian di Malaysia ramai berbangsa Cina atau India bukan berbahasa Arab, Tujuan penggunaan nama Allah hanya untuk mengelirukan bangsa melayu, dikalangan bangsa mereka kalau di gereja meraka kalau semua pengunjungnya adalah cina,
    mustahil mereka akan menggunakan nama Allah, mereka sendiri tidak suka. Jadi umat islam di Malaysia yang menyokong penggunaan Allah untuk tuhan, janganlah ambil mudah dengan maksud yang tersirat, sebab itu di Indonesia ramai bangsa indonesia yang menjadi Kristian sejak dari dakyah mubaligh kristain semasa penjajahan Belanda menggunakan Bible berbahas indonesia and Allah dalam Bible mereka, Jangan jadi naive, di kalangan mereka sendiri kalau sesama meraka, tak ingin mereka menggunakan nama Allah. Kalau di USA sendiri, tuhan umat islam sendiri mereka gelar 'Moon God', bukan Allah, Saya sendiri pernah berada di gereja di USa untuk tujuan interfaith , jadi saya faham dan mereka tidak suka nama Allah
    apatah lagi sebagai panggilan tuhan mereka. Umat Islam yang tidak tahu asal usul Kristian jangan terpedaya seperti umat Kristain diperdaya oleh Paul the saul berbangsa Yahudi pengasas ugama Kristian bukan Jesus saw. Paul yang pada awalnya anti kristian dan telah membunuh ramai penganut Kristian, telah mengubah
    doktrin ugama kristian menjadi seperti sekarang. Dia sendiri penentang ugama Kristian tiba2 berubah menjadi penyokong kuat dan dia sendiri tidak pernah berjumpa
    Jesus saw atau bukan salah seorang 12 disciple. Ini cara tersembunyi untuk merosakkan agama asal Kristian . Paul adalah seorang yang mahir didalam ugama2 pagan seperti tuhan Parsi 'Osiris' telah memperkenalkan konsep Trinity dan
    menjadikan ugama kristian universal, ugama seluruh umat bangsa dan menjadikan Jesus saw seperti tuhan. Jesus saw sendiri diutus hanya untuk bangsa Yahudi sahaja bukan Cina, India, Melayu, English atau Mat salih dan sebagainya dan ini sendiri tercatat di dalam Bible. Rasul seluruh umat dan terakhir adalah nabi Muhammad saw. Umat Islam di Malaysia jangan naive dan terpedaya.

    ReplyDelete
  5. nilah masalah pencacai PKR dan Pas, dia terima bulat2 apa pemimpin mereka tanpa berfikir, Tengoklah siapa di sebelah Hj Hadi, Anuar Ibrahim, Haji hadi jadi orang suruhan Dap dan Anwar, Majlis Ulama Pas sendiri menentang.
    Siapa Lim Guan eng, dia anak kepada pencetus Mei 69,
    Siapa anwar ibrahim beliau ini penipu dan suka bercakap bohong, pencetus hura-hara dan demostrasi jalanan, jangan lupa sept 16
    Siapa haji hadi, dia ini mengeluarkan ucapan dipanggil amanat hadi hingga peristiwa memali dan kafir mengkafir
    siapa nik Aziz, di kata boleh berkawan dengan syaitan,
    Jangan dilayan pemimpin sebegini
    Penyokong kalimah Allah patut tonton isu Akidah di TV hijrah, tengok apa dah jadi di Indonesia LBGT berlelausa sungguh menakutkan mereka berselindung di sebalik hak asasi dan dapat dana asing macam PKR, agama kristian berkembang, bible dalam bahasa Indonesia, ini taktik mubaligh Kristain semasa pemerintahan Belanda, kenapa ramai bangsa indonesia berugama Kristian sekarang, Tatkala kita ada kuasa gunakan untuk kepentingan Islam dan memelihara Islam, Jangan terperanjat satu hari nanti Bible versi Melayu sampai di pintu anda dan di baca oleh anak anda dan kalimah Allah digunakan untuk tuhan . Kenapa ugama Kristain berkembang di indonesia? Cuba berfikir sikit.Jangan naive.
    Jika dilihat kepada lim guan eng (anak lim kit siang)Anwar Ibrahim dan Haji Hadi, ketiga2 mereka ini ada persamaan, Kerana mereka ini terjadi huru hara dan perpecahan di malaysia. fikir2 gunakan otak. Mereka ini yang mahukan/benarkan kalimah Allah digunakan di dalam bible versi melayu

    ReplyDelete
  6. Klu nak terjemah bible ke Bahasa Melayu, knp God tkr kpd Allah, sdgkn sebutan Allah tu, asalnya dr perkataan Arab,iaitu Ilah. Tp krn Allah tu nama khas bg zat yg wajib wujud yg berhak disembah dgn sebenarnya, maka ianya digunakan oleh semua umat Islam samada Mat Salleh, negro, melayu, cina, jepun, india dll. Walaupun Quran diterjemah dlm pelbagai bahasa, kalimah Allah tetap sbg Allah, x blh nak terjemah ke bhs lain. Jd, hujah mana yg kata GOD bila di terjemah ke Melayu jd Allah? sdgkn kalimah Allah tu, asalnya bkn bahasa Melayu. Ini tak lain ada niat jahat yg nak rosakkn Islam dan perpaduan dlm negara ni. Bygkn, nanti ada restoran kafir gantung kalimah Allah, dan kita msk mkn krn sangkakan restoran muslim muallaf, x naya ke? Celakalah org yg menyokong niat jahat ni. Celakalah org yg menjual ugama utk untung dunia ini. Lidah x bertulang, cakap la apa saje sementara msh hidup. Klu x smpt taubat, masuk kubur nanti, tau la nasib kau.

    ReplyDelete
  7. Betul lah hadis nabi yg mengatakan jika seseorg islam menuduh org islam yg lain nya kafir maka pasti kafir salah seorg drpd nya.. Samada org yg dituduh ataupun yg menuduh..

    ReplyDelete
  8. Camni jer selesaiannya.

    Allah bukan bahasa Melayu tu bahasa Arab yang di pinjam. Kalau nak pakai Allah pakai Injil Arablah.

    Setelah orang Melayu memeluk Islam dan sebagai menghormati ugama Islam dan untuk membezakan tuhan orang Islam yang mempunyai ciri ciri yang sangat berlainan dengan definasi tuhan tuhan lain maka nama Allah itu di pinjam terus dan di kekalkan.

    Kalau guna bahasa Melayu kena pakai bahasa Melayu tulin. Bahasa yang tertua dalam Bahasa Melayu berbanding dengan perkataan Allah di panggil 'tuhan'.

    Perkataan Allah wujud dalam dunia Melayu bila Melayu memeluk Islam.

    Jadi pakai perkataan 'tuhan' lah kalau nak sangat guna bahasa Melayu.

    Guna Bahasa Melayu guna betul betul. Lagi pun terjemahan tu perlu mendapat kebenaran kerajaan melalui DBP.

    ReplyDelete
  9. Abis tu macamana dengan kalimah syahadah, iaitu "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah"

    ReplyDelete
  10. Kita tidak hairan kalau puak2 macam GWM atau yang seangkatan dengannya bertanya mana satu tuhan?..Jesus atau Allah?...sebab mereka2 ni kalaupun islam hanya pada nama..tidak mengamalkan syariat islam dalam kehidupan baik dari segi perangai, perbuatan, tingkahlaku dan amalan...jauh dari segi ilmu memang tak dak la!!

    ReplyDelete
  11. menduakan allah itu shirik, sekarang PAS sudah mendua, meniga kan allah, bukan kah itu shirik, kita semua fikir,.. dan sebaikny tolak PAS...

    ReplyDelete
  12. It doesn't matter whether it's the decision to launch a fashion business?


    Feel free to visit my web-site :: Ao so mi nu

    ReplyDelete
  13. A wedding drеss needs a сombіnation of clіent discretіon, a ѕubtle
    onlіnе ρresence and аbѕolute аttention to detail and qualіty.
    Each onе оf the fashion world, Michelle Obama on Monday night also worе a handmadе, diamond-embellisheԁ
    rіng by jewelry dеsigneг Kimberly McDonald.

    What Exaсtly Arе Gіrls Faѕhіon Design Kits?


    My web pagе Thoi trang nam

    ReplyDelete