Semakin hampir pilihanraya umum, semakin merebak dan kronik penyakit 'syaitan bisu' dikalangan pemimpin PAS.
Lima hari masa diambil Anwar Ibrahim untuk menagih sokongan dan simpati Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar sekali lagi mempertahankan pendirian yang dikeluarkan beliau pada 7 Januari 2010.
Tiga hari masa diambil Anwar Ibrahim untuk memujuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggunakan kembali pendirian Hadi Awang sebagai benteng agar sokongan dan undi penganut Kristian tidak berpaling ke arah Barisan Nasional.
Pendirian Abdul Hadi melalui buku beliau pada 7 Januari 2010 bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" tidak pernah pun mendapat lampu hijau dari Dewan Ulama Syura.
Maka apa lagi yang mampu diharapkan kepada Dewan Ulama Syura PAS, sekadar tinggal nama sebagai sebuah dewan yang dipenuhi dengan ulama-ulama bisu dan takut mengeluarkan pendapat.
Barangkali, Timbalan Mursidul Am PAS Dr Haron Din terpaksa melupakan nasihat dan teguran yang telah dilemparkan kepada pihak-pihak bukan Islam yang tetap berdegil mahu menggunakan kalimah Allah.
Dr Haron Din tidak lagi perlu terkilan dengan tindakan Presiden beliau. Biar berbuih mulutnya, nyata Anwar Ibrahim ebih mulia dan tinggi darjat berbanding dengan mana-mana ulama di dunia ini.
Taib Azamuddin juga perlu melupakan nasihat dan teguran yang pernah beliau lontarkan selama ini.
Namun satu perkara yang perlu Abdul Hadi Awang pelajari adalah mendalami ilmu penggunaan kalimah Allah dari Paderi Australia, Pastor Brutus Balan.
Paderi Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan bahawa kepenggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu, adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.
Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan dalam membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.
Menurutnya, polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.
"Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi 'Yahweh' sebagai 'Lord' dan Elohim sebagai 'God' atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.
"Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza," kata beliau melalui laman sosialnya, di Facebook.
Dalam laman itu, paderi berusia 61 tahun itu turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan yang ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah di negara ini.
Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember tahun lalu.
Balan dalam memperkukuhkan hujahnya juga bertanya, bolehkah penganut Kristian dalam kalangan bangsa India menggunakan perkataan 'Brahma' untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil.
"Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk sifat suci ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.
"Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.
"Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam," katanya yang menjadi paderi di Australia sejak 32 tahun lalu.
Sehubungan itu, tambah beliau, kita tidak mempunyai pilihan lain, sebaliknya kita mestilah memilih untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita.
"Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak," tambahnya yang berasal daripada Kuala Lumpur dan kemudiannya berhijrah ke Australia pada 1972.
Apa pendirian ulama-ulama PAS yang lain? ...
Pengunaan kalimah Allah telah difatwakan haram serta dilarang digunakan oleh bukan Islam seperti yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Ketua Agama Islam Negeri sebelum ini turut menitahkan pengunaan kalimah Allah oleh mana-mana agama selain Islam adalah haram.
Terpaksa menurut perintah Anwar Ibrahim atau perlu menongkah arus.
Pelik ... Mengapa Abdul Hadi Awang kelihatan seperti takut-takut pada sidang media hari ini.
"maka sebelum kita membakar sampah halaman orang..lebih baik kita bakar dulu sampah dihalaman sendiri dulu"...pesan orang tua.. alim ulamak dahulu kala...
ReplyDeletePAS telah meranapkan agama Islam ketahap yang amat memalukan.... rasanya tidak pernah terjadi dimana -mana tempat dimuka bumi ini (sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi nabi untuk menyebarkan agama islam yang mana menyeru untuk menyembah Allah yang satu) Islam dihinakan oleh seorang yang mengaku ulama yang menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk menghalalkan keatas perkara yang amat jelas haramnya.
ReplyDeleteAyat quran yang digunakan oleh ulama tersebut amat jelas menyeru agar umat Kristian pada masa itu kembali kepada ajaran islam sebenarnya dengan mengikuti agama islam yang disebarkan oleh Nabi Muhammad dengan kata lain sesiapa saja dimuka bumi boleh menggunakan kalimah Allah dengan syarat menganut Agama Islam dulu. Tetapi dengan rasa bongkak nya ulama itu telah memutar memulas ayat quran tersebut untuk laba politik yang sedikit. Saya hampir minitis air mata mendengar ucapan ulama palsu tersebut.
Bagi penganut Kristian, sepatutnya jika benar mereka memperjuangkan agama mereka, mereka patut mempunyai keyakinan iman yang tinggi kepada agama mereka kerana apa yang dilakukan sekarang berjuang untuk menggunakan kalimah Allah menunjukkan agama Kristian tidak mempunyai jati diri sebenar.. Jika Hindu dengan tuhan Murugan nya, Yahudi dengan Nama khas tuhannya, Buddha dengan Buddha nya, Orang Asli dengan nama tuhan yang tersendiri tetapi malunya Kristian terpaksa meminjam nama tuhan orang Islam untuk agamanya kerana Kristian tidak mempunyai nama khas untuk tuhan dia.
Saya bersetuju dgn hujah ini
DeleteAda tak keluar berita ini dalam haramkah??
ReplyDeleteSUNGGUH JELAS PENJELASAN YANG DIBERIKAN OLEH DATO HARUN DIN BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE,...KEPADA INSAN MUSLIM YANG MASIH ADA IMAN HATTA SEBESAR ZARAH SEKALI PUN TOLONG LAH TINGGALKAN PERJUANGAN PAS KERANA IA MERUPAKAN SATU DOSA.....KEPADA ULAMA TULEN DAN IKHLAS YG MASIH BERADA DALAM PAS TOLONGLAH TINGGALKAN PERJUANGAN SIA-SIA DAN KEJI INI.....SESUNGGUHNYA PAS BUKAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MANUSIA SUCI, BAIK SERTA BERIMAN.....SEBALIKNYA PAS ADALAH HABITAT TEMPAT BERHIMPUNNYA MANUSIA YANG SAKIT HATI DAN SAKIT ROHANI.....SEGALA KEJAHATAN ADA DALAM PAS, SEGALA KESESATAN ADA DALAM PAS,SEGALA KEMUNGKARAN ADA DALAM PAS.....DAN MELALUI ISU PENGGUNANAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE INI MAKA LENGKAPLAH KEJAHATAN,KEKEJIAN,DAN KEMAKSIATAN YANG DIPERJUANGKAN PAS......TELAH SEMPURNA KEDURJANAAN DAN KECELAKAAN PAS TERHADAP AGAMA ALLAH......KEPADA PENGANUT PAS, KEPADA ULAMA PAS YANG MASIH ADA HARGA DIRI DAN IMAN...TOLONGLAH TINGGALKAN PERJUANGAN YANG DILAKNAT ALLAH INI DEMI MASA DEPAN AGAMA ALLAH DI BUMI BERTUAH INI........yang ikhlas ABE ZUL KELATE.
ReplyDeleteKalau pru lepas, saya membuat kesilapan menyokong pas, saya pohon ampun kpd Allah. InsyaAllah, perkara begitu tidak akan berulang lagi. Kini saya lebih kenal pas dari dulu. Mujur Allah serlahkan siapa pas yang sebenar sebelum PRU13, semoga saya dan ahli keluarga tidak lagi mengulangi kesilapan dulu.....
ReplyDeletePasti ramai yg berfikiran begini. Melihat wajah2 usang yg tidak ceria dlm sidang media di atas jelaslah tujuan mereka bukan utk kebaikan seluruh rakyat sebaliknya wajah mereka menggambarkan niat politik jijik mereka.
DeleteSebab itu Allah tidak memberkati doa mereka untuk perintah negara ini walaupun sudah mencuba dengan pelbagai cara selma 55 tahun merdeka ini. Mereka masih kena tetap menunggu selama 5 tahun lagi untuk mencuba memerintah negara islam yang fiberkati Allah ini. Selagi PAS tidak mengubah pendekatan yang lebih bethemah selagi itu parti ini parti hamPAS di mata rakyat melayu rakyat malaysia
ReplyDeleteHidayah itu hak Allah.. Tiada hak mutlaq waimah Alhafiz ke..To Imam ke..Tok Guru ke...Orang pandai ke..penceramah ke...
ReplyDeleteKalau Allah nak beri hidayah sekejap aje..tak payah kes kes besar untuk kesedaran..begitu juga sebaliknya..
Jadi kita terus mendoakan agar mereka ini diberi hidayah dan janganlah dimatikan terus hati mereka..walaupon banyak fitna yg dilakukan disisi Allah..
Kita jaga adab kita yg diajar nabi saw..dan tetap mendoakan akan kebaikan selagi hayat masih ada..
over my death body kalau kafirun nak guna kalimah Allah. adakah mereka tahu akan kesucian kalimah tersebut. nanti ada yg pakai rantai huruf Allah masuk jamban, mesontot dgn betina mereka dan mungkin buat tatoo di badan. adakah Allah mereka refer kpd patung bodoh yg ada dalam gereja mereka? LGE tu patut kita sembelih je. kristian patut guna kalimah Eli
ReplyDeleteTanda kiamat semakin hampir kerana ayat al quran makin lupus! Allah jadi rebutan bukan kerana takut atau kasih kita kepadanya tapi kerana tamak hasad dengki manusia. Taufan sonamu amaran pertama allah dan pasti ada lagi yg tak terduga oleh akal kita.
ReplyDeleteKEMUDIAN KELAK...PUAK HINDU PULAK NAK GUNA KALIMAH ALLAH...MEREKA AKAN KATA BAHAWA AL-HARDY DE TUKANG BESI BERSETUJU MEMBENARKAN...MAKA PUAK2 HINDU AKAN MEMANGGIL TUHAN MEREKA DGN PANGGILAN...ALLAH MURUGAN...ALLAH SUBRAMANIAM...DAN PELBAGAI LAGI...MACAM MANA TU WAHAI AL-HARDY DE TUKANG BESI....AKAL ADA KA...
ReplyDeleteKalau mereka dah mula guna nama Allah maka eloklah mereka menukar agama mereka kepada Islam. Jadi kenapa mereka masih memusuhi Islam pada hal tuhan mereka juga adalah Allah?
ReplyDeleteSatu peringatan bagi Umat Islam,akan bahaya PUAK MUNAFIKKK!
ReplyDeleteSerban dan jubah hanya hiasan untuk memudahkan CARIMAKAN didunia,terutama utk menipu Melayu ISLAM!
Biar ulama berbeza pendapat kerna ia dibenar dlm islam. Kita blh lah ikut mana mana
ReplyDeletehello!!! berbeza pendapat ulamak tu boleh dalam urusan fiqah atau ibadah bukannya dalam urusan aqidah. Tiada perbezaan ulamak dalam urusan aqidah.
ReplyDeleteMereka mengaku bahawa mereka insan terpilih untuk memasuki syurga sebab dah 'calculate' banyak beribadat. Inilah sebabnya mereka sombong dengan ibadat mereka dan sentiasa melabel orang lain sebagai kufur. Ada ustaj PAS yang mengatakan sesiapa sahaja yang tidak ke surau adalah setaraf dengan haiwan. Ada ke cakap macam tu bila berceramah. Sikap 'aroggant' ini lah yang meraka halalkan penggunaan perkataan Allah oleh orang kafir.
ReplyDeleteSiapa yg bagi kebenaran utk cetak kalimah Allah dlm bible?
ReplyDeleteKerajaan yg benarkan , pas yg di salahkan, woi.. panggil la pas berdebat secara terbuka, nanti tau la sapa betul sapa salah, kalau dengaq tv, paper, hangpa la yg betoi...
ReplyDeleteAnon 1.05am & 10.20am ni berlagak pandai, spin giler nampak. Kalau org dah buat salah ko jgn buat benda lg salah beb. ckp bodoh marah. Yg ketua puak ko buat kenyataan terang2 sokong penggunaan nama Allah kat bible tu apa ke bendanya?
ReplyDeleteKalau org lain mkn taik, yg ko dgn ketua2 puak ko mkn skali taik tu siap minum air kencing lg pehal?. Bila org komen baik2 kat sini, ko melenting salahkan org lain. Hati korg ni sakitlah.. dah gi main jauh2.
I wanted to thank you for this very good read!
ReplyDelete! I certainly loved every little bit of it. I have got you book-marked
to check out new stuff you post…
Feel free to surf to my webpage; filing bankruptcy in florida
Nabi saw berkata dalam hadis sahihnya, “Ampunkan antara kamu hukum hudud,sesungghuhkan kesalahan hudud yg sampai kepada ku menjadi wajib”.Nabi suruh ampun bukan jalankan hudud.Jangan report kepadanya,selesai diperingkat kampung atau wilayah sahaja,guna takzir iaitu hukum adat yang di persetujui oleh semua.Takzir juga hukum fekah Islam.Kalau tak ada hukuman terus jenayah akan meluas.Pemimpin pun tak boleh suruh mahkamah buat hukum hudud ini kerana nabi suruh ampun.Pada zaman nabi berlaku hukum hudud kerana orang membawa kes hudud itu kepadanya walau nabi suruh ampun.Jadi salah orang yg mereportnya kepada rasulullah yang menyebabkan hukum yg berat yang di suruh ampun nabi saw itu berlaku pada baginda..Saiidina Ali kw berkata “ada suruhan alquran di mansuhkan oleh hadi.Ada pula nabi lakukan setiap hari tetapi tak ada pula dalam quran”.Walau pun quran ada hukum hudud ini,namun cara perlakuan hudud ini kenalah lihat cara rasulullah saw lakukannya.saperti sembahyang.Ada suruhan dalam quran,namun cara perlakukannya mesti drujuk kepada perbuatan nabi,iaitu cara sujud rukuknya.Jika di kira aquran sahaja tanpa hadis nabi tentu kita tak tau cara solat sekarang ini.Ini kerana perbuatan nabi saw adalah tafsiran kepada alquran itu sendiri.Jadi kalau telah nabi saw suruh ampunkan hukuman hudud, kenapa pula hendak di jalankan ?.Pas ini ajaran sesat. Nabi saw bersabda dalam sahih bukhari-muslim “kami nabi2 tidaklah kami di lantik menjadi nabi melainkan kami gembala kambing” -gembala kambing maksudnya orang biasa,tanpa kekuasaan politik.hakikat kerasulan adalah agama itu sendiri dan tidak yg lain.kerana itu hampir semua nabi tak ada kuasa politik.cuma 5 dari 25 rasul ada kuasa politik,itu pun bukan mereka tuntut.semuanya kebetulan belaka.Kerana gagal mengikuti jalan rasul2 dalam menegakkan agama,maka parti agama menjadi sesat,apabila merebut kuasa menggunakan agama yg tidak di lakukan oleh sebarang rasul.Kuasa politik 5 orang rasul itu adalah berasingan dgn agama mereka.pas pula itulah politik dan itulah agama mereka.ahli pas takkan faham hukum hudud ini.dan semua hukum allah dengan betul sehinggalah mereka di beri pertunjuk oleh allah itu sendiri. Dalam hadis sahih bukhari-muslim nabi saw bersabda ‘Iza buyi’al khalifataini faqtulul akhoro minhuma”.Ertinya “apabila dan dua khalifah (pemimpin utama)yang di bai’at (di akui) maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya”.Apabila ada dua pemimpin yg berebut kepimpinan hendaklah yeng terakhir,ia itu yg baru timbul di hapuskan,jangan di sokong.Bunuh adalah pada zaman dahulu,kerana pada zaman dahulu kuasa politik di perolehi dgn cara berperang.Tetapi zaman ini dgn cara undi.Bunuhlah pemimpin yg kedua itu dgn cara mengundi pemimpin yang pertama yang sedang berkuasa.Itulah makna bunuh pada hadis di atas bagi zaman dan tempat ini.Nabi saw menuntut umat islam memilih pemimpin yg pertama memerintah kerana tidak mahu terjadi perpecahan dan perkelahian dalam perebutan politik,apabila ramai orang menyokong pemimpin atu parti yg kedua.Ini kerana perpechan juga adalah larangan allah di dalam quran.Hadis ini dan hukum hudud sebenar tidak di baca di pentas ceramah pas kerana jika di keluarkan orang ramai akan meninggalkan pas yg memang timbul selepas umno dan menjadi puak yg kedua.atau yg terakhir yg nabi saw suruh bunuh mereka..Dan tidak lagi berjuang hukum hudud bersama ulama pas kerana nabi suruh ampun hukum hudud macam Umno atau BN lakukan sekarang .Apa yang yang budak2 mentah pas ini belajar agama pun tak taulah.Takada ilmu ,atau ada sedikit sangat ilmu hingga tak faham mana satu politik mana satu agama.Tak faham hukum hakam dgn sempurna.Betullah kata dr Mahathir bukan sahaja orang bukan Islam tak faham agama Islam,malah orang Islam pun tak faham agama Islam ini-Ahli BN.
ReplyDeletePeminpin2 umno ni pun temberang juga,nak jaga agama dan bangsa negara.Tetapi sekolah2 agama rakyat tak dapat bantuan sepatutnya.Ramai pelajar sekolah agama rakyat ini berhenti sekolah berpindah ke sekolah menengah biasa kerana ibu bapa meraka tak cukup wang membayar wang yuran tahunan yng mencapai lima enam ratus ringgit setahun atau lebih.Kerana kebanyakkan pencinta pelajaran agama dalah terdiri dari orang kampung yang miskin2 belaka.Tidak seperti oramg2 elite mereka memberi pelajaran ademeik yg bukan agama sahaja kepada anak2 mereka bagi menjamin ke duniaan yang terang benderang. Ini pun masih tak apa.kerana umat islam juga perlukan tamddun dan kemajuan kebendaan bagi menjamin survival umat Islam,tetapi jangan abaikan sekolah2 agama rakayat.ini kerana umno selalu sangat berkata berjuang untuk agama dan juga rakyat.Dan ini adalah sekolah agama dan rakyat.Patut di ingat Hamid othman,Elmuhammadi,zainal abidin abdul hamid dan semua ustaz2 umno dan juga pegawai agama seluruh malaysia adalah datang dari sekolah2 ini.Tetapi umno pandang sepi pada sekolah2 ini.Buat apa ada uia dan universiti islam bangi,kuzza di tubuhkan kerana pelajar2 di sini adalah semua datang dari sekolah2 agama rakyat.semua ulama dan khadi dan mufti2 seluruhnya adalah datang dari sekolah2 ini.mana ada mufti atau khadi dari sekolah menengah biasa.cakaplah nak jaga bangsa cukuplah jangan cakap nak jaga agama,5 juta ringgit kepada persatuan artis,penyanyi,berapa yang sekolah agama dapat…..?.Sekolah2 agama rakyat ini begitu daif.Tak ada guru2 akedemik yng terlatih saperti sekolah menengah biasa.tak terfikir dari umno untuk bantu dari segi wang atau tenaga pengajar.Sekolah cina,india dapat semua staf dari guru besar hinggakan jaga malam di biyai oleh kerajaan federal.Sedangkan di sekolah agama rakyat ini semuanya melayu,keling pun tak ada.sedangkan umno sangat kuat semangat melayu.Kuat melayu pun tak apa juga ,kerana orang arab pun tentu ada semangat arab dulunya.Sedangkan untuk dapat ilmu agama sepatah dua org2 umno juga mendengar belajar dari ulama atau guru2 yg datang dari sekolah jenis agama rakyat ini.Apa jenis orang umno ini pun tak tau jugalah.cakap saja berjuang untuk agama barangkali.Kalau pas menggunakan agama untuk dapat kuasa dan adalah sah sesat,peminpin2 umno ini barangkali berbohong dengan mengatakan berjuang agama dan mereka ini juga ada nilai sesat juga kerana berbohong memperjuang agama tetapi tak berjuang agama pun,cuma cakap sahaja.mereka ni pun macam org Pas juga cakap saja berjuang agama tetapi lain yg di tujunya.Kalau org2 melayu betul berjuang agama semua bangsa di malaysia telah memeluk islam macam zaman nabi dan sahabat.Tak berjuang agama tak apalah,tapi jangan cakap berjuang agama.Allah sangat marah orang bercakap apa yg dia tak buat.Ini termasuk pas dan umno atau apa juga parti.Sila rujuk ayat quran dalam hal allah sangat marah org yang berkata apa yang dia tak buat ini.Nabi saw pula tak kata dia berjuang agama,tetapi dia terus berdakwah agama,beribadat,jauhi dosa,kurban harta benda untuk agama,nyawa,berperang untuk agama ,tak pernah beri 5 juta kepada pertsatuan artis,penyanyi dan tak pernah buat parti untuk lagakan umat islam macam laga lembu -Ahli umno.BN.
ReplyDelete