Monday, January 14, 2013

Anwar CUKUP MARAH Kali Ini ... Berita Yang MERANAPKAN Terus IMPIAN Bergelar Perdana Menteri


Beratus ribu penduduk berarak di Paris hari ini bagi membantah rancangan pelaksanaan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis di Perancis.

Lima buah kereta api laju, 900 buah bas dan sejumlah kereta memasuki Paris dengan membawa penunjuk perasaan bagi membantah pelaksanaan penggubalan undang-undang tersebut oleh Presiden, Francois Hollande menjelang Jun ini.


Penunjuk perasaan yang disokong gereja Katholik dan terdiri daripada anggota parti politik konservatif, pergerakan Islam dan penduduk menentang perkahwinan sejenis berkenaan berkumpul di Menara Eiffel pada lewat petang ini.

Mereka berarak dalam cuaca sejuk bagi membantah penggubalan undang-undang itu yang dijanjikan Hollande dalam kempen pilihan raya Presiden dan dijangka diluluskan dengan mudah kerana partinya mempunyai kuasa majoriti di Parlimen.


Penganjur demonstrasi bantahan itu, Patricia Soullier berkata, pihaknya mahukan draf undang-undang itu dibatalkan.

Presiden Perancis itu menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila cuba melaksanakan undang-undang tersebut di Parlimen tanpa melakukan pungutan suara dan tidak memberikan maklumat terperinci mengenai rang undang-undang berkenaan.


Cara Hollande menunaikan janji kempennya yang lain turut membangkitkan kemarahan rakyat termasuk perlaksanaan cukai 75 peratus ke atas penduduk kaya dan kaedahnya menangani peningkatan pengangguran.

Penganjuran demonstrasi besar-besaran tersebut tidak akan membantu meningkatkan imej Presiden Perancis tersebut.

Walaubagaimanapun, Ketua Pembangkang itu berkata undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum.

Sokongan terhadap perkahwinan sejenos menurun kira-kira 10 peratus kepada 55 peratus dalam satu tinjauan pendapat dan kurang separuh rakyat Perancis kini mahu pasangan homoseksual mendapat hak mengambil anak angkat.

Ini bukan kali pertama perarakan membantah perkahwinan sejenis diadakan di Paris apabila pada 18 November lalu seramai 100,000 penunjuk perasaan berhimpun atas tujuan yang sama.

"Kami perlu menilai kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."

Tunjuk perasaan itu diadakan selepas kerajaan Perancis dibawah pimpinan Parti Sosialis merangka usul untuk membenarkan perkahwinan membabitkan golongan gay dan pengambilan anak angkat pada 7 November lalu.


sumber : UTUSAN MALAYSIA



Pemimpin manakah dalam negara ini yang begitu lantang memperjuangkan isu homoseksual dari segi hak bersuara mahupun sangat kepingin menukar undang-undang homoseksual yang sudah dianggap tidak relevan dan lapuk?

Di Barat kini sekalipun, rakyat semakin menolak pelaksanaan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis. Lain pula di sini, Anwar cukup ligat dengan isu LGBT.  

Punyalah begitu banyak isu melibatkan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang ... Isu LBGT, pedang lawan pedang, karipap lawan karipap inilah pilihan mutlak dan muktamad Anwar Ibrahim.

Masih mahu undi Anwar dan pembangkang ? ...



7 comments:

  1. Kau orang tengok muka nuar ni betul2 macam siapa ya .....

    ReplyDelete
  2. Paderi Katholik lebih berani dari Ulama Pas...dalam menyatakan penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam bukan lain lain Agama...Ini bermakna tahap keimanan dan kemenafaatan ilmu bagi mereka amat menjadi tanda tanya ...untuk digelar Ulama dan pejuang Islam. begitu juga kes LGB..Kaum Kristian diluar negeri membantah dgn hebat..Tapi Ulama Pas yg mencorak pemikiran ahli Pas cukup berlapang dada menerima dan memperaku kehendak kaum ini..yg Papa nya Idol bagi mursyidul Am Pas..
    Kita yg bernaluri straight person berdoa moga Allah memberi hidayahNya pada mereka ini..dan memelihara hamba hambaNya dari kerosakan olih pemfitna dan Dajjal.Hanya Allah jua tempat meminta dan penyelamat...keatas sekelian alam... Insya Allaah.

    ReplyDelete
  3. mcm sulman rusdi ka..

    ReplyDelete
  4. Muka pun dah cam siall tengok

    ReplyDelete
  5. Muka Nuar lebih teruk dari muka Bapuk Tua..he he he
    Negara Barat pun tolak LGB tapi kenapa Penyokong PAS yang dikatakan lebih Islam dari Islam di dunia ini masih nak tegakkan benang basah membela Nuar yang terang-terang mengamalkan Sex Songsang!!!

    ReplyDelete
  6. Bila diri dah dikuasai perasaan marah dan hasad dengki, memang susah nak terima apa-apa kebenaran, atau hidayah. Ditambah pula dengan perasaan riak, merasakan diri lebih islam, lebih baik dan lebih pandai. Orang lain semua tak betul. Hanya dialah yang betul dan lebih alim dari orang. Sehingga begitu berani menjaminkan orang lain masuk syurga. Walhal, dah jelas, memasuki syurga itu adalah di atas Rahmat Allah jua. Walahualam.

    ReplyDelete