Monday, December 10, 2012
Warga Emas ... DIANIAYAI, DITINDAS ADUN Teratai Janice Lee ?
Seorang warga emas hari ini mendakwa bahawa dirinya telah diperdaya oleh parti DAP sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM13,500.
Tan Kim Swee, 70, seorang penganjur konsert telah mengalami kerugian tersebut setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee Ying Haa enggan membayar kembali wangnya setelah menerima 18 buah buku tiket untuk konsert yang dianjurkan.
"Pada bulan Februari lalu, saya telah menguruskan konsert untuk Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Tin Hou Temple. Saya telah memberikan 18 buah buku tiket dan diterima oleh setiausaha Janice Lee iaitu Bar Lee.
"Namun begitu, pihak beliau tidak membayar harga tiket tersebut kerana menggangapnya sebagai percuma. Konsert telah dianjurkan, namun saya masih tidak mendapat wang tiket tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bandar Sungai Long di sini, hari ini.
Menurut Kim Swee, dia telah berulang alik ke pejabat aduan Janice Lee beberapa kali di Taman Muda Ampang, namun tiada jalan penyelesaian yang ditemui kerana ADUN Teratai itu masih enggan membayar kepadanya.
Read More, ADUN DAP PENINDAS
Rasanya ini bukan pertama kali kes yang melibatkan ADUN Teratai Janice Lee.
Sebelum ini juga beliau pernah menganiayai Penduduk Flat 700 Pandan Perdana dengan berbagai janji sebelum pilihanraya umum 2008.
Penduduk Flat 700 Pandan Perdana di sini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa supaya menunaikan janji membina pagar di kawasan perumahan mereka seperti dijanjikan pada kempen pilihan raya umum sebelum ini.
Penduduk mendakwa, semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Jenice berjanji akan membina pagar bagi mengelak penjenayah menceroboh ke kawasan perumahan berkenaan sekiranya penduduk mengundi beliau.
Namun, mereka kecewa kerana wakil rakyat DAP itu gagal mengotakan janji tersebut sehingga ke hari ini, malah tidak pernah sekalipun bertanya khabar dan masalah penduduk sejak diisytihar sebagai ADUN di kawasan berkenaan
ADUN Teratai Janice Lee ini juga pernah melakukan penindasan terhadap Penduduk Flat 700 Pandan Perdana, tanpa belas kasihan menghalau penduduk yang berniaga di tepi jalan di kawasan perumahan berkenaan.
Suasana tegang tercetus di Flat 700, Pandan Perdana di sini hari ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa tanpa belas kasihan menghalau penduduk yang berniaga di tepi jalan di kawasan perumahan berkenaan.
Wakil rakyat DAP itu bersama kira-kira lima pembantunya tiba di perumahan kos rendah itu pada pukul 10 pagi sambil membawa kain rentang berbunyi 'Penjaja Haram' bertujuan menghalau dua penduduk warga emas yang masih berniaga di situ, setelah mereka diberi notis oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), semalam.
Apa yang berlaku kepada penduduk Flat 700 Kampung Pandan seharusnya sudah membuka mata dan minda rakyat secara keseluruhan.
1) Merobohkan 21 gerai penjaja Flat 700 Pandan Perdana.
2) Gagal melunaskan janji untuk membuat pagar penduduk Flat 700 Pandan Perdana.
3) Menghalau dan merobohkan gerai warga emas disekitar Flat 700 Pandan Perdana.
Dan kes terbaru melibatkan ADUN Teratai ini ...
4) Warga Emas Rugi RM13,500 akibat diperdaya Jenice Lee
No comments:
Post a Comment