Wednesday, December 5, 2012

RAKAMAN TERBARU ... Deepak Jaikishan TUNTUT PENGAKUAN Anwar Ibrahim

Opposition Leader Anwar Ibrahim has denied involvement in the startling revelations made by carpet dealer Deepak Jaikishan and former inspector-general of police Musa Hassan. - FreeMalaysiaToday, 3 Disember 2012










Pelik ...

Sejak dari semalam selepas tersebarnya rakaman video sulit ini, tidak ada satu pun portal pro pembangkang yang berani menyentuh mahupun menyiarkan, baik dalam bentuk artikel mahupun disiarkan video ini mengenai keceluparan mulut Deepak 'Conman' Jaikishan mengaitkan nama Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa dalam melakukan 'character assasination' terhadap Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

Malaysiakini? ...
FreeMalaysiaToday? ...
Malaysian Insider? ...
Suara Keadilan? ...
Harakahdaily? ... (dah kena balun dengan perwakilan Muktamar masih tak sedar diri)

Hikayat dongeng kebebasan media dalam melaporkan berita secara adil dan saksama, Talk about Press Freedom In Malaysia ...

Rakyat terus dihadapkan dan disuapkan dengan fitnah berterusan pembangkang tanpa sebarang titik noktah.




Adalah lebih baik jika sekiranya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa memberikan penjelasan kepada umum :

1) Sama ada benar berlaku pertemuan diantara Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Anwar Ibrahim dan R Sivarasa pada penghujung November 2012 di rumah Ravi Dharan, Pengerusi Daya Group of Companies, di Tropicana Utama, Petaling Jaya.

2) Benarkah Anwar Ibrahim akan melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

3) Benarkah Anwar Ibrahim mengarahkan R Sivarasa menjadi peguambela kepada Deepak 'Conman' Jaikishan dalam kes perbicaraan Awan Megah agar Deepak 'Conman' Jaikishan dapat membaca skrip yang ditulis untuk memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah sewaktu perbicaraan berlangsung.

4) Dari sumber kewangan manakah Anwar Ibrahim mendapat duit sebegitu besar untuk melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.



Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa jangan berdiam diri dan bertindak bacul ...


No comments:

Post a Comment